Fanbo Jenama Penjagaan dan Kecantikan Wajah Untuk Orang Asia

Fanbo Jenama Penjagaan dan Kecantikan Wajah Untuk Orang Asia- Keadaan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun menjadikan kulit wajah kita mudah terdedah dengan pelbagai masalah. Jadinya kita perlu bijak memilih produk penjagaan kulit dan mekap yang benar-benar sesuai untuk kulit wajah kita. Dalam hal ini kita perlu bijak dalam memilih produk yang terbaik untuk diri dan apabila digunakan tidak akan memberi sebarang alahan. Paling penting dapat menjadikan wajah kita kekal bersih dan lebih berseri-seri.


Kenalkan jenama kegemaran saya, Fanbo produk penjagaan dan kecantikan wajah dari Indonesia. Apa yang menarik jenama ini sebenarnya sudah lama berada di pasaran iaitu dari tahun 1968. Mempunyai reputasi yang cukup baik, produk yang ditawarkan sesuai kegunaannya untuk semua peringkat umur.

Fanbo sememangnya terkenal dengan kualiti, ketahanan, kesesuaian untuk semua jenis kulit dan berbaloi dari segi manfaat yang ditawarkan. Jenama yang cukup gah di negara seberang Indonesia, kini telah memulakan langkah baru untuk memasarkan di Malaysia. Salah satu inisiatif untuk berkongsi kebaikan produk yang berdekad melalui proses penyelidikan dan pembangunan bagi mengekalkan yang terbaik. Apatah lagi formulasinya yang tahan lama, ringan dan mudah diserap dapat memastikan keselesaan dan perlindungan berjam-jam lamanya.

Formula unik Fanbo dihasilkan supaya ia dapat membantu menyihatkan dan melindungi kulit kita. Produk Fanbo dapat membantu bukan sahaja melembapkan kulit bahkan melindunginya daripada anasir luar. Ia juga mesra wuduk, oleh itu kita tidak perlu memperbaharui solekan selepas membersihkan muka.

Precious White

Rangkaian Precious White, adalah formulasi dari ekstrak Sakura. Ianya dapat melembapkan kult supaya lebih  sihat dan segar. Bersifat ringan dan mudah diserap, ia menghilangkan kotoran, benda asing dan mekap dengan mudah. Dengan provitamin dan ekstrak Sakura dapat mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah.

Terdapat tiga jenis produk (toner, pembersih muka dan pelembap) yang mudah digunakan untuk disesuaikan dengan jenis kulit dan cara pemakaian kita seharian.

Facial Foam

Letakkan sedikit sahaja amaun yang diperlukan di tangan. Bilaskan dengan sedikit air.

Bersihkan di seluruh kawasan kulit muka.

Bilas dengan air yang bersih. Memang terasa segala kotoran di muka dapat dihilangkan. Kulit muka juga terasa lembut selepas menggunakannya.


Milk Cleanser

Fungsinya sama seperti facial foam. Cuma mencuci menggunakan milk cleanser saya lebih gemar menggunakan tisu muka. Senang nak sapu ke semua bahagian muka.

Face Toner

Lepas bersihkan muka boleh letakkan dengan face toner.

Seperti toner yang lain ianya dalam bentuk cecair, Sangat mudah digunakan, hanya TAP TAP sahaja di bahagian muka. Fungsi toner itu sendiri adalah untuk menutup kembali liang pori yang besar dan terbuka selepas proses membersihkan wajah. Liang pori yang terbuka akan menyebabkan wajah mudah untuk mengalami bintik hitam, bintik putih dan jerawat. Penggunaan toner yang konsisten setiap hari mampu untuk mengecilkan liang-liang pori pada wajah.

Moisturizer

Hanya letakkan sedikit mengikut amaun yang diperlukan.

Sapukan di sekitar wajah muka. Pelembap ini bagus untuk mengekalkan kelembapan wajah, sekaligus menjadikan wajah kita lebih berseri-seri :-)

Penggunaan ekstrak Sakura membawakan pelbagai manfaat untuk kulit; ia menjadikan kulit lebih cerah secara semula jadi, mengurangkan pengoksidaan, mengecilkan pori-pori wajah, mengurangkan kemerahan kulit, dan antiradang. Ia bukan sahaja lembut dan halus, tetapi juga menyerlahkan kecantikan dan seri semula jadi kulit anda.


