Wangian Hebat Vein Menyerlah Aura Maskulin Si Dia



Wangian sejati, harum mewangi. 
Bingkisan yang cukup istimewa buat suami yang dikasihi. 

Dalam banyak-banyak pemberian, suami a.k.a Dedet memang sangat gemarkan pewangi badan. Sejenis yang suka dengan haruman wangian bila keluar berjalan mahupun duduk rumah sahaja. Saya juga suka benda yang wangi. Ini kerana bagi saya sendiri wangi itu adalah terapi yang terbaik buat diri.


Baru-baru ini saya telah mendapatkan pewangi Vein, jenama wangian tempatan Malaysia. Untuk pengetahuan semua wangian Vein telah diperkenalkan pada tahun 2017 lagi. Dan kini jenama ini telah  melebarkan sayapnya ke pasaran antarabangsa seperti Brunei dan Singapore melalui laman sesawang
https://www.vivelavein.com


Kalau korang layari laman web Vein, memang akan perasan laman web ini dekorasinya sangat minimalis dan very straight-forward. Dilengkapi dengan sijil SSL, sambungan internet, data dan maklumat peribadi korang adalah terjamin keselamatannya. 
 
Terdapat empat menu laman sesawang iaitu :-
  • Home - Memaparkan maklumat terkini Vein
  • House of Vein - Kisah mengenai wangian Vein
  • Fragrance - Maklumat setiap wangian yang ada didalam menu
  • Shop - Kita boleh beli wangian Vein di sini. Untuk pembayaran atas talian yang terjamin, pihak pengurusan Vein telah memilih kaedah pembayaran, Paypal dan Stripe.

Vein memasarkan wangian terpilih, eksklusif dan berkualiti tinggi yang diimport mewah dari tanah
Monarki, England. Setiap wangiannya diberikan karakter tersendiri bagi memudahkan pembeli untuk memilih wangian yang bersesuaian dengan persona dan mood pengguna. Vein menghubungkan modernisasi dan klasik didalam sebuah botol dengan memberikan pengalaman dan wangian yang premium.


Dan harganya sangat berbaloi! Harga pasaran di Malaysia yang ditawarkan oleh Vein adalah RM65/botol, didatangkan khas dengan ciri-ciri klasik premium dimana kita boleh lihat dan rasai pada botol dan juga kemasan pembungkusannya. Warna hitam dan gold, kombinasi warna yang sangat menyerlah!

Untuk pengetahuan semua saya telah memilih wangian Vein IV dengan signature aroma buahan eksotik seperti watermelon, kiwi, pink cyclamen dan musk. Bauan yang sangat sesuai untuk acara istimewa seperti makan malam dan sebagainya.


Pertama kali saya try haruman ini ternyata ianya benar-benar kena dengan jiwa saya. Haruman ini begitu serasi dengan aura maskulin seorang jejaka. Selain daripada harumannya yang snagat best, ianya juga tahan lama antara 10 sehingga 24 jam lamanya. Namun begitu bergantung pada keadaan cuaca, aktiviti seharian dan juga kombinasi bau badan.


Dan saya juga telah memilih Vein III  yang mana nota dibahagian atas adalah bunga ros dan freesia. Manakala nota di tengah adalah aroma kayuan cedar dan sandal wood. Nota di bahagian bawah paling lembut iaitu vanilla dan karamel. Vein III juga sesuai untuk  kegunaan harian ataupun acara istimewa.



Setiap wangian keluaran Vein adalah eksklusif dan terhad produksinya (keluaran terhad). Haruman Vein ini juga telah diperakui dan mendapat sijil ujian kimia daripada makmal bioteknologi. Dan ianya juga diklasifikasikan sebagai extrait de parfum

Boleh dapatkan untuk diri sendiri ataupun hadiahkan kepada orang tersayang. Pastinya berbaloi dengan pembungkusan yang sangat menawan. Wangian premium memberikan haruman berpanjangan.
Wangian Hebat Vein Menyerlah Aura Maskulin Si Dia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 03, 2021 Rating: 5

11 comments:

  1. Suami suka pewangi badan ni. Pakai selalu nak pergi surau. Kemain bau dia ye?. Tak pernah lagi dengar Vein ni. Nanti kena cari la sebab nak bau macamana perfume ni....

    ReplyDelete
  2. cantik packangin, botol pun comel je, sure bau wangi dia jenis melekat ni

    ReplyDelete
  3. I love perfume. gonna try out Vein next time, can buy as mother's day gift now

    ReplyDelete
  4. Packaging dia nampak class gitu. Sis pun sdg cr perfume ni, nanti boleh le cuba yg ni

    ReplyDelete
  5. Rawlins boleh try kalau parfum. Macam menarik plak wangian nie, lagipun harga berpatutan dan local made kan!

    ReplyDelete
  6. Pakaging dia esklusif la...siap ada cop mohor. Boleh nak cuba belikan untuk cik abg

    ReplyDelete
  7. Menarik la packaging perfume ni.. boleh la dapatkan set for Raya nanti... tetap kena stay wangi2 walaupun tak dapat g beraya kan!

    ReplyDelete
  8. Bungkusan dia menarik perhatian betullah.. suka jenis botol kecil macamtu, senang nak bawa je dalam bag.. bebila boleh guna..

    ReplyDelete
  9. Sudah teracun dgn kata kata kak ayu dah ni.
    Husband pun mmg cerewet bab wangian. So I put my trust on u kak.Nak kena cari juga ni utk husband.

    ReplyDelete
  10. i love its simple elegant packaging, a nice gifting for sure during festive season, thanks for sharing this :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  11. Wow hadiah raya utk dedet ke tu? Tung laaaa dedet ekekek tp suka tau kalo minyak wangi yg bau cam ala2 maskulin ntah x reti nak gambarkan tp kte suka..aumm.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.