Pengalaman Pertama Yara Bertemu Dengan Doktor Gigi
Beria masuk dalam entri pengalaman Yara jumpa doktor gigi, hahahah. Sebenarnya saya selalu pergi jumpa doktor gigi di PPUM takpun di tempat kerja lama di UIA. Jarang pergi ke klinik swasta sebenarnya. Tapi sejak duduk Shah Alam, memang kalau ada masalah gigi akan ke Klinik Pergigian Dr. Khairudin Seksyen 19. Tapi disebabkan PKP kita pergi paling dekat dengan rumah iaitu Klinik Gigi Zahida Sekyen 8.
Kisahnya hari Jumaat malam, Yara jatuh bilik air. Berdarah teruk mulut dia. Panik kejap. Lpeas tu dia macam tak nak makan, trauma nak muka mulut. Check tengok rupanya ada gigi dah goyang. Sabtu pagi, cabutkan gigi Yara dah goyang. Masa cabut perasan juga sebenarnya ada dua batang yang goyang. Memang nampak nak jatu hdah gigi tu. Tapi masa cabut yang 1 batang tu, berdarah-darah keluar. Seriau tengok. Rasa macam menyesal pulak cabut sendiri.
Yara still tak nak makan. Sebab dia macam ada gigi sebatang lagi yang goyang dan menyebabkan beliau tidak selesa. Ahad pagi, dia macam bad mood. Suruh minum susu coklat. Tiba-tiba dia muntah dan tidak selesa perut. Maybe sebab dia tak makan proper dari semalam. Jadi terus saya call klinik gigi dan kebetulan memang buka tapi waktu operasi memang kejap jer dari pukul 9 pagi sampai 3 petang.
Ajak Yara pergi klinik, bersungguh dia cari face mask sebab nak jumpa doktor. Mungkin juga Yara dah puas duduk rumah, jadi bila dapat ajakan untuk keluar rumah memang terus dia teruja. Sampai kat klinik ada 2 pesakit sedang menunggu. Ramai juga orang sakit gigi time PKP ni kan.
Masa nama Yara dipanggil terus dia berlari masuk. Pandai pulak dengar arahan doktor suruh naik kerusi. Siap doktor cakap "Naik kerusi sini Adzkiya doktor nak check gigi".
Kalau kat rumah, saya suruh buka mulutpun dia takut. Depan doktor ni relaks jer doktor belek2 gigi dia.
Sekali doktor kata "OK Adzkiya doktor nak remove another one gigi, ok?" Yara pun cam angguk kepala. Akhirnya cabut juga gigi.
Ta ampun! Bila tengok Yara dah setel dengan masalah gigi dia, terus rasa happy dan bersyukur. Bayangkan. malam Sabtu tu, saya siap nangis time semua orang tidur sebab sedih dengan Yara. Masa tu ingat klinik gigi tak buka weekend. Risau sangat nak tunggu Isnin, sebab Yara nampak macam sakit sangat dan tak nak makan langsung.
Alhamdulillah. Mujur saya macam tekad jer nak bawa klinik hari Ahad tu jer. Bila tengok Yara dah tak sakit, saya memang happy sangat. Saya siap belikan dia ais krim lepas jumpa doktor. Dan dia makan dengan penuh beria tau. Mungkin sebab doktor pesan suruh makan ais krim. Sampai rumah Yara makan mee goreng tambah 2 kali. Lapar sangat gamaknya. Hehehe
Alhamdulillah. Mujur saya macam tekad jer nak bawa klinik hari Ahad tu jer. Bila tengok Yara dah tak sakit, saya memang happy sangat. Saya siap belikan dia ais krim lepas jumpa doktor. Dan dia makan dengan penuh beria tau. Mungkin sebab doktor pesan suruh makan ais krim. Sampai rumah Yara makan mee goreng tambah 2 kali. Lapar sangat gamaknya. Hehehe
Pengalaman Pertama Yara Bertemu Dengan Doktor Gigi
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 08, 2021
Rating:
No comments:
Sharing is caring...