Pengalaman Ameer Photoshoot Bersama Moto Guzzi
Pengalaman Ameer Photoshoot Bersama Moto Guzzi- Last day for May! baru sempat nak update kenangan Ameer ber-photoshoot untuk jenama Moto Guzzi. Dari baju, seluar dan kasut menggunakan jenama ini. Smart weh! Koleksi Moto Guzzi. Dengan berkualitinya memang jelas jika dilihat pada material, jahitan dan rekaan.
Start shooting dalam pukul 9.30 pagi dan selesai semuanya sebelum pukul 12pm (kalau tak silap). Sebabnyan shooting ni dah lama berlaku. Tapi hari ini baru rajin nak update dalam blog. Keh. Dan ini merupakan pengalaman pertama beliau. Nampaklah sedikit kekok pada awalnya. Tapi Ameer ni jenis dengar dan ikut arahan bolehlah siapkan semua tugasan dengan mencuba hampir 5 pasang baju (kalau tak silap).
Studio ni memang agak luas dan selesa. Rasanya selain daripada photoshoot untuk jenama Moto Guzzi, kelihatan juga koleksi raya dari brand lain. Oh ya! Lupa nak inform, masa photoshoot ni bulan puasa.
So semuanya diuruskan oleh pihak sana. Saya hanya memerhatikan dari jauh jer. Ameer ni kalau tak nampak kelibat saya kat situ bukan main cuak lagi dia hahahaha. Takut sangat kena tinggal.
Btw, problem Ameer mata dia macam sepet anak cina sikit. So banyak kali kena shoot untuk nampakkan matanya buka luas sedikit, hahaha/
Masa ni Ameer cam dah penat sikit. Bulan puasa kan.. Ameer sebenarnya memang puasa penuh. So, dia menahan lapar dan dahaga juga time ni. Tanya juga dengan Ameer nak air kotak tak? Dia amik bila diberi air kotak tapi tak minum. Lepas buka puasa baru beria minum :-)
Pendedahan pertama buat Ameer untuk belajar bergambar dengan jurugambar profesional. Sekadar suka-suka sahaja. Selagi dia berani untuk keluar mencuba sesuatu yang baru dan bagus, apa salahnya sebagai ibu saya menyokong. Sekaligus memberi peluang untuk Ameer menerokai dunia baru kanak-kanaknya dengan penuh keseronokan (macam iklan Dutchlady la pulokkk). Hahahahaha
Tq Moto Guzzi atas peluang yang diberikan :-)
Pengalaman Ameer Photoshoot Bersama Moto Guzzi
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 31, 2021
Rating:
wah... stylonya....
ReplyDeletetq aunty hehe
Deletelawa lah gambar
ReplyDeletekasut tu style
wah...seronoknya. pengalaman utk dia. best!
ReplyDeletecantik baju xoxo
ReplyDelete