Cabaran Memasak True Aussie Beef : Daging Shabu Bulgogi Bersama Bayam Brazil Masak Special

Saya sekarang ini memang telah berusaha untuk mengamalkan cara makanan yang sihat iaitu mengikut konsep suku, suku, separuh. Dan lebih seronok lagi apabila khasiat protein saya menggunakan daging merah dari True Aussie Beef. Daging premium yang bukan sahaja HALAL bahkan berkualiti.

Dan kali ini saya telah membawakan satu hidangan yang cukup istimewa dan sering menjadi kegemaran anak-anak saya iaitu Daging Shabu Bulgogi, inspirasi daripada masakan terkenal di Korea. Dipadankan bersama sayuran iaitu Bayam Brazil Masak Special dan juga nasi sebagai karbohidrat.
Daging Shabu Bulgogi

Bahan yang diperlukan:-
Daging shabu dari True Aussie Beef
Sos Bulgogi
Bawang putih
Minyak Olive
Bijan
Lada Hitam

Cara penyediaan:
Panaskan minyak Olive didalam kuali
Masukkan daging shabu satu persatu
Sentiasa terbalikkan (daging ini cepat masak)
Tolak ke tepi
Masukkan bawnag puting, masak sehingga kekuningan sedikit
gaul raya
Masukkan sos Bulgogi
Seterusnya masukkan lada hitam yang siap ditumbuk.
Gail rata. Taburkan bijan.
Rasa. Bagi saya tidak perlu tambah garam kerana sos Bulgogi sudah ada rasa sedikit masin.


Sayur Bayam Brazil Masak Special.

Kenapa special (istimewa)? Ini kerana kita menggunakan kuali yang sama digunakan dalam masakan daging. Saya sangat sukakan rasa tinggalan sos daging bulgogi digabungkan bersama sayuran.

Bahan yang diperlukan:
Sayur bayam brazil
Bawang merah
Tomato ceri
Pati ayam
Minyak olive
Garam (jika perlu)

Cara penyediaan:
Masukkan minyak olive
Panas. Masukkan bawnag merah yang telah dihiris halus
Masukkan buah tomato
Campurkan sedikit pati ayam
Masukkan sayur bayam brazil.
Gail rata.
Jika terlalu kering boleh tambahkan sedikit air
Perasakan dengan sedikit garam jika perlu


Hidangan ini sedap dinikmati ketika masih panas-panas. Dan set hidangan lengkap ini memang sangat mengenyangkan. Saya cukup suka denga tekstur daging shabu dari True Aussie Beef yang cukup lembut. Menggunakan daging berkualiti dari True Aussie Beef bukan sahaja mudah, menjimatkan masa, menjadikan masakan lebih enak bahkan paling penting ianya kaya dengan khasiat yang diperlukan oleh badan!
Cabaran Memasak True Aussie Beef : Daging Shabu Bulgogi Bersama Bayam Brazil Masak Special Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 25, 2021 Rating: 5

12 comments:

  1. Alamak, terliur pulak kita tengok. 😅
    Nak pulak tengah kuarantin ni. Nak makan apa pun terhad. Dapat try masak ni, best ni.

    ReplyDelete
  2. Baik. Lepas nie nak try gak la sebab tak renyah dan tak banyak keperluan. Rawlins rimas kalau resipi banyak bahan hahaha

    ReplyDelete
  3. wah. western abis la menu sis akhir2 ni.
    aussie beef! ohsem. aida kat sini nak beli daging lembu pun susah :(
    jauh dari pasar, kan. gitu la.

    bayam brazil. rinduuu... yg ada kat rumah ni da mati long ago, sis.
    sedap nyer tgk sepinggan bayam brazil tu.

    ReplyDelete
  4. Saya pernah try mkn bulgogi sekali je kt restoran korea, tp tak berapa suka sbb rasa dia mcm manis2 sikit. Kalau masak sendiri ok la kot, boleh kurangkan gula.

    ReplyDelete
  5. menu yang sedap, rasa macam nak cuba je menu ni, memang terbaik.

    ReplyDelete
  6. Daging bulgogi kita belum try. Skrg ni mmg tk memasak langsung. Sedih sb tk sempat masak. Bym brazil mmg sedap. Cepat masak sayurnya.

    ReplyDelete
  7. Amboiii kemain resipi dia ye..awass..nampak sedap nau nnt kte try

    ReplyDelete
  8. Bulgogi beef memang fav menu Marsha ni. Thanks kak ayu share resepi nanti boleh cuba dirumah.

    ReplyDelete
  9. Dapat rasakan betapa lembutnya daging dia tu.. sebab nak masak mudah dan cepat ajee..

    ReplyDelete
  10. Bestnya! Teringin nak cuba beef dari Aussie ni.. ramai yang cakap sedap and banyak pula recipe yang Nell belajar :) boleh masak2 kat rumah jer nanti.. :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.