Hidangan 'Signature Dish' di PREMIÈRE HOTEL KLANG Ditawarkan Bersempena dengan Promosi Untuk Bulan Julai dan Ogos 2021

Siapa yang tidak teruja jika dapat menikmati hidangan yang menjadi 'Signature Dish' di Hotel Première yang terletak di Bandar Bukit Tinggi, Klang. Hotel yang berstatus 4 bintang ini menawarkan pelbagai hidangan yang menarik dan enak semestinya dapat memenuhi citarasa masyarakat tempatan. Untuk pengetahuan semua di Hotel Première terdapatnya restoran serta kafe seperti The Buzz, Royal Gourmet dan Ichi PoolBar. 

The Buzz menawarkan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa, manakala Royal Gourmet menyajikan hidangan asli Cina yang unik dan Ichi Pool Bar adalah restoran-bar yang menawarkan makanan ringan, burger dan pizza. Kafe ini juga terletak berhadapan dengan kolam renang.

Promosi Hebat Untuk Bulan Julai dan Ogos
Untuk bulan Julai dan Ogis 2021, Chef Eksekutif Hotel Première iaitu Chef Noor Hisham dan pasukannya telah menawarkan pelbagai hidangan enak dan hebat yang sentiasa menjadi pilihan rata-rata pengunjung hotel.

Nasi Bukhara

Gulai Ayam

Gulai Udang Galah

Raita Timun Berkrim

Keropok papadom

Antaranya seperti Nasi Bukhara Ayam ATAU Udang Galah. Nasi Bukhara ini dimasak dengan nasi basmati aromatik & beberapa rempah Bukhara yang cukup istimewa. Hidangan ini memberikan dua kali rasa enak kerana ia didatangkan bersama dengan raita timun berkrim, ikan bilis dan keropok papadum yang rangup. Untuk set Nasi Bukhara Ayam ditawarkan pada harga RM30 manakala set Nasi Bukhara Udang Galah berharga RM58.

Corn Tortilla

Stew Domba East Meet West Braised 

Roti nan

Salad/Sayuran

Seterusnya adalah hidangan Stew Domba East Meet West Braised dengan Corn Tortilla. Daging kambing yang dikisar halus sememangnya sangat lembut, cukup berperisa dan sesuai dinimati samada dengan tortilla mahupun  bersama roti nan. Untuk satu set ini ditawarkan pada harga RM32 sahaja,


Saya memang dah cuba sendiri. Memang puas hati terutama dengan rasa rempah Burkhara memang padu! Cukup rasa dan kuahnya memang pekat (fav!). Begitu juga nasi bukan sahaja rasa enak tetapi dengan ditaburi  kacang gajus panggang, menjadikan nasi burkhara yang dinikmati lebih istimewa rasanya.

Selain itu hidangan stew Domba East Meet West Braised  juga tidak mengecewakan. Daging kemabing memang lembut dan apabila dinikmati bersama corn tortilla yang ranggup, fuhh satu pengalaman luar biasa dalan gastronomi hidangan Mexico yang pernah saya cuba. Puas hati, jika cuba sekali pasti akan repeat lagi.

Semua hidangan hebat ini boleh didapati dari bulan Julai hingga Ogos 2021 dan korang jangan lepaskan peluang ini untuk mencubanya sendiri.

Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi :-
 +603 3325 6828 / 03-3325 6800 

e-mel :fnb@premiere-hotels.wct.my atau
Whatsapp : 012 449 6258


Hidangan 'Signature Dish' di PREMIÈRE HOTEL KLANG Ditawarkan Bersempena dengan Promosi Untuk Bulan Julai dan Ogos 2021 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 30, 2021 Rating: 5

13 comments:

  1. Roti nan dengan gulai udang galah tu ya allah tertelan airliur tau. Nampak hidangan yang ditawarkan tu menambat hati I.

    ReplyDelete
  2. Caya tak - first time dengar nama nasi bukhara? Haha. Tapi kan tapi kan - awat sedap betul ayam tu. Terus teringin nak tempah plak.

    ReplyDelete
  3. Macam pernah dengar nama hotel ni. Sejak lama tak travel ni. Lupa pula lokasi hotel. Hahaha. Tengok menu semua sedap. Nasi majlis orang kahwin ni kak. Terliur lah tengok. Wuwueuw.

    ReplyDelete
  4. wahh sedapnya!! premiere hotel ni memang best. teringat dulu review dkt hotel tu. bilalah covid ni nak habis ye :(

    ReplyDelete
  5. semuaaaa sedap. serius. lamb stew tu omaigad memang berbaloi beli. penuh dengan daging

    ReplyDelete
  6. Premiere hotel ni mmg dkat sgt la dgn rumah mak saya. Nanti boleh try order nasi bukhara tu.

    ReplyDelete
  7. Wah semua nampak sedap, I like their Stew Domba East Meet West Braised dengan Corn Tortilla also.

    ReplyDelete
  8. Lamanya tak makan nasi bukahara. Boleh cuba order dekat hotel premiere ni. Harga pun ok sgt tu

    ReplyDelete
  9. Ya Allah sedapnya nampak semua ni. Lama tak makan nasi bukhara, dah la makanan kt hotel ni selalunnya okay-okay belaka.

    ReplyDelete
  10. wow nampak semuanya sedap-sedap belaka! boleh lah terjah nanti sebab kebetulan nak cari menu untuk kawan punya birthday nanti!

    ReplyDelete
  11. woow...all these dishes from hotel premiere food delivery so nice & tasty looking. A lovely sharing. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  12. Walau nampak simple tapi padan dengan harganya, yang penting rasa tu...

    ReplyDelete
  13. Wowww. menarik. rasa terliur pulak hehe. kalau sedap mau bertambah tambah hehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.