Kenapa Menyewa Jika Boleh Beli Rumah Impian Anda

Kenapa Menyewa Jika Boleh Beli Rumah Impian Anda- Setiap orang pasti inginkan kediaman yang selesa untuk didiami. Apatah lagi rumah yang mempunyai reka bentuk menarik dan di kawasan yang sudah lengkap berfasiliti. Namun begitu tidak dinafikan rata-rata daripada masyarakat hari ini lebih memilih untuk menyewa daripada mempunyai komitmen membeli. Antara faktor utama kenapa mereka masih menyewa kerana tidak mampu memiliki harta kediaman sendiri.


Namun begitu apabila melihat sendiri harga seunit kediaman di bawah projek perumahan HANNA @ Laman Sendayan di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan di bawah syarikat pemaju Matrix Concepts Holdings Berhad ternyata sangat berbaloi dan mampu dimiliki oleh semua orang. Di mana untuk permulaan pembeli hanya perlu sediakan RM1000 sebagai fee tempahan rumah.


Fasa Kediaman HANNA Yang Mampu Milik


Harga rumah pula bermula serendah daripada RM400K. Jika dilihat di kawasan lain untuk rumah seperti ini sebenarnya sudah mencecah RM500K. Jadi memang agak berbaloi jika dilihat pada jurang perbezaan harga adalah lebih kurang 100K nilainya.

Kadar faedah pinjaman dari bank juga rendah dan ini tidak akan membebankan pembeli. Bayangkan dengan bayaran lebih kurang RM1400 sahaja sebulan anda sudah mampu memiliki kediaman sendiri. Bagi yang menyewa anda pasti membayar sewa rumah setiap bulan tapi yang membezakannya, rumah ini tidak menjadi hakmilik anda. Berbanding jika anda merupakan pemilik rumah ini, maka anda boleh membuat pengubahsuaian seperti  mewarna dinding mengikut warna/tema kegemaran, aset yang boleh diwariskan kepada pewaris dan sebagainya.

Tidak dinafikan antara yang paling ditakuti pembeli rumah adalah tempoh pembinaan yang memakan masa terlalu panjang. Ini menyebabkan pembeli terpaksa berhadapan dengan komitmen bayaran bulanan bertahun-tahun daripada bank sedangkan rumah yang dibeli masih belum dapat diduduki. Walaubagaimanapun bagi projek perumahan HANNA @ Laman Sendayan ini fasa baharu akan dilancarkan pada May 2021.


Kemudahan Fasiliti Yang Menarik

Kebiasaannya kita akan mengkaji kawasan kediaman yang hendak dibeli terutamanya mengenai kemudahan dan infrastruktur yang terdapat di situ. Contohnya dengan adanya taman permainan dan tempat riadah. Ini sangat sesuai untuk pembeli rumah yang kebiasaanya sudah berkeluarga dan mempunyai anak.


Di kawasan perumahan HANNA (Precint 1) Laman Sendayan bukan hanya menyediakan taman permainan sahaja, bahkan fasiliti rekreasi turut disediakan. Antaranya seperti gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, laluan reflekslogi, gazebo dan outdoor gym. Ini secara tidak langsung dapat memberi ruang kepada penduduk di kawasan tersebut untuk keluar bersenam dan berjoging sambil menikmati udara yang segar. Aktiviti yang sihat ini sekaligus dapat mengelakkan rasa kebosanan apabila sepanjang hari terperap di rumah.


Selain itu pembeli kediaman HANNA juga akan diberikan keahlian PERCUMA d'Tempat Country Club. Antara fasiliti yang disediakan di d'tempat Country Club adalah seperti kolam renang, gymnasium, mini teater, bilik sauna dan pelbagai lagi.  

Selain itu Laman Sendayan juga berhampiran dengan pelbagai jenis sekolah iaitu Matrix Global Schools, SJK (C) Bandar Sri Sendayan dan SMK Bandar Baru Sri Sendayan. Terdapat juga pusat membeli-belah Sendayan Merchant Square, Sendayan X-Park, Sendayan Metropark, Sendayan Green Park dan Sendayan TechValley.

Pihak pemaju juga merancang melaksanakan pembangunan terbaik pada masa akan datang dengan membina  institusi pendidikan, pusat perniagaan dan komersial serta pelbagai lagi kemudahan di Laman Sendayan.

Rekaan Rumah Cantik


Untuk kediaman fasa Hanna @ Laman Sendayan ditawarkan 2 jenis unit rumah iaitu Type A dan Type A1. Kedua rumah ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Keluasan kedua unit jenis rumah HANNA ini adalah bermula dari 2152 kaki persegi. Apa yang membezakannya adalah saiz rumah di mana Type A 20' x 65'  manakala untuk Type A1 adalah 20' x 70'.




Keluasan ruang tamu yang membolehkan kita merealisasikan impian sentuhan dekorasi yang diinginkan. Apabila rumah dibeli sendiri dan bukannya menyewa membolehkan kita rancang kediaman yang hendak dijadikan sebagai "Rumahku Syurgaku" untuk keluarga tercinta diami.


