Siapa pernah tonton filem ini? Filem seram tapi bukan cerita hantu yang terlah ditayangkan pada tahun 2009. Dilakonkan oleh semua pelakon yang berbakat antaranya seperti Isabelle Fuhrman, Vera Farmiga, Peter Sarsgaard dan ramai lagi.
Kisahnya bermula apabila sepasang suami isteri Kate dan John mengambil anak angkat yang bernama Esther. Sebenarnya Kate dan John sudah mempunyai sepasang anak iaitu Max dan Daniel. Max anak perempuan yang mengalami masalah pendengaran.
Antara sebab mereka mengambil anak angkat kerana Kate merasai terkesan atas kehilangan anak perempuan didalam kandungan yang dinamakan sebagai Jessica. Jadi kononnya untuk memulihkan keadaan emosinya dengan mengambil ahli baru dan jadikan sebagai sebahagian keluarga.
Pada awalnya semuanya adalah biasa dan mereka sekeluarga memang hidup bahagia. Tapi lama-kelamaan Kate merasai ada sesuatu yang tidak kena dengan Esther. Ini merujuk kepada penampilan, cara percakapan dan beberapa kejadian yang pelik berlaku. Jika dilihat pada Esther sendiri beliau mempunyai bakat yang luar biasa dan banyak tentang beliau yang sengaja disorokkan.
Satu hari Kate telah dihubungi kembali Sister Abigail, nun yang bertanggungjawab untuk menyerah Esther kepada keluarganya. Sister Abigail telah meluahkan tentang sesuatu yang tidak kena tentang Esther apabila dia membuat penyelidikan sendiri tentang asal-usul Esther yang meragukan.
Otw balik dari rumah Kate, dia telah dibunuh mati oleh Esther (dengan pertolongan Max yang telah diugut oleh Esther).
Sejak itu semakin banyak yang berlaku termasuklah Daniel yang hampir terbunuh. Begitu juga pergolakan rumahtangga antara Kate dan Jake. Semuanya kerana Esther. Dan akhirnya terbongkar satu rahsia di mana Kate akhirnya dapat menghubungi rumah perlindungan Esther di Rusia (tempat asalnya) yang mana bukan rumah anak yatim tetapi Pusat Mental (Rumah Sakit Jiwa).
Jadi siapakah Esther ini sebenarnya? Apa tujuan Esther? Dan kenapa sering berlaku kemalangan di setiap keluarga angkatnya.
Sebenarnya bila saya google, rupanya filem Orphan ini adalah insipirasi daripada kisah yang pernah berlaku iaitu dari kisah Natalia Barnett.
Natalia yang dikatakan berusia 6 tahun tetapi sebenarnya usianya lebih dewasa dari itu.
NEW YORK: Satu pasangan suami isteri hidup dalam ketakutan selepas mengetahui anak angkat mereka yang disangka berusia enam tahun sebenarnya seorang wanita dewasa yang menyamar sebagai kanak-kanak.
Lebih menakutkan wanita itu juga mempunyai masalah mental dan pernah beberapa kali cuba membunuh mereka termasuk menikam pisau serta meletakkan racun dalam minuman.
Kisah Kristine, 45, dan bekas suaminya, Michael Barnett, 43, bermula apabila mereka mengambil seorang budak perempuan dari Ukraine yang menghidap penyakit tulang sebagai anak angkat pada 2010.
Sijil kelahiran budak perempuan itu yang dikenali sebagai Natalia menunjukkan dia ketika itu berusia enam tahun tetapi sebenarnya berumur hampir 21 tahun.
Natalia dipercayai menghidap sejenis penyakit yang menyebabkan dia tidak membesar dan dia juga mempunyai masalah mental.
“Dia juga boleh bercakap seperti orang dewasa. Saya juga pernah melihat dia mencampurkan peluntur ke dalam minuman saya dan cuba menikam kami ketika tidur.
“Keadaan itu menyebabkan kami hidup dalam ketakutan hingga tidak boleh tidur malam kerana bimbang Natalia masuk ke bilik kami,” katanya.
Menurutnya, sangkaan mereka ternyata benar apabila pemeriksaan kesihatan dilakukan terhadap Natalia mendapati dia sudah dewasa dan turut menghidap penyakit mental.
Mereka juga berusaha mendapatkan perintah mahkamah untuk mengesahkan bahawa Natalia sebenarnya seorang wanita dewasa dan dihantar untuk menjalani rawatan mental.
Pasangan itu yang kini sudah berpisah kemudian meninggalkan Natalia di sebuah apartmen di Lafayette, Indiana pada 2013 tetapi mereka didakwa polis kerana mengabaikan kanak-kanak.
Menurut Daily Mail, pasangan itu tidak tahu di mana Natalia berada dan mereka bimbang wanita itu mungkin menyamar sebagai kanak-kanak lagi dan diambil sebagai anak angkat.
Dikatakan Natalia ini ada menunjukkan tingkah laku pelik, selain daripada insiden meracun dengan meletakkan sesuatu dalam minuman ibu angkatnya. Dan akhirnya keluarga angkatnya telah meninggalkannya seorang diri di sebuath rumah apartmen. Dan keluarga angkatnya sekeluarga telah memulakan kehidupan baru di Canada.
Kristen bersama ketiga anaknya dan bekas suami
Dan kes ini masih berjalan, jika tidak silap pada awal tahun 2020, Natalia yang kini katanya telah berusia 16 tahun telah mengambil tindakan saman kepada keluarga angkatnya kerana mengabaikannya. Dikatakan juga Natalia sudah tinggal di bersama keluarga angkat yang baru.
Natalia dan ibu sebenarnya
Dalam temuramah bersama Kristen (bekas ibu angkat Natalia) beliau berkata kisah dalam filem Orphan mirip dengan apa yang beliau dan suami alami. Tetapi baru-baru ini dikejutkan dengan penampilan ibu sebenar Natalia yang mengesahkan anaknya baru berumur 16 tahun. Anaknya telah dilahirkan berpenyakit/cacat dan pihak hospital yang mencadangkan untuk beliau membuang anak itu (peliklah pulak). Selain dari Natalia beliau mempunyai 4 lagi anak yang sihat.
Wajah Natalia kini.
Cuma bila tengan filem Orphan tu memanglah jalan cerita lain sikit. Tapi serius seram! Banyak scene yang kita boleh menjerit-jerit sebab takut dengan Esther tu. Antara movie yang best dan memang saya rekomen untuk korang tonton.
No comments:
Sharing is caring...