SAJIAN ‘AYAM SEDAP BAQ HANG’ TERKINI DARIPADA THE CHICKEN RICE SHOP MEMANG SEDAP | DITAWARKAN UNTUK TEMPOH TERHAD


Hi korang! The Chicken Rice Shop telah memperkenalkan satu hidangan hebat hanya esklusif bersempena dengan bulan Ramadan tahun 2021. Meskipun sekarang ini, kita terikat dengan sekatan Prosedur Operasi Standard (SOP) disebabkan oleh pandemik, tapi kita masih berpeluang untuk berbuka puasa bersama keluarga sambil menikmati hidangan baharu yang lazat iaitu ‘Ayam Sedap Baq Hang’ yang hanya akan disajikan untuk masa yang terhad sahaja iaitu dari 9 April – 13 Jun 2021.


‘Ayam Sedap Baq Hang’ menggambarkan keenakan menu ini dan pastinya dapat memikat citarasa rakyat Malaysia pada musim perayaan ini dengan menjanjikan kepuasan buat setiap pelanggan. Diperap dengan pelbagai campuran rempah yang unik, ‘Ayam Sedap Baq Hang’ TCRS dipanggang dengan sempurna, kemudian disaluti dengan sos istimewa, dihiasi dengan daun kari dan cili kering.Memang benar-benar padu rasanya.


Didatangkan bersama set nasi ayam yang sememangnya enak rasanya.


Padu bersama dengan sayuran pilihan. Menjadikan ianya satu set menu yang lengkap.


Milo Tabur yang sentiasa menjadi kegemaran anak-anak. Turut ditawarkan didalam set ini.
TCRS ingin memberikan ganjaran kepada pelanggannya pada bulan Ramadan ini dengan memberikan suasana Iftar yang bermakna sambil mencipta detik-detik berharga bersama orang yang tersayang. Dengan sajian istimewa yang dibuat khas untuk musim perayaan ini, kami yakin pelanggan kami akan berkunjung ke kedai kami bersama keluarga dan rakan-rakan mereka untuk berbuka puasa serta meraikan Hari Raya Aidilfitri.
kata June.

TCRS ternyata secara konsisten dapat menyajikan rakyat Malaysia dengan memperkenalkan hidangan-hidangan ayam yang unik dengan pelbagai sajian tempatan lain pada masa yang sama dapat mengekalkan keasliannya.

Dengan slogan  'Bukan Sekadar Nasi Ayam’ menjadikan setiap inovasi dan ciptaan hidangan yang diperkenalkan sememangnya lazat. Saya sendiri begitu gemarkan menu terbaru ini  ‘Ayam Sedap Baq Hang’ yang semestinya hebat dan berbaloi.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ramadan dan Raya TCRS atau promosi yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/
SAJIAN ‘AYAM SEDAP BAQ HANG’ TERKINI DARIPADA THE CHICKEN RICE SHOP MEMANG SEDAP | DITAWARKAN UNTUK TEMPOH TERHAD Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 09, 2021 Rating: 5

16 comments:

  1. Lamanya Sis tak singgah The Chicken Rice Shop. Tapi menu kali ni so menarik la. Nampak sedap pula. Kenalah dengan nama. Ayam Sedap Baq Hang.

    ReplyDelete
  2. What makes me attracted the most is surprisingly the Milo tabur. I would to indulge in this beverage too. :D

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan Chicken Rice Shop. After MCO will try this new menu from them. Look yummy.

    ReplyDelete
  4. Alaa janganlah stopkan dulu sebab dah plan lepas habis puasa nak cuba juga. Sebab memang nampak sedap sangat kalau tak idak ler kata sedapnya baq hangg... kan kan kan

    ReplyDelete
  5. Bulan puasa nuh tak sempat lagi makan The Chiken Rice Shop, ni dah PKP nampaknya beli dari food Panda jer lah

    ReplyDelete
  6. dah lama tak makan kat tcrs, rindu betul nak dine in kat situ. boleh tapau je pun oklah janji dapat rasa

    ReplyDelete
  7. That Dino Choco memang sangat2 Rawlins suka - minum time berbuka memang kena sangat dengan tekak yang dah lama kehausan kan. Hehe.

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap pulak menu baru The Chicken Rice Shop ni. Nanti boleh cuba menu baru lepas raya. Rugi kalau tak cuba menu baru ni kan

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak makan kat The Chicken Rice Shop ni. Malas masak order Foodpanda je sbb kat rumah ni lokasi The Chicken Rice Shop jauh sgt huhu

    ReplyDelete
  10. Cken Rice ni keluarlah menu apa je, tak pernah tak sedapkan..menu sedia ada pun banyak pilihan, tapi gelihatinya tiap kali masuk, menu signature dia gak kami order hahahaha

    ReplyDelete
  11. TCRS nih memang best dan menarik menu yang dipromosikan. Dan juga berbaloi dengan harganya sebab sedap..

    ReplyDelete
  12. TCRS best betul ada menu baru. Nanti nak cuba lah kak. Sebab saya suka nasi TCRS, tak pernah mengecewakan. Hehehe.

    ReplyDelete
  13. Ayam Sedap Baq Hang dari the chicken rice shop memang sedap..iena dah cuba dah hari tu..pedas giler hehe tapi sedap..memang citarasa org malaysia la :)

    ReplyDelete
  14. Dulu Nell tunggu2 menu Butter Chicken jer, skrg ada menu yang pasti buat Nell tertunggu2 juga setiap tahun lepas ni.. sedap kan... suke sgt..

    ReplyDelete
  15. lapar plak tengok ayam tu.

    nampak sedap.

    ReplyDelete
  16. kalau pergi chicken rice shop ni tak sah order dua pinggan. makan nasi saja pun dah sedap! haish baca ni terus rsa nak order. btw nak minta maaf sebab baru komen. gmail tak boleh login baru2 ni sebb malware issue.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.