Aksesibiliti


Jika anda bekerja di Kuala Lumpur mahupun Negeri Sembilan, memiliki rumah di Laman Sendayan tidak menjadi masalah. Ini kerana dari segi aksesibiliti memang banyak. Antaranya seperti North-South Expressway (PLUS), Seremban-Port Dickson Highway, Senawang-KLIA Expressway (dalam peringkat cadangan pembinaan) dan KLIA Linkage.


Kesimpulannya:

Membeli rumah adalah satu pelaburan jangka masa panjang yang sangat menguntungkan.Walaupun hakikatnya kita boleh menyewa, namun jika diberi peluang untuk mendapatkan rumah sendiri pada harga mampu milik. Why not?  Ini terutama rumah yang terletak di kawasan yang mempunyai pelbagai kemudahan dan aksesibiliti terbaik. 

Seperti projek fasa kediaman HANNA yang dijangka siap pada suku tahun kedua 2022 dengan harga serendah daripada RM400,000. Rugi rasanya jika tidak direbut peluang keemasan ini. Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan info lebih lanjut.mengenai fasa kediaman Hanna @ Laman Sendayan, boleh layari :-
http://lamansendayan.com/project/project-hanna.html


Jom kita beli rumah daripada menyewa,
Pelaburan jangka panjang pemilikan harta!

#Hanna #LamanSendayan #JOMBELdon’tSEWA #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingTownship #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #BandarSriSendayan #BSSDevelopment #Seremban
Kenapa Menyewa Jika Boleh Beli Rumah Impian Anda Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 08, 2021 Rating: 5

18 comments:

  1. best lah macam ni. Sewa dan lepas tu ada pilihan untuk jadi hakmilik

    ReplyDelete
  2. Ramai dah kawan-kawan beli rumah di Seremban 2 dengan rumah baru yang luas siap lengkap dengan kemudahan riadah dan sebagainya. Harga pulak memang boleh beli sebab amat berpatutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..sbb rumah kat sini cantik2 juga design dia

      Delete
  3. Rumah2 area situ masih ok lagi harganya jadi tak hairanlah orang beli kat sana tapi sana dah maju dah. Banyak fasiliti dah.

    ReplyDelete
  4. Rawlins suka dengan konsep non-gated community dan bestnya ada taman rekreasi di tengah-tengah taman tu. Terbaik adalah banyak kemudahan di sekitarnya kan.

    ReplyDelete
  5. Seremban memang pilihan rumah kedua ketiga kami. Beli rumah ni kena fikir jauh sikit. Bab sekolah anak-anak. Pengankutan awam. Pasaraya dan fasiliti lain.. kita kan nak duduk sampai hari tua. 🥰

    ReplyDelete
  6. Memnag cantik tengok rumah tu, desogn dan paling penting fasiliti yang ada. Lagi yang berkeluarga nakkan persekitaran yang bagus utk anak2. Teringin juga nak rumah ni.. Hehehe

    ReplyDelete
  7. serius cantik betul design rumah ni. facilities pun banyak. untung sapa beli rumah ni

    ReplyDelete
  8. Bestnya tengok rumah ni. Ada banyak fasiliti..design pun cantik..Mampu tengok je..tak boleh nak beli, tak cukup budget lagi sebab da beli dua buah rumah hehe

    ReplyDelete
  9. Menariknya tengok design rumah ni... dah la ada banyak kemudahan... yang paling saya suka part dapat keahlian percuma d'Tempat Country Club tu... bolehlah nanti gunakan fasiliti seperti kolam renang, gymnasium, mini teater dan bilik sauna tu kan... memang terbaik! Nak recce plan pembayarannya lah pulak, mana tau ada rezeki nak duduk kat Seremban 2 kan...

    ReplyDelete
  10. Inilah point yang Nell fikirkan aritue sampai decide untuk beli rumah skrg... teringin nak dapatkan landed house juga la macam ni..boleh consider kan... better choice ni..

    ReplyDelete
  11. Wah menarik juga banyak kemudahan. Betul. kalau mampu beli rumah baik beli dr sewa

    ReplyDelete
  12. Soalan Ayu tu benar sekali, kalau mampu, eloklah membeli, bayar pinjaman bebulan, lama-lama jadi hakmilik sendiri kan.. Sis suka tengok floor plan dia, nampak luas dan lapang, enviroment dia pun, gaya tempat orang ado=ado ko.. suka..

    ReplyDelete
  13. Betul sekarang ni kalau bayar sewa rumah dah sama dengan bayar harga rumah sendiri setiap bulan kenapa tak beli jer dan akhirnya rumah itu jadi milik kita teruskan nak buat apa pun orang tak boleh nak marah-marah hehehe setuju rumah kat sini nampak selesa dan cantik hehehe harga pun murah lah...

    ReplyDelete
  14. Betul, kalau boleh jangan menyewa sebab akhirnya bukan rumah kita juga. Bagus rumah developer ni herga sangat mampu milik.

    ReplyDelete
  15. wahhh nampak menariklah rumah Hanna nie Kak Ayu. mmg tengah survey2 jugak nie. kalau ada rezeki mmg nak mendaftar terus

    ReplyDelete
  16. Kalau Hanna @ Sendayan ni dekat Selangor, aku dah book ni. Design cantik. Persekitaran best. Fasiliti best. apa lagi yang nak kan?

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.