Review Movie di Netflix : Haseen Dillruba
"Cinta jika tidak membuat kamu gila,itu bukanlah cinta sejatii!" Haseen Dillruba antara movie tamil terbaru Netflix yang saya memang rekomen untuk korang tengok. Terutama yang meminati kisah-kisah yang ada elemen thriller dan misteri.
Permulaan cerita dengan satu insiden letupan dan si isteri telah dituduh membunuh suaminya sendiri! Dan cerita ini banyak babak-babak flash back dan kita akan menyoroti tentang kisah cinta, curang dan pengorbanan. Memang best!
Kisahnya mengenai pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga iaitu antara Rishu (Vikrant Massey) dan Rani (Taapsee Pannu). Perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga ini memang pada awalnya mempunyai pelbagai masalah yang besar. Ini memandangkan Rani seorang wanita yang moden, berpelajaran tinggi dan terpaksa hidup didalam keluarga tipikal di India yang mana perempuan haruslah tahu memasak, mengambil kebajikan suaminya dan pelbagai lagi.
Manakala Rishu seorang jurutera, pada awal karektor nampak dia macam introvert sikit, pemalu tapi pada masa yang sama memang sangat cintakan isterinya. Disebabkan masalah komunikasi dan faktor lain (nasi tambah) menjadikan hubungan Rani dan Rishu memang dingin.
Keadaan semakin teruk apabila kehadiran Neel (Harshvardhan Rane) sepupu Rishu ke rumah mereka dan tinggal bersama. Neel seorang lelaki yang ada rupa, tegap dan sentiasa cuba mencuri perhatian Rani.
Siapa sangka Rani terperangkap dengan cinta Neel. Dan dia telah menduakan suaminya sendiri. Pada masa Rani curang, kita yang menonton pun rasa sangat marah. Tapi masa yang sama, kecurangan juga mungkin disebabkan oleh layanan Rishu yang semakin menjauhkan diri dari isterinya.
Siapa sangka, ingatkan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, gitulahhh hahahah. Apabila secara tiba-tiba Neel tinggalkan Rani dan si isteri inipun berterus terang dengan suami tentang kecurangannya selama ini. So, as suami walaupun cinta kat isteri still rasa dendam dan marah.
Berbalik kepada kejadian letupan tu, Rani isteri mendiang kenalah tuduh membunuh suaminya. Dan beliau menjadi target suspek oleh Inspektor Kishore Rawat (Aditya Srivastava) yang sedang menyiasat kes ini. Inspektor Koshore seboleh-boleh nak dapatkan pengakuan dari Rani, macam-macam caranya. Sampai meleret-leret 2 bulan sebab benda yang dia buat tidak menampakkan Rani ini terlibat. Walaupun secara jelas memang Rani ada menceritakan yang hubungan dia dengan suaminya Rishu pernah bermasalah. Begitu juga pengakuan tentang hubungannya dengan Neel
Memang ada plot twist di akhir cerita. Adakah Rani sememangnya benar-benar membunuh Rishu. Dan apakah yang terjadi sebenarnya pada hari kejadian. Lagi best! Sepanjang penyiasatan Rani memang ada kaitkan jalan cerita yang berlaku dalam hidupnya dengan salah satu novel pembunuhan yang pernah dibacanya selama ini. Dan adakah pembunuhan terancang yang berlaku diambil dari plot penceritaan sebenar dari naskah novel Wrath of Kasaulli karya Dinesh Pandit?
Walaupun ada babak-babak daring tapi OK la (takdela menjamu mata sangatpun). Rekomen untuk korang layan time PKPD/PKP dan ini adalah antara filem tamil best dari Netflix!
Review Movie di Netflix : Haseen Dillruba
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 04, 2021
Rating:
No comments:
Sharing is caring...