5 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, kota yang tidak pernah sunyi dengan pelbagai aktiviti tidak kira siang mahupun malam hari. Kedudukannya sebagai ibukota negara Malaysia seringkali menjadi tumpuan samada masyarakat setempat mahupun pelancong dari luar negara.



Antara 5 aktiviti menarik yang anda boleh lakukan apabila berada di Kuala Lumpur seperti:-

1. Melawat tempat menarik dan bersejarah - Tugu Negara dan Taman Botani
Monumen tugu negara ini telah dibina pada 8 Februari 1966. Ianya adalah sebagai penghormatan kepada 11 ribu pejuang yang gugur dalam tiga siri peperangan besar iaitu Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan Darurat Malaya. Tugu Negara cukup simbolik kerana mengingatkan masyarakat Malaysia tentang pengorbanan pejuang-pejuang negara satu masa dahulu.


Berdekatan dengan Tugu Negara, terdapatnya Taman Botani yang sememangnya wujud sejak tahun 1888 lagi. Taman ini memang cantik dan dijaga rapi, jadi sesuai untuk kita datang bersama keluarga dan bersiar-siar disini. 


Selain itu, tempat menarik lain yang berhampiran dengan Taman Botani antaranya seperti Muzium Polis, Muzium Kesenian Islam, Masjid Jamek, Planetarium Negara, Taman Rama-Rama serta Restoran Rebung yang pemiliknya merupakan chef selebriti yang cukup terkenal iaitu Chef Ismail.


2. Pasar Seni Untuk Mereka Yang Suka Dengan Hasil Kraftangan
Pasar Seni (turut dikenali sebagai Central Market) juga telah wujud sejak pada tahun 1888 lagi. Lokasi ini sering menjadi menjadi tumpuan pelancong kerana di sinilah lubuk barangan kraftangan dan seni anak tempatan. Antara produk yang sering mencuri tumpuan seperti batik dan ukiran kraf asli, 


Selain boleh membeli-belah, kita juga boleh berjalan-jalan sambil mencuci mata dengan melihat produk unik yang ada ditawarkan di sini. Pasar seni juga merupakan mercu tanda warisan yang melambangkan budaya berbilang kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. 


3. Makan Malam di Restoran Berputar Atmosphere 360 Menara KL
Jika anda ingin melalui pengalaman menjamu selera dengan adanya pemandangan ruang angkasa raya yang menakjubkan bolehlah berkunjung ke Restoran berputar Atmosphere 360. Apa yang menarik restoran ini terletak 282 meter dari permukaan tanah di Menara KL yang mana kita boleh melihat keindahan kota Kuala Lumpur dari menara tertinggi di Malaysia.


Restoran berputar Atmosphere 360 ada menawarkan menu ala carte dan bufet bagi makan tengah hari dan makan malam yang membolehkan anda menikmasti sebanyak mana hidangan hebat yang ditawarkan. Berada di dalam restoran ini memerlukan anda mengikuti segala kod pakaian yang ditetapkan iaitu berkain atau berseluar panjang.


4. Kunjungi Aquaria KLCC dan Selami Dunia Hidupan di Lautan
Aquaria KLCC terletak di concourse Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Ianya juga dikenali sebagai salah sebuah akuarium yang terbesar di Asia Tenggara. Sering menjadi tumpuan ibubapa untuk membawa anak-anak mereka melihat sendiri hidupan lautan yang unik dan cantik.


Menampung lebih dari 150 spesis hidupan laut seperti jerung, ikan pari gergasi, kuda laut, batu karang, ikan belut dan pelbagai lagi. Keunikkannya kita boleh melihat sendiri variasi pemandangan yang berbeza bermula dari dataran tinggi dan hutan banjir Malaysia, seterusnya ke lembah Amazon, terumbu karang dan lautan terbuka.


5. Menyusuri Kehidupan yang Indah di Petaling Street
Jadikan kehidupan anda lebih meriah dengan mengunjungi kawasan Petaling Street yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.  Di Petaling Street bukan sahaja diwarnai dengan lampu-lampu di sepanjang jalan. Bahkan lukisan mural di situ juga mencuri perhatian. Di Petaling Street dipenuhi dengan gerai-gerai yang menawarkan barangan tiruan murah dan unik. 


Antara tarikan Petaling Street adalah kepelbagaian gerai yang menawarkan makanan 'street food' yang enak dan kafe hipster yang sentiasa mencuri perhatian pelancong yang ke sini. Memang puas hati apabila dapat berjalan di Petaling Street sambil membeli makanan, mendapatkan cenderamata dan pada masa yang sama banyak port yang menarik untuk berOOTD.


Adalah lebih praktikal dan selesa jika anda boleh menginap di hotel berdekatan dengan Petaling Street. Untuk pengetahuan semua terdapat lebih daripada 10 hotel  di sini yang sentiasa menjadi pilihan pelancong luar negara mahupun masyarakat tempatan. Oh ya! Jika anda mahu lebih penjimatan untuk penginapan hotel, bolehlah guna tawaran pakej dari VIP Pass. Lebih jimat, lebih berbaloi dan anda boleh menginap di hotel pilihan seperti yