Wau Meriahnya Syawal di the Curve

Sebagai sebahagian daripada kempen Raya pada tahun ini yang bertema “Wau Meriahnya Syawal” dari 16 April hingga 16 Mei, ruang Centre Court di the Curve telah diubah untuk menyamai suasana kampung di Pantai Timur. Untuk melengkapi suasana kampung ala Terengganu tersebut, kawasan itu juga dilengkapi dengan pangkin dan sampan hiasan selain dihiasi dengan Wau, bunga berwarna-warni, dan perhiasan lampu yang indah.


Para pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan muzikal ‘Sensasi Raya’dengan reka tari istimewa dua kali sehari pada jam 2.00ptg dan 5.30ptg, pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Persembahan yang menarik ini kembali selepas setahun tidak diadakan akibat sekatan pergerakan di negara ini. Di samping itu, muzik instrumental Raya bertema Senandung Raya juga dipersembahkan pada jam 8.30 malam dari hari Jumaat hingga Ahad dan Cuti Umum.


Sebagai ganjaran tambahan, pengunjung boleh menebus mangkuk seramik Citarasa Aidilfitri dalam pilihan pelbagai warna apabila membelanjakan sekurang-kurangnya RM450 dalam tidak lebih daripada dua resit. Mereka yang membelanjakan sekurang-mkurangnya RM150 dalam maksimum dua resit pula layak menebus paket duit raya khas Warna Raya. Penebusan boleh dibuat selagi stok masih ada dan tertakluk pada terma dan syarat.



Semua aktiviti di the Curve mematuhi prosedur operasi standard PKP 2.0 untuk menjamin keselamatan orang awam yang sentiasa diutamakan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web the Curve di www.thecurve.com.my atau laman Facebooknya di www.facebook.com/theCurveShoppingMall.

Wau Meriahnya Syawal di the Curve Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 05, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.