Pancake Powder
Produk Pancake Powder dihasilkan daripada kajian yang telah dilakukan di mana bedak ini perlu sesuai untuk semua jenis muka dan sesuai rona kulit masyarakat tempatan. Menggunakan formulasi daripada tepung jagung yang berfungsi untuk menyerap minyak yang berlebihan pada kulit. Zink oksida melindungi kulit daripada UVA dan UVB. Dan pancake powder ini sememangnya sangat sesuai untuk iklim kita yang panas dan sentiasa disinari cahaya matahari.

Didatangkan dalam pelbagai ton warna kulit. Kita boleh pilih mengikut kesesuaian.

Antara warna yang sesuai dengan kulit orang Asia. Sawo matang, cerah Asia dan tidak berapa gelap.


Pensel kening
Untuk membantu anda menyerlahkan bahagian kening supaya tampak lebih natural. Produk yang halal dan mesra wuduk ini bukan sahaja mudah digunakan, tetapi juga tahan lama.

Senang nak guna. Suka warna dia yang memang sesuai dengan kulit orang Asia.


Menurut jurucakap Fanbo, Anastasia Gracia, Pengarah Fanbo Malaysia, 

Fanbo berbesar hati untuk mengongsikan rangkaian produknya dengan Malaysia. Kami mengenali jenis-jenis kulit di Malaysia, dan kami berasa gembira kerana dapat membantu semua wanita Malaysia untuk menyerlahkan seri wajah mereka dengan produk-produk yang dihasilkan khusus untuk kulit Asia, serta yang mengambil kira faktor iklim dan gaya hidup tempatan. Seperti juga keanggunan pokok Sakura, ia dibawakan untuk memberikan sokongan dan asas yang lembut supaya semua wanita merasakan diri mereka istimewa.

Produk-produk Fanbo boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di gedung dalam talian berikut:


#FanboMalaysia
#FanboMY
#FanboEffortlessbeauty
#FanboGold
#FanboPreciousWhite
Fanbo Jenama Penjagaan dan Kecantikan Wajah Untuk Orang Asia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 16, 2021 Rating: 5

16 comments:

  1. Good to be able to use products that are made for locals as they will be more effective especially when we are dealing with cosmetic products.

    ReplyDelete
  2. skincare macam ni sebenarnya lebih baik untuk kita pakai sebab memang fokus untuk jenis kulit asia kan

    ReplyDelete
  3. Ada bau sakura tak? Mesti wangi kan. And setuju dengan Bae, product Asia nie memang sesuai untuk kulit Asia so yes, makin jelita la ko pasni Ayue oii

    ReplyDelete
  4. Kalau ikutkan bedak Fanbo ni bila i cium je ada bau yang I pernah bau Ayu. Macam pernah nampak la dulu.

    ReplyDelete
  5. Macam pernah tengok produk Fanbo ni. Bagus la makin banyak pilihan produk untuk kulit wajah Asia.

    ReplyDelete
  6. First time dgr jenama ni. Nampak mcm menarik je. Bolehlah cuba nanti bila set dekat rumah ni dah habis

    ReplyDelete
  7. Pakaging dia comel. Pinky mix putih...fanbo ni jenama bagus

    ReplyDelete
  8. Suka tengok pakaging dia yang bunga sakura tu.. comel sangat pinky.. jenama Fanbo ni rasa memang lama ada, cuma produk dia je ni yang baru.. suka compact powder dia tu..

    ReplyDelete
  9. Firstime tengok ni. Memg dia jual skincare dna makeup ye. Pancake powder dia dri tepung jagung.. Perghh.. Pensel kening kita pun dah nak habis.. Nnati boleh usha Fanbo ni

    ReplyDelete
  10. Bagus juga ye produk2 Fanbo ni.. siap guna Sakura as ingredient.. menarik sebab first time dengar nama brand and ingredient dia.. boleh try ni nanti..

    ReplyDelete
  11. Oo baru tau Fanbo ni dari Indonesia. Pernah dgr nama brand ni masa kecik2 dulu, tak tau masih ada lagi sbb jarang nampak di pasaran.

    ReplyDelete
  12. iena tak pernah dengar lagi jenama fanbo ni.. cantik packaging dia..sweet je tengok pink vs putih

    ReplyDelete
  13. Brand lama dari Indonesia ni sis. Brand ni lama dah ada kat Malaysia, tapi banyak kay kedai kedai jual jamu.

    ReplyDelete
  14. Cantik packaging dia. Siap ada kening color pensil. Cantik color dia.senang la nak beli. Beli online je

    ReplyDelete
  15. wah best yer dapat full set produk Fanbo ni. macam best jer skincare ni boleh la try nanti, thanks sharing..

    ReplyDelete
  16. This skincare brand is in the market for a long time, i can't wait to try them too.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.