Bebelan Saya : Sedih dan Gembira Semuanya Bersifat Sementara

Semalam sebelum tidur, terajin tinjau berita-berita yang tengah HOT di sosial media. Dan ada 2 video yang benar-benar mengusik jiwa saya. Kejadian bunuh diri di Butterworth akibat tekanan di musim PK dan perubahan bekas pengacara yang cukup popular Faizal Ismail (FBI). Tapi entri kali ini saya nak kongsikan sesuatu yang menarik iaitu pada topik PERUBAHAN dan saya meletakkan isu KEMATIAN itu di tepi dahulu.


Semua orang jelas tentang fakta ini, TIDAK ADA SESUATUPUN PERKARA YANG BERLAKU DALAM HIDUP KITA AKAN KEKAL SELAMANYA. Baik kegembiraan mahupun kesedihan. Benda ni akan datang dalam hidup kita tapi ia akan pergi juga samada dalam tempoh sekejap ataupun bertahan lama. Biasanya kalau perkara sedih kita akan cakap "Takpe, Satu Hari Kita Akan Move On". Kalau kita gembira sebab sesuatu, kita akan rasa teruja dan happy sangat tapi mungkin untuk suatu tempoh tertentu - 1 jam, 1 hari, 1  minggu, 1 bulan dan mungkin 1 tahun sahaja.


Kenapa? Sebab kita manusia. Kita akan melalui kehidupan baru setiap hari. Dan kita akan bersedia dan perlu menempuhi sesuatu perkara yang mungkin sama dan kebarangkalian berbeza.  Tak semua perkara remain the same

Sebenarnya ianya terjadi apabila kita akan berada satu tahap kita akan rasa puas dan tiba-tiba tanpa kita sedari tidaklah lagi berminat dengan perkara yang kita buat selama ini. Tanpa paksaan tanpa tekanan. Kalau dulu kita melihat kejayaan sesorang sebagai motivasi. Tapi pada hari ini dari sudut pandangan mata serta hati, kita akan lihat ianya sebagai rezeki. Ya! Rezeki dia tanpa rasa perasaan dengki atau apa sekalipun. Dan kita masih teruskan kehidupan kita dengan aktiviti yang kita suka.


Benda hidup semua akan berubah. Samada berubah menjadi lebih baik atau sebaliknya. Apa yang lebih penting kita pilih jalan hidup dengan perkara yang memberi kebaikan dan manfaat tanpa rasa kesal di kemudian hari.

XOXO,
Bebelan Saya : Sedih dan Gembira Semuanya Bersifat Sementara Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 24, 2021 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.