Yayasan Ihsan Rakyat Menganjurkan Program Kasih Ramadan 1442
Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Agama Islam sendiri sering menggalakkan umatnya untuk perbanyakkan bersedekah.“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.”(HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)
Tangan yang memberi lebih daripada yang menerima, itulah yang dapat digambarkan melalui usaha perkongsian rezeki oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ihsan Rakyat, Datuk Rozzana Rahmat, dengan orang yang memerlukan.
Menurut Datuk Rozzana, sejak enam tahun dahulu beliau telah mula memberi sumbangan kepada orang ramai mengikut kemampuan dan keupayaannya bermula dari rumah ke rumah. Dan tahun ini bersempena dengan bulan Ramadan, Yayasan Ihsan Rakyat telah bekerjasama dengan Pertubuhan Gerakan Prihatin Malaysia bagi menganjurkan Program Kasih Ramadan 1442HYayasan ini saya tubuh sendiri dengan izin Allah, bertujuan untuk membuat kebaikan dan berinfak. Dana dalam Yayasan ini adalah hasil daripada saya sendiri dengan rezeki yang diberi Allah.
Apa yang menarik usaha yang dilakukan oleh Datuk Rozzana hasil daripada perniagaannya sendiri. Beliau tidak ada membuat mana-mana kutipan dan hanya berkongsi rezeki melalui perniagaan beliau. Ini adalah diatas rasa tanggungjawab untuk membantu orang lain melalui rezeki yang beliau perolehi.
Saya cuba untuk bersedekah dan berdakwah ke jalan Allah mengikut kemampuan. Saya sentiasa tetapkan 20 peratus adalah untuk zakat, 70 peratus lagi untuk saya berinfak. Selebihnya adalah untuk keperluan saya. Alhamdulillah, rezeki itu semua Allah yang bagi kerana dalam rezeki saya ada rezeki orang lain. Sedekah ini adalah pencetus barakah bagi saya.
katanya yang ditemui di Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri sewaktu menjayakan Program Kasih Ramadan, pada Khamis, 15 April.
Untuk pengetahuan semua Datuk Rozzana Rahmat merupakan pengusaha agensi pelancongan, namun sejak setahun lalu sektor pelancongan tidak bergerak kerana kesan pandemik Covid-19. Namun beliau terus meneruskan perjuangannya mencari rezeki dengan mengendalikan beberapa perniagaan lain secara kecil-kecilan.
Untuk pengetahuan semua Datuk Rozzana Rahmat merupakan pengusaha agensi pelancongan, namun sejak setahun lalu sektor pelancongan tidak bergerak kerana kesan pandemik Covid-19. Namun beliau terus meneruskan perjuangannya mencari rezeki dengan mengendalikan beberapa perniagaan lain secara kecil-kecilan.
Di hari ketiga di bulan Ramadan, Datuk dan pasukannya telah menyantuni 60 golongan asnaf yang dikenal pasti di sekitar Taman Maluri untuk menerima sumbangan barangan asas seperti beras, tepung, gula, minyak, sardin, Milo dan Maggi.
Selain itu Datuk juga memberikan sedikit sumbangan wang kepada pihak masjid kerana bencana yang menimpa masjid baru-baru ini yang mana angin kuat telah menyebabkan kubah masjid rosak.
Seramai 60 orang asnaf termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) di Kampung Baru turut diberikan bantuan bersempena dengan program yang dianjurkan.
Kelihatan wajah-wajah ceria penerima bantuan
Pasukan ini juga merancang akan turun ke selatan iaitu Melaka dan Kluang, Johor. Begitu juga ke kawasan Pantai Timur. Dengan harapan setiap tempat yang mereka pergi, dalam sehari dapat dilakukan dua sesi sumbangan.
Perancangan berbuka puasa dengan anak-anak yatim juga bakal diadakan pada penghujung Ramadan dimana dijangkakan 120 penerima bantuan akan menghadiri menerima pek istimewa yang bernilai dalam RM100. Begitulah padatnya jadual yang diaturkan bersempena dengan Program Kasih Ramadan 1442H.
Semoga dipermudahkan urusan Datuk Rozzana dan pasukannya dalam memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Yayasan Ihsan Rakyat Menganjurkan Program Kasih Ramadan 1442
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 15, 2021
Rating:
No comments:
Sharing is caring...