Bagaimana dan Syarat Pengeluaran i-Citra 2021 Dari KWSP
Bagaimana dan Syarat Pengeluaran i-Citra 2021 Dari KWSP- YAB Perdana Menteri Malaysia telah membuat pengumuman mengenai pengeluaran i-Citra dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ini adalah salah satu cara bagaimana dapat membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat wabak pandemik Covid 19 yang begitu ramai terjejas dengan pendapatan harian mereka.
Untuk pengetahuan semua i-Citra diperkenalkan sebagai inisiatif bagi membantu ahli menghadapi cabaran setelah diteliti dengan cara terbaik bagi membantu ahli yang terjejas. Namun begitu KWSP tetap komited untuk membantu melindungi dana persaraan ahli. Kita sebagai ahli perlu berfikir dan mengambil tindakan lebih rasional dalam mendapatkan keseimbangan antara keperluan semasa dengan simpanan masa depan bagi membantu menghadapi kesukaran ketika pandemik ini.
Syarat Pengeluaran i-Citra 2021
Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra dengan maksimum pengeluaran adalah RM5,000 (Ini adalah tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2). Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
Syarat Pengeluaran i-Citra 2021
Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra dengan maksimum pengeluaran adalah RM5,000 (Ini adalah tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2). Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
Bagaimana Proses Permohonan dan Tarikh Pembayaran i-Citra 2021
Ahli KWSP boleh terus ke talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my yang akan mula dibukan15 Julai 2021. Setelah permohonan dilakukan dijangkakan untuk pembayaran pertama bakal dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
Pastikan nombor telefon bimbit telah dikemaskini. Ini bagi tujuan penerimaan Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.
Untuk maklumat lebih lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.
*********************
*********************
Bagi saya sendiri secara peribadi duit yang diperuntukkan dalam akaun ini merupakan untuk simpana masa hari tua. Sekiranya kita benar-benar perlu menggunakannya sekarang ataupun kita mempunyai perancangan lain (manfaat yang lebih besar seperti menyimpan ke Tabung Haji atau ASB) tidaklah rasa ralat untuk dikeluarkan. Tetapi jika ingin memanfaatkan seperti ke arah hidup lebih mewah, contoh membeli perabut rumah, shopping beria-ia di Shopee dan sebagainya. Saya mencadangkan lebih baik kita simpan. Duit setinggi gunung banyak manapun, jika ditoreh akan menjadi rata juga,
Bagaimana dan Syarat Pengeluaran i-Citra 2021 Dari KWSP
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 29, 2021
Rating:
Duit simpanan hari tua..huhu..ntah la lain org lain pendapat kan. Ada yg btl2 memerlukan boleh la keluarkan atau ada yg memang jenis nak simpan buat pelaburan di Amanah Saham pun maybe leh keluarkan sikit dan laburkan..ikut keperluan masing2 asalkan jgn membazir sbb perjalanan kita masih panjang
ReplyDeleteAlhamdulilah ada alternatif bagi yang benar-benar memerlukan. And kita pun taktau yang kerja kerajaan nie kenapa sibuk nak keluarkan duit diorang kan - maybe dia perlukan duit untuk bantu ahli keluarga dia yang bermasalah kan. Yang penting ada jalan dah, walaupun duit tu duit kita sebenarnya huhu
ReplyDeletebagus sebenarnya bila kerajaan bagi keluarkan duit tu, tua pun belum pasti. nak harung hari2 yang sekarang ni yang menjadi kepentingan
ReplyDeleteok jer amik dan simpan kat tmpt lain as emergency fund
ReplyDeleteBagi saya ok jugak jika kerajaan bagi keluarkan duit tu. Time2 sekarang ni memang ramai yang amat memerlukan wang terutama buat mereka yang hilang punca pendapatan. Tapi kalau keluarkan untuk shopping, aishhh baik takyah.
ReplyDeleteHarap ianya memberi manfaat kepada mereka yang betul memerlukan.. kita je takde kwsp ni..
ReplyDeleteHarap-harap duit KWSP yang dikeluarkan tak digunakan untuk perkara-perkara pembaziran. Takut bila dah tua nanti menyesal sebab duit KWSP tak tahu kemana pergi.Kalau benar-benar memerlukan, maka ini peluang baik untuk dimanfaatkan.
ReplyDeleteHarap yang keluarkan tu gunakan sebaiknya. Semua dipermudahkan urusan mereka yang terjejas ni.
ReplyDeleteThanks for sharing this and also hopefully it can help to ease our burden.
ReplyDelete