Review Filem di Netflix : Blue Miracle

Blue Miracle, filem keluarga yang agak berat. Kisah filem ini adalah berdasarkan cerita benar yang pernah terjadi kepada pengasas rumah Casa Hogar, rumah anak yatim untuk kanak-kanak lelaki yang terletak di Cabo San Lucas, Mexico.

Casa Hogar ini telah diuruskan oleh Papa Omar dan juga isterinya Becca. Di mana menempatkan berbelas-belas anak lelaki jalanan yang hidup merempat. Papa Omar sebenarnya juga berasal dari jalanan dan pernah terlibat dalam kegiatan dadah satu masa dulu. Tapi kini beliau telah berubah.

Membesarkan anak-anak yang ramai bukannya mudah. Apatah lagi dengan keadaan bank yang menuntut hutang tertunggak yang kesannya rumah yang mereka diami sekarang akan dirobohkan. Bagitu juga dengan keperluan harian seperti makanan semuanya perlukan duit.

Papa Omar bekerja keras untuk melakuka apa pekerjaan mendapat upah dan turut dibantu oleh anak-anak yang sudah besar di sini. Sehinggalah suatu hari Papa Omar bertemu dengan Wayne dan Dana untuk meminta tolong rekomenkan pada bank agar menangguhkan proses pembayaran tunggakan.

Disinilah kejadian di mana Kapten Wade (lakonan Dennis Quaid) nak sertai Bisbee fishing tournament tetapi tiada ahli pasukan. Dan Wayne menyuruh Wae masukkan Papa Omar dan anak-anak jagaannya sebagai ahli dalam pasukan.

Kapten Wade hidupnya memang menyedihkan. Tinggal di kapal bot yang sudah berusia seorang diri. Biarpun mempunyai isteri dan seorang anak tetapi telah ditinggalkan. Ini kerana Kapten Wade mempunyai sikap yang agak angkuh dan tidak pernah menjaga perasaan orang lain. Tetapi sebenarnya di sisi lain Kapten Wade ini sebenarnya seorang lelaki yang baik

Pertandingan itu mengambil masa 3 hari. Untuk 2 hari berturut-turut memang tiada langsung hasil tangkapan. Kira masa ni team di bawah Kapten Wade dah frust dan merasai tidak punyai apa-apa harapan pun.

Pada masa yang sama kawan jenayah Papa Omar yang lama iaitu Hector menemuninya dan mengajaknya menyertai aktiviti lama. Dengan menawarkan pelbagai ganjaran yang ketika itu Papa Omar memang sangat memerlukannya. Tapi Papa Omar tetap berkeras tidak mahu menyertai apa-apa jua aktiviti jenayahnya yang pernah dilakukan satu ketika dulu

Biasalah cerita macam ni (cliche), di pengakihiran mesti ada yang manis berlaku.

Rata-rata orang review filem ini terutama dari segi jalan cerita tak berapa kemas. Ada penampilan pelakon hebat juga tapi masih tak menjadikan filem ini ada faktor 'wow'. Bagi saya sendiri sekadar menonton di rumah tak ada masalah. Tapi kalau menonton di wayang, macam "Iskhh rugi duit tiket" hahahaha,


Inilah wajah Papa Omar yang sebenar. Dan kini Rumah Casa Logar masih ada dan semakin besar dan cantik. Di sini juga terletaknya penempatan anak-anak lelaki jalanan di Mexico.

Review Filem di Netflix : Blue Miracle Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 02, 2021 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.