Ubi Kayu Oh Ubi Kayu!
Bila dedet (suami) bawa balik sebiji ubi kayu besar saiznya (dalam 2kg) terus gigih memikirkan nak masak apa dengan ubi ini.
Kesnya saya memang jenis suka makan ubi rebus dengan sambal. Tapi Dedet dia lebih suka ubi dengan kelapa parut bergula. Memandang semalam tiada kelapa jadi saya masak sambal ikan bilis letak bersama petai. Perghhh.
Sekali yang beria makan saya, akid dan anaqi. Dedet makan juga tapi sikit jerlah. Anak yang lain makan sambal tu dengan roti. Adoi.
Memandang ramai yang tak makan jadi lebihan ubi hari ini saya jadikan hidangan tradisi yang lain iaitu Ubi Getuk!
Nak sediakan memang mudah. Hanya sediakan bahan-bahan seperti ubi kayu yang telah direbus (penyekkan), garam, gula, kelapa parut, tepung gandum, tepung pulut, air, serbuk kunyit dan minyak masak.
Makan panas-panas memang sedap. Pekena dengan kopi 0' memang best.
Kebaikan dan Khasiat Ubi Kayu
Kanji rintang bertindak sebagai serat. Ia tidak membentuk glukosa dalam usus kecil, tetapi dibawa ke usus besar dan diuraikan oleh bakteria di dalam usus berkenaan.
Pengambilan kanji rintang menjadikan kita kurang berisiko obesiti kerana keupayaannya mengawal berat badan dan tidak meningkatkan paras gula dalam darah.
Lebih menakjubkan kanji rintang ini membantu mencegah penyakit barah usus besar.
Ubi Kayu Juga Boleh Membawa Keburukan
Walaubagaimanapun perlu diingatkan makan ubi kayu yang tidak diproses dengan cara yang betul boleh menyebabkan kesan toksik.
Selain itu keracunan sianida yang tinggi juga boleh mengakibatkan lumpuh dan kesan paling teruk adalah kematian.
Ini kerana mikroflora dalam usus besar manusia akan mengubah linamarin kepada bahan kimia yang dikenali sebagai hidrogen sianida iaitu sejenis gas beracun.
Mikroflora ialah bakteria dalam usus besar manusia atau haiwan yang berperanan memecahkan bahan berkhasiat seperti polifenol untuk dibawa masuk ke dalam darah.Pembentukan hidrogen sianida yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan beguk dan masalah saraf.
Selain itu keracunan sianida yang tinggi juga boleh mengakibatkan lumpuh dan kesan paling teruk adalah kematian.
Ubi Kayu Oh Ubi Kayu!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 14, 2021
Rating:
I ada tanam ubi kayu kerinting kat belakang rumah I. Pernah ambik pucuk ubi ajer. Ubinya belum cabut. Makan ni time hujan perghhhh you.....ubi panas-panas....nikmat.
ReplyDeleteKenangan sangat nie. Teringat zaman kecil dulu, bila cuti je memang akan balik kampung. Duk kebun ngan atuk and nenek maka memang kerjanya mengumpul ubi, potong kecil2 dan goreng buat kerepek sendiri. Huhu
ReplyDeletesaya tak minat saya ubi kayu rebus kalau buat goreng tepung memang habis makan..hehe
ReplyDeleteBuat kerepek pun sedap. Eiza layan je apa-apa menu berkaitan ubi kayu. Jenis tak cerewet. Rezeki... jangan ditolak.. kan.
ReplyDeleteMau jugak esok cari ubi buat gini juga. Lagi satu resepi nanti cubalah buat ubi rebus goreng pula , saya ada share dekat youtube caranya. Memang sedap makan panas2 dengan kopi o panas.
ReplyDeleteSama kita suka makan ubi kayu dengan sambal tumis, tak reti makan dengan lainn.. atau pun buat getuk ubi, tu pun okay... hujan-hujan ni sedap juga cari ubi...
ReplyDeleteKte sukaaaaa ubi kayu, ikan masin, sbal tumis, ada plak kelapa parut dan kopi o kak..layannn..ubi kayu banyak resipi leh buat heheh
ReplyDeleteoh my god, so simple and sedap especially ubi kayu rebus cicah sambal tumis!
ReplyDeleteSaya suka ubi kayu, ubi keledek. Semua jenis ubi suka. Cicah ngan sambal kelapa sedap kak. Fuhhh kecur airlio.
ReplyDeleteUbi kayu adalah makanan paling authentik sekali dari zaman berzaman tak pernah lupus dan ada sahaja idea dan juga ciptaan baru untuk ubi kayu kita pun suka rindu nak makan dengan kelapa parut sedapnya....
ReplyDelete