Review Movie di Netflix : The Curse of La Llorona (The Curse of the Weeping Woman)

Antara movie seram yang best, macam ada tempias sedikit dengan filem Conjuring sebab ada scene paderi pegang patung Anabelle. Ianya mengisahkan hantu (sumpahan) dari seorang perempuan pada tahun 1963 di Mexico. Di mana perempuan (ibu) ini telah membunuh 2 anak lelakinya dengan cara melemaskan di dalam sungai. Kalau tak silap sebab dia terlalu marah dengan suami yang tidak setia lepas tu dia bersumpah untuk hapuskan anak-anak yang tidak bernasib baik (unfortunate)

300 tahun kemudian pada tahun 1973 di Los Angelas, di mana seorang ibu tunggal Anna Tate Garcia yang baru kematian suami tengah struggle membesarkan 2 anaknya (sepasang) Chris dan Sam. Rasanya dia ni bekerja sebagai macam ala-ala pegawai kebajikan.

So dia kena setelkan satu kes klien lamanya iaitu Patricia Alvarez's yang mempunyai dua anak lelaki. Patricia telah mengunci anaknya didalam satu bilik macam stor. Kiranya Anna masuk campurlah dalam urusan Patricia sebab menganggap Patricia ni macam dera anak dan tak betul. Selepas dilepaskan anaknya, tiba-tiba anak Patricia mati lemas.

Dalam Anna nak menyelesaikan kes Patricia ni, tiba-tiba anaknya sendiri diganggu dengan seorang wanita memakai gaun ala-ala pengantin yang dikenali sebagai La Llorona (The Weeping Woman). Memang seram giler cara serangan hantu ini. Memang dia target nak bunuh budak dengan cara lemaskan mangsa. Dan yang lagi seram, pada awal budak jumpa dia dalam keadaan sedang menangis.

Mula-mula Anna tidak percaya sekali bila dah berlaku depan mata haruslah dia bertindak untuk menyelamatkan anaknya. So Anna pergila minta tolong dengan paderi Father Perez. Masalahnya Father Perez bukan tak boleh tolong tapi kalau melibatkan gereja ianya kena ikut prosedur. AMik masa, jadinya Father Perez telah mencadangkan bekas paderi yang boleh tolong perkara-perkara mistik ini iaitu Rafael Olvera.

Pergila Anna dan anaknya berjumpa Rafael Olvera. Setelah pujuk barulah Rafael ni nak tolong. Mula-mula Anna ni ingat nak keluar dari rumah tu (berpindah). Tapi Rafael kata La Llorona ni dia ikut orang bukan ikut rumah. Pergi mana pun dia akan hantui Anna dan anaknya. Camana pun gayanya kena putuskan dan hapuskan La Llorona ni dari hidup mereka.
Untuk satu malam jer macam-macam scene yang seram. Ada part Rafael dah letak pendinding tapi still La Llorona ni boleh masuk (sebab terputus).  

Cerita ni yang menjadikannya ianya begitu seram sebab gerakan La Llorona tu memang mengejutkan. Bila-bila dia datang dan keadaannya wajah dia memang seram nak mateyyy. Rekomen pada mereka yang minat cerita seram serius :-) ehehehehe

Review Movie di Netflix : The Curse of La Llorona (The Curse of the Weeping Woman) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 05, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.