Review Movie di Netflix : Ghost Lab
Lama tak layan cerita hantu, memandangkan ada filem terbaru Thailand ditayangkan di Netflix haruslah beria nak menontonnya. Sebabnya filem hantu Thai biasanya tidaklah mengecewakan. Filem Ghost Lab ini mula ditayangkan di Netflix iaitu pada 26 Mei 2021.
Diterajui oleh 3 watak utama iaitu Thanapob Leeratanakachorn, Paris Intarakomalyasut dan Nuttanicha Dungwattanawani. Ada juga watak-watak lain. Dalam 3 watak utama ini saya kenal cuma Thanapob atau lebih dikenali sebagai Tor. Dulu Tor ni banyak berlakon as second lead drama popular (macam Switch). Dan drama ni Tor pegang watak utama dan meletop jugalah drama bersiri ni. Tapi saya tak ikut sangat sebab episod panjang sangat (tak koser, hahaha).
Ok, dah melalut.
Berbalik pada cerita Ghost Lab ianya mengisah dua rakan baik iaitu Dr Wee dan Dr Gla. Ianya bermula apabila Dr. Gla lakonan Paris yang sememangnya sedang mengkaji tentang kehidupan lain selepas kematian. Ini disebabkan beliau pernah punyai pengalaman bertemu dengan mendiang ayahnya semasa dia kecil. Sejak itu beliau begitu taksub dengan penyelidikan ini (ketika ini seorang diri).
Sehinggalah suatu hari Dr. Wee dan Dr. Gla ternampak seakan lembaga di hospital mereka bertugas. Dan disini bermulalah Dr Gla menyakinkan Dr Wee bahawa dunia selepas kematian itu wujud. Pada mulanya Dr Wee teragak-agak untuk menyertai penyelidikan ini bersama Dr. Gla yang dilakuken di sebuah lab di hospital lama. Tapi berubah fikiran dan mereka telah melakukan beberapa kajian menerusi kejadian mistik yang pernah berlaku dan juga keadaan di hospital itu sendiri (masa ni ada banyak juga scene seram terutama yang dekat hospital)
Tapi setelah ibu Dr Wee meninggal. Perasaannya begitu kuat untuk bertemu roh ibunya. Malam pertama kematian ibunya, memang Dr Wee nampak bayangan roh ibunya tetapi beliau tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh ibunya itu. Untuk info, ibu Dr. Wee telah berada dalam koma selama 7 tahun (cuba bayangkan betapa lamanya Dr. Wee ini ingin berbual dengan ibunya).
Selepas kejadian malam itu, Dr Wee sepertinya bertekad untuk masuk ke dunia selepas kematian dengan cara membunuh diri. Of course kawan dia Dr. Gla tak bagi. Dan masing-measing berebut untuk tawarkan diri mati dan akan sampaikan maklumat apa yang ada dalam dunia selepas mati semata-mata untuk menyiapkan penyelidikan yang dilakukan bertahun-tahun itu.
Nak dijadikan semasa hari kejadian Dr. Wee nak bunuh diri, selepas buat rakaman dan sebagainya. Tiba-tiba Dr. Wee dapat tangkap apa yang mendiang mak dia cuba sampaikan. "Apa yang korang buat ini?" Dengan nada suara mendiang mak dia yang sangat kesal.
Dr Wee macam ter-paused sekejap. Siapa sangka, tiba-tiba kawan dia Dr Gla terus amik pistol dan tarik picu pistol dan bunuh diri sendiri. Kejadian itu menyebabkan kehidupan Dr. Wee terus berubah. Bayangkan secara tiba-tiba dia hilang mak dan tak lama kemudian kawan baik dia Dr. Gla pulak mati. Jadinya Dr. Gla ada teman wanita yang memang sangat sayang dan ambil berat tentang dia. Jadi bila Dr. Gla ditemui mati sebab membunuh diri, tentunya teman wanita dia paling kecewa. Begitu juga dengan ibu Dr Gla yang masih hidup lagi.
Lagi merumitkan keadaan roh Dr Gla tidak muncul-muncul. Akibat rasa tertekan, Dr Wee cuba bunuh diri dengan nak terjun bangunan tapi telah diselamatkan oleh roh Dr Gla. So apa berlaku seterusnya korang kenalah tengok sendiri.
Ok. jadi seterusnya banyaklah perkara yang berlaku. Termasuklah bagaimana mereka berkomunikasi dan sebagainya. Disebabkan terdesak juga berlakunya satu kejadian yang tidak diingini yang mana menggugat persahabatan mereka (biarpun sekarang dah berlainan dunia). Filem ini bagi saya OKla. Sebab eleman seram tu ada. Cuma sebab ada part sedih yang kita akan "adoihai kesiannya". Dan asyik terfikir "kenapalah ko buat keputusan macam tu".. Lebih kuranglah. Korang akan faham kenapa roh akan muncul, mungkin disebabkan dendam, terdesak dan pelbagai lagi. Kita juga akan rasa kesian dengan teman wanita Dr. Gla iaitu Mai (lakonan Nuttanica) yang mana tidak dapat memaafkan diri dia sebab rasa macam dia tak tahu apa-apa tentang Dr Gla (sebab dia ingatkan Dr Gla mati sebab stress melampau) .
Tengok filem ini juga menyedarkan saya tentang orang Thailand juga percaya dengan dosa orang yang bunuh diri yang rohnya juga akan bermasalah (scene sami dengan mak mendiang Dr. Gla).
Pada mereka yang suka cerita hantu, bolehlah layan Ghost Lab. Bolehlah jerit-jerit terkejut, haha. (tapi memang ada banyak part seram yang bukan kelakar, hahahah). Saper dah tengok nanti komen, hokeh.
Review Movie di Netflix : Ghost Lab
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 28, 2021
Rating:
NICE! Thanks for the review! Now I can save time and at least know what is going about :) I heard my friend say it's nice too!
ReplyDeleteOmmg... time ni i takut nak tengok cerita seram dan hantu, i penakut.
ReplyDeleteBaru tau ni, nak tengok laaa.. now tengah layan kat Netflix number one tu, apo laa tajuknya, baru malam tadi tengok...
ReplyDeleteOkay, boleh layan ni.. betul kak! Cerita Thai ni tak pernah mengecewakan dan always sarat dengan pengajaran...
ReplyDeleteAlamak cerita hantu Thai ni kena tonton memang seram dah juga mengejutkan kalau hantu mereka ni memang nampak real.... Hehehehe panjang lah ayu buat ulasan dan macam tak perlu tonton baca sini dah faham jalan cerita hehehehe...
ReplyDeleteokay,saya baru separuh jalan tonton movie nie. ramai kata best n sedih ending nya.tp sy rasa macam bosan pulak movie nie
ReplyDelete