Review Movie di Netflix : The Next Three Days

Ok, kembali semula sesi review filem terbaik di Netflix. Dan kali ini saya memilih filem lakonan Russell Crowe. Sebenarnya saya mula mengenal Russell Crowe melalui lakonan mantapnya didalam filem Gladiator 2000 (antara filem yang banyak kali saya repeat tengok. Best!).


Untuk filem The Next Three Days (2010) mengisahkankan John Brennan seorang suami yang sangat menyayangi keluarganya telah berusaha untuk menyelamatkan isterinya daripada terus dipenjarakan. Di mana isterinya Lara Brenna (lakonan Elizabeth Banks) telah dituduh membunuh boss beliau di tempat kerja. (masa mula tengok plot cerita ini, memang kita macam yakin isterinya yang bunuh walaupun secara kasar macam tak logik). Kebetulan pada hari kejadian memang ada salah faham antara Lara dan  boss dia yang bossy itu.

Dipendekkan cerita John memang try hard nak keluarkan isterinya dari penjara. Sebab dia yakin isterinya Lara bukanlah seorang pembunuh. Sampai satu tahap isteri dia sendiri cuba bunuh diri di penjara (sebab kecewa dengan kehidupan). John seorang pensyarah Undang-undang, so dia mmg tahu tentang perundangan dan pada masa yang sama beliau menjejaki Damon (Liam Nelson- lead dalam filem Taken) yang mempunyai pengalaman banyak kali larikan diri daripada penjara. Dan Damon bantu John dari segi advise serta perancangan yang boleh dilakukan bagi meloloskan diri dari penjara.


Sebab tak ada bukti kukuh yang boleh bawa dia keluarkan isterinya dari penjara maka John rancang sendiri bagaimana nak larikan isterinya dari penjara. Cerita ni bagi saya best! Bukan sebab hanya ianya banyak aksi tapi elemen kekeluargaan sangat kuat. Saya memang suka lakonan Russell Crowe terutama babak dia rancang, cara dan strategi dia. Dan macam mana dia begitu sayangkan anak dan isteri serta sanggup buat apa sahaja. Memang sangat kagum.


So, berjaya tak agaknya John ini keluarkan isteri dari penjara. Dan bagaimana John berjaya lepaskan diri dari buruan polis yang memang hebat dalam penyiasatan. 

Cerita aksi ada jugak babak-babak yang mendebarkan. Btw. Tengok aksi dari segi ekspresi wajah Russell pun kita boleh rasa sedih tau! Bahagian akhir cerita nampak ada polis macam try nak figure out balik hari kejadian, macam nampak yang bukan Lara terbabit dalam pembunuhan. Tapi bukti terlepas juga masa tu.

Di Netflix sekarang dalam top 10 list tontonan di Malaysia.

Review Movie di Netflix : The Next Three Days Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 21, 2021 Rating: 5

2 comments:

  1. yea betul..kagum betul semangat dia nak keluarkan isteri dari penjara. tak dpt cara betul. dia buat cara dia. gigih dengan perancangan teliti. berjaya ke idak dia keluarkan isteri dia. haha..kena tgk lah kan. baru layan pagi tadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... ms part nak last berdebar jer rasa.... sebab mcm polis tu dah hampir2..huhuhu

      Delete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.