Cabaran Memasak True Aussie Lamb : Lamb Rack With Special Sauce

Lepas hadiri Webinar Beef Up tempohari, saya memang teruja apabila mendengar sendiri penerangan mengenai daging merah Aussie dan juga cara teknik penyediaan masakan yang mudah, cepat dan enak. Seperti yang kita maklum daging Aussie sememangnya daging premium bukan sahaja berkualiti dari segi tekstur. Bahkan jika dijadikan hidangan apapun rasanya tetap memikat jiwa. Dan daging dari jenama ini juga telah mendapat perakuan sijil Halal.

Dan untuk kali ini saya telah memasak Lamb Rack With Special Sauce. Kenapa special sauce, ini kerana rasanya lemak-lemak pedas bersama sedikit percikan rasa lemon. Memenuh citarasa masyarakat Asia.

Bahan-bahan yang diperlukan.

Untuk perapan daging:
- True Aussie Lamb Rack
- Garam
- Lada hitam (ditumbuk halus)

Sos
- Bawang putih (potong kecil)
- Olive Oil (sedikit)
- Butter (sedikit)
- Thyme (lemon)
- Cooking Cream
- Lada hitam (ditumbuk)
- Garam (secukup rasa)

Side dish:
- Asparagus
- Tomato
- Mashed potatoes

Cara penyediaan boleh tonton dari video di bawah :-)

Memang senang dan mudah disediakan. Paling penting rasanya memang sedap!


Saya imbangkan didalam satu pinggan hidangan memenuhi keperluan diet setiap hari iaitu protein, karbo dan sayuran. Apa yang penting daging tidak perlu dimasak lama. Teksturnya tetap lembut dan berjus.

Jangan lupa untuk cuba ya!

Cabaran Memasak True Aussie Lamb : Lamb Rack With Special Sauce Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 23, 2021 Rating: 5

6 comments:

  1. mana nak beli lamb rack ni? sedap nampaknya, sis.
    da lama teringin nak merasa sebab kerap la tonton dlm masterchef lamb rack ni kan. masak sendiri, lagi la ngam, kan :)

    ReplyDelete
  2. Laju bethul ye kamoo. Saya takod dengan kelajuan kamoo ini. Idea dah ada tapi tak masak je lagi. InsyaAllah weekend kelak kita masak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hokayyyy x sabar.... nak tgk video ko rawlins hehehehe

      Delete
  3. Terus rasa terkecur nengokkk.. mesti sedap ni kannnn...

    ReplyDelete
  4. bole cuba ni..dh la hntu lamb..😁

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.