Merawat Jerawat, Mengatasi Jeragat, Bersama Cosmoderm Minyak Tea Tree dan Vitamin E Yang Hebat


Saya memang akan memilih yang terbaik untuk kulit wajah. Ini memandangkan semakin kita berusia, semakin kita matang dalam membuat pemilihan formulasi didalam produk yang digunakan. Dan jenama Cosmoderm tidak pernah mengecewakan saya.  Sepanjang saya menjadi pengguna yang setia, siri penjagaan wajah terbaru yang diperkenalkan sememangnya sangat sesuai bukan untuk saya sahaja bahkan semua ahli keluarga.

Cosmoderm telah memperkenalkan produk khas untuk mereka yang berkulit normal dan kering. Bagi membantu kulit agar lebih berseri-seri, anjal dan tidak kusam. Formulasi yang digunakan adalah memberi tambahan keperluan vitamin E (bertindak sebagai anti oksida) di wajah agar dapat kekal lembapan serta meningkatkan keserian wajah secara semulajadi.

Manakala untuk siri penjagaan wajah Cosmoderm Minyak Tea Tree lebih kepada merawat kulit muka yang bermasalah seperti jerawat, kesan jerawat dan juga bagus untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Ini kerana manfaat tea tree itu sendiri yang bertindak sebagai TTO anti-bakteria yang dapat membunuh kuman. Penggunaan produk ini secara konsisten dapat membantu mereka yang mengalami masalah jerawat, terutama mengecilkan/menghilangkan jerawat dan juga mengurangkan kesan-kesan jerawat lama di wajah.


Cosmoderm Vitamin E

#YouTurnBeauty untuk siri ini saya telah mencuba pencuci wajah dan Bi-Phased Toning Essence. Kedua-dua ini adalah penting yang perlu digunakan dalam penjagaan rutin wajah. Saya suka dengan aroma semulajadinya (lembut), tiada paraben dan diyakini HALAL. Selain itu produk ini memang telah diuji secara dematalogi ianya selamat digunakan untuk semua jenis kulit.

Sebelum kita gunakan produk Bi-Phased Toning Essesnce. wajah perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Sememangnya menjadi amalan membersihkan wajah pada setiap hari di waktu pagi (bangkit dari tidur) dan juga sebelum masuk tidur (malam).

Pastikan wajah betul-betul bersih. Basuh dan bilas. Keringkan dengan tuala muka.

Inilah adalah produk kegemaran saya Cosmoderm Vitamin E Bi Phased 2000 IU. Walaupun sekarang saya tidak kerap berada di luar rumah. Tetapi kulit saya tetap memerlukan vitamin E. Kenapa kita perlukan vitamin E di muka? Ini adalah kerana vitamin E  berfungsi sebagai antioksida. Sebagai contoh, matahari menghasilkan sinaran UV yang boleh menghasilkan radikal bebas yang tinggi pada badan. Radikal bebas ini akan merosakkan sel-sel kulit sehingga berisiko menyumbang kepada masalah kulit. jika tidak dirawat boleh menyebabkan kanser kulit. Jadi, disinilah vitamin E berfungsi sebagai wira terhebat dengan menjadi penghapus kepada bahan radikal bebas tersebut kerana kebolehan antioksidanya

Cara gunakannya, hanya picit sedikit di telapak tangan. Seterusnya sapukan di seluruh muka. Wajah akan lebih cerah, rona kulit menjadi  sekata dan anjal seperti orang muda :p


Cosmoderm Minyak Tea Tree

Ini pula untuk kegunaan my Yana yang memang mempunyai masalah jerawat iaitu Cosmoderm Tea Tree Oil. Produk ini juga telah diuji secara dermatologi yang ianya selamat digunakan. Bebas paraben dan halal.

Seperti biasa kita mulakan dengan mencuci wajah terlebih dahulu.

Pastikan wajah benar-benar bersih sebelum kita mula meletakkan Cosmoderm  Tea Tree Oil Refining Oil Contro Serum.

Produk yang best dan memang saya rekomen terutama buat anak muda yang mengalami masalah jearwat di kulit wajah - Cosmoderm  Tea Tree Oil Refining Oil Contro Serum. Untuk pengetahuan semua formulasi tea tree oil itu sendiri mengandungi Terpinen-4-ol yang sangat berkesan dalam rawatan penyakit kulit dan mengatasi jangkitan kulat kerana ia dapat merangsang aktiviti sel darah putih dalam melawan bakteria. Selain bagus untuk jerawat, tat tree oil juga banyak digunakan untuk membantu mereka yang mengalami masalah kulit berminyak. #ControlAcneDelete

Hanya titiskan sedikit di tangan. Sapu rata di seluruh wajah. Pakai di waktu siang dan juga sebelum tidur. Memang rasa perbezaannya. Bukan sahaja kulit lebih cerah bahkan jerawat yang sedia ada semakin mengecut. Guna secara konsisten.

Set lengkap untuk kegunaan setiap hari :-)

Rutin penjagaan wajah terbaik setiap hari, penjagaan wajah Cosmoderm keberkesanannya terbukti! Jom cuba hari ini :-)

Boleh dapatkan produk Cosmoderm di Watsons dan pasaraya yang berdekatan 

Keterangan lanjut korang boleh layari di:-
#TeamofCosmoderm 
#Youturnbeauty 
#ControlAcneDelet

Merawat Jerawat, Mengatasi Jeragat, Bersama Cosmoderm Minyak Tea Tree dan Vitamin E Yang Hebat Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 12, 2021 Rating: 5

12 comments:

  1. Wahhh berseri-seri anak beranak. Hehehe. Besar betul bungkusan tiub Cosmoderm ni. Harga rm berapa kak? Nanti nak cek kat Guardian lah. Nak cari Vitamin E tu.

    ReplyDelete
  2. I tengok pack dia tu besar la dari biasa ayu. Nampak packaging cantik sangat. Teruja tengok ibu dan anak nanti berseri-seri....chewah....

    ReplyDelete
  3. best juga packaging dia, boleh tahan lama ni kalau guna. nice sharing :)

    ReplyDelete
  4. Menarik ye yang tea tree tu. Rawlins dah mula meminati dan pakai tea tree oil sebab ianya sesuai dengan kulit. Boleh cari nie kelak

    ReplyDelete
  5. tea tree is a very good for sensitive skin and it has a power of soothing as well!

    ReplyDelete
  6. Sweet la warna pakaging dia kak. Marsha pun kena cuba ni. Marsha memang suka brand cosmoderm.

    ReplyDelete
  7. Sis sampai sekarang guna Teatree dia yang mulaa dulu.. baguss sangat., ni tak tau plak ada yang ni.. nanti nak try jugalah.. walau tak de jerawat tp jeragat ni mula nak naik..

    ReplyDelete
  8. Banyak betul rangkaian produk Cosmoderm ni, atie pernah pakai krim jerawat dia je. Memang berkesan. Musim kena duduk rumah ni ayuhlah kita jaga kecantikan dan kesihatan.

    ReplyDelete
  9. wow packaging dia memang exclusive. setuju yang duduk rumah pun tetap kena jaga kesihatan kulit juga. lagi2 kalau dh makin berusia ni. kulit nak kena belai lebih sikit.

    ReplyDelete
  10. Dari mak hingga ke anak boleh gunakan set Cosmoderm ni kan. Saya dulu guna jugak produk dari Cosmoderm nih sebab memang berkesan merawat kulit bermasalah.

    ReplyDelete
  11. Yg warna kuning tu saya memang guna, tapi moisturizer je. Nanti nak cukupkan 1 set lah.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.