Kemalangan Kereta dan Buat Tuntutan Insurans, Setel!
Seteleh beberapa hari kejadian baru sempat jenguk kereta Anaqi dekat bengkel. Kesnya Dedet bawa kereta Anaqi pada hari Sabtu 5 Jun 2021 dan terlibat dalam kemalangan kecil. Masa mula-mula Dedet beritahu dia terlibat dengan kemalangan. Saya macam terkejut juga. Takut langgar orang, langgar kereta orang lain dan sewaktu dengannya.
Dah isi form, baca segala dokumen. Dan paling penting bersetuju dan tandatangan. Sebelum balik bergambar kenangan. Sedih tau tinggalkan kereta yang banyak berjasa pada keluarga. Kereta ni agak sebenarnya memberi kenangan sentimental untuk saya. Iya! Sebabnya Dedet hadiahkan untuk saya sempena kelahiran Akid (anak no.3). dan sekarang jadi hakmilik Anaqi.
Al-maklumlah. Kes langgar ni bukan sahaja kita takut melibatkan nyawa bahkan penalti juga agak mengerikan. Rupanya Dedet langgar divider. Kebetulan memang pagi itu hujan renyai-renyai. Jalan raya memang basah. Licinlah kot (alasan hahahah)
Antara syarikat insurans yang boleh dibuat tuntutan di bengkel ini.
Besar tau bengkel ni. Siap ada 2 bengkel di sini. Memang banyak betul kereta lepas kemalangan. Dari kereta jenama mahal sampailah yang murah. Nampak trusted lah.. patutlah polis rekomen.
Keadaan kereta nampak tak terukkan? Tapi sebenarnya agak teruk juga di bahagian bawah. Sebab kereta Anaqi ini agak rendah.
Kereta lama kan ABS xde, BA xde dan EBD xde, ETC xde.. semuanya takde. Kereta Hyundai Accent zaman awal tahun 2000.
See front skirt dan bumper depan pecah.
Ingat langgar biasa, sekali tengok rim bengkok, tayar depan terinjak belakang langgar fender (so x boleh corner). Sadis.
Jadinya Dedet bawa slow-slow ke bengkel kereta yang biasa Dedet bawa. Bengkel kereta Raudhah yang terletak di seksyen 19 (kalau tak silap). Bengkel ni dekat dengan Aeon Big Shah Alam. Sampai bengkel mekanik situ beritahu teruk juga kerosokan kalau nak baiki sendiri. Lebih baik buat tuntutan insurans. Jadinya Dedet kena bawa kereta pergi balai polis.
Balai polis besar yang berdekatan adalah di Seksyen 9. Dedet kata masa bawa kereta tu, dia perasan kereta tak boleh corner sangat. Sampai balai buat report dan ambil gambar semua. Dan pada masa yang sama saya dekat rumah hubungi dengan pihak insurans Takaful Ikhlas (insurans ni yang kitaorang ambil).
Tapi masa kat balai, ada pegawai rekomen dengan bengkel yang biasa handle kes-kes kemalangan. Jadinya Dedet serahkan jer dekat bengkel yang berkenaan. Senang tak payah fikir, prosedur nak claim semua depa setelkan. Sebab diaorang dah baisa handle kes kemalangan kan.
Sebab ada dokumen yang ada perlu diserahkan salinannya. Saya dan dedet pergi ke bengkel yang berkenaan. Sebenarnya memang ada hantar salinan melalui whatsapps. Tapi bila nak sign form tuntutan. Saya lebih suka ke bengkel untuk tengok sendiri keadaan dan baca tnc untuk pemahaman lebih jelas lagi. Btw bengkel ini terletak berdekatan antara USJ dan Puchong. Landmark berdekatan dengan kilang Old Town Coffee (sebab ketika saya ke bengkel ini dan nampak kilang kopi famous ni, heheh).
Borang claim, kena isi dan sign.
Tuntutan max yang boleh digunakan adalah RM8K jer. Tapi kos pembaikan RM1753.43. Itupun banyak barang spare-part memang guna bukan original Hyundai. Rasanya macam ada term, kalau nak guna yang original, 40% adalah dibawah tangungan pemilik kenderaan.
Oh ya! Nak buat tuntutan ini kita kena sediakan salinan geran kereta dan juga salinan slip insurans yang kita ambil.
Dah isi form, baca segala dokumen. Dan paling penting bersetuju dan tandatangan. Sebelum balik bergambar kenangan. Sedih tau tinggalkan kereta yang banyak berjasa pada keluarga. Kereta ni agak sebenarnya memberi kenangan sentimental untuk saya. Iya! Sebabnya Dedet hadiahkan untuk saya sempena kelahiran Akid (anak no.3). dan sekarang jadi hakmilik Anaqi.
Anaqi ok tak?
Dia sedih. Tapi nak buat camana. Hahahaha.
Siap request suruh apak dia belikan baju baru untuk Ascent.
Hiks.
Kemalangan Kereta dan Buat Tuntutan Insurans, Setel!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 17, 2021
Rating:
Lama tak nak lulus insuran tu? Kereta yang banyak sentimental value nie, memang sayang oii..
ReplyDeletedua salinan dokumen ni kena standby je dalam kereta la lepas ni. thanks sharing kak ayu
ReplyDeleteSo sekarang masih kat bengkel la ek? Adakah Anaqi akan bawa yang baharu kelak? Agitew. Moga dipermudahkan ye urusan Ayu sekeluarga
ReplyDeleteSiapa tak sedih kak...sian anak bujang you tau . Insya Allah ok nanti tu. Biasa kalau polis rekmen pun Sal follow. Malas nak mikir pun ye jugak, janji settle
ReplyDeleteAlhamdulillah tak ada yg cedera. Tapi mcm susah je ekk nak settle semua. Kalau sis sensorg mau nangis dibuatnya ni
ReplyDeleteSemoga Anaqi tak trauma dan baik2 sahaja. Anggap ada hikmah disebaliknya. Allah nak beri yang lebih baik lagi InsyaAllah. Teringat kereta kesayangan sendiri Honda CRV , ngam2 jer habis bayar dan dapat geran sendiri time tulah dia nak eksiden teruk. Tapi nasiblah lepas baiki kereta cepat jer laku dan boleh ambik kereta baru yang lain.
ReplyDeleteBab kemalangan ni memang risau laaa Sis. Anak-anak pun semua ada kereta ni berpuluh ribu pesan hati-hati, janganlah sampai kemalangan, walaupun kemalangan kecil.. takutkan, dan satu lagi haa nak settle macam ni laa.. bukannya mudah..
ReplyDeletetq sharing..kdg2 sis pun xtau doc ape yg perlu ada..
ReplyDelete