TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag, Sangat Praktikal Untuk Dibawa Ke Mana Sahaja!
TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag, Sangat Praktikal Untuk Dibawa Ke Mana Sahaja!- Mencari yang praktikal dan ada gaya antara ciri-ciri sling bag yang memang menjadi pilihan baik wanita mahupun lelaki. Saya sendiri sukakan sling bag terutama yang mempunyai ruang yang luas (sebab ada banyak barang penting yang perlu saya bawa ke mana sahaja). Jika ianya tahan lasak dan sekiranya talinya boleh dilaraskan itu adalah bonus! Ini kerana mudah untuk saya mengayakan mengikut keselesaan.
TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag
Baru-baru ini saya ada membeli sebuah sling bag dari PTT Outdoor. Kebetulan sekarang ada promosi dengan diskaun yang menarik jadi saya tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya satu untuk kegunaan pribadi.
Saya suka dengan materialnya yang memang kalis air (water resistant) jadi tidak ada masalah sekiranya terkena tempias air hujan, air tertumpah dan sebagainya. Materialnya daripada fabrik oxford dan polyester. Nah! Tidak hairanlah ianya tahan lasak.
Untuk TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag ditawarkan 2 warna yang menarik iaitu hijau gelap (dark green) dan biru. Dan saya telah memilih warna kegemaran iaitu hijau semestinya :-)
Antara faktor yang membuatkan saya suka dengan TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag ini adalah terdapat banyaknya poket serbaguna yang menampakkan lagi ciri-ciri versatilnya. Dengan ruang yang luas ditambah dengan poket depan, belakang dan didalam begitu sendiri membolehkan saya menyusun barangan yang wajib dibawa dengan kemas dan teratur. Menjadikan saya lebih sistematik dan kemas.
Zip yang digunakan daripada metal yang tegap. Sesuai dengan ciri utamanya iaitu sling bag yang lasak! Sungguhpun begitu ianya tetap tampil elegan dan memang sangat praktikal untuk kegunaan harian.Poket yang dibahagian belakang beg. Macam-macam boleh diletakkan di sini.
Selain itu saya juga tertarik dengan rekaan bahagian depan. Simple, smart dan didatangkan dengan 2 poket.
Tali beg yang mudah diselaraskan. Samada untuk digayakan di bahagian depan ataupun dibawa ke belakang.
TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag, sememangnya boleh dibawa ke mana sahaja. Samada untuk acara santai ataupun aktiviti lasak. Kita tetap nampak bergaya!
Pembelian terbaik dari PTT Outdoor, jika orang ingin mendapatkannya juga bolej klik pada link ini :-
TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag, Sangat Praktikal Untuk Dibawa Ke Mana Sahaja!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 09, 2021
Rating:
Cantik beg TAHAN ni dan memang tahan pun. Walaupun untuk kegunaan lasak tapi nak buat pi jalan2 pun ok juga. Warna dia pun nice sangat.
ReplyDeleteEh. Nampak elok pula kan. Elok gak nie untuk dibawa dan simpan barangan yang sensitif air kan. Ada saiz besar muat laptop tak? Kalau ada elok gak buat beg laptop kan
ReplyDeleteBag TAHAN lasak PTT ni bagus kan. Kalis air pula tu. Tapi warna dia untuk boys sangat kan kak. Ke ada warna lain kak ayu?
ReplyDeletewarna biru hehehe
DeleteWoww ptt outdoor punya keluaran ke. Amazing lahhhhh... bagus bila dapat kalis air. Bole bawak dengan hati gumbira kalau hujan hehhe
ReplyDeleteMenarik tengok ciri-ciri sling bag ni. Paling penting kalis air dan ada banyak compartments. Sesuai nak pakai ke mana2 saja.
ReplyDeleteIni kalau budak2 lelaki suka lah bawa pergi campus hehehe orang perempuan mcm tak sesuai sangat tak nampak ayu hehehw debab rekaan nampak maskulin bagi kita lah...
ReplyDeleteNama pun tahan. Jelas nampak ketahanan dia. Ada tgk dekat web dia. Tgk kak ayu story ni boleh la nak grab 1
ReplyDeleteCantik juga kan bag ni kak Yu.. Boleh la beli nanti dah boleh travel boleh pakai.. nampak selesa dan luas juga tue... yang penting lasak :) santai2 pun sesuai juga..
ReplyDeleteMacam best plak, sebab suka jenis bag jenis gini, mudah nak sumbat, nampak kecil, tapi sebenarnya besarkan Ayu.. nak belikan Suami laa..
ReplyDeleteSy pun suka jenis bag yang waterproof ni, kena air pun takda apa2. Tapi sejak PKP ni dah lama rasanya tak guna bag coz tak pergi mana2 pun. hehe
ReplyDelete