Hari Raya Aidilfitri 2021 | Raya PKP 3.0

Raya tahun ini, oklah takdelah sedih sangat. Sebab anak-anak semua ada kat rumah. Cuma tak dapat berkumpul dengan mak dan adik-beradik yang lain. Biasanya saya dan adik-adik akan senaraikan menu apa yang nak makan time raya. Lepa tu masing-masing ada peranan sendiri. Tukang beli barang, masak rendang, siapa yamg siapkan bunga api, masak nasi macam2. Kiranya menu list lengkap dari awal pagi sampailah smeuanya balik. Memang seronok!

Tapi tahun ini kita beraya sendiri dengan famili sendiri. Alhamdulillah. Masih terasa keseronokannya :-)


Aktiviti pertama di pagi Raya adalah bergambar beria dengan ahli keluarga. Satu untuk kenangan Raya PKP 3.0. Lepas ni Anaqi akan balik Johor. Akid balik Serting dan Yana pun insyaAllah kalau ada rezeki beliau akan sambung belajar.

Momen kena ada dan simpan. Apatah lagi anak-anak semua dah besar. Satu hari mereka akan ada keluarga dan dunia mereka sendiri. Hargai apa yang ada hari ini.

Aktiviti bersalaman sesama ahli keluarga ni wajib di pagi Raya. Dosa setahun kan hahaha.. Kita kasi 0-0 hari ini. Kita mulakan balik yang baru, Kahkah. Btw sebenarnya masa sesi salam-salam ni untuk anak kecil diaorang excited kalau dapat duit raya. Tapi untuk anak yang dah besar, memang berialah meminta maaf. Hahaha.

Berbaris nak bersalaman

Anak yang pertama, Anaqi :-)

Yana, anak no 2

Anak no 3.. Akid

Bersama Amani

Ameer anak lelaki bongsu

Kenalah minta maaf ngan Dedet. Menggunungkan dosa hahaha.

Menyampah nawww...Time tulah juga..Ok Syurga bawah tapak kaki laki.. Heyy hareyy

One photo with Mr Banker

Kena ceramah paling lama. Sebab anak sulung kan hehe

My happy place :-)

















Simpan disini buat kenangan. Macam-macam keletah anak. Semuanya menghiburkan. Moga tahun depan kita tak perlu lagi melalui Raya PKP seperti tahun ini dan tahun lepas. Ameen

Hari Raya Aidilfitri 2021 | Raya PKP 3.0 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 14, 2021 Rating: 5

3 comments:

  1. Selamat Hari Raya buat puan sekeluarga 🌹
    Asalkan cukup korum Insha Allah meriah rayanya.

    ReplyDelete
  2. hahahaha~ meriah nya kak !! seronok tengok family akak, ceria je.. si akid dengan rambut pink tu dah kenapa ? hahahaha~ semoga akak dan keluarga bahagia hingga jannah..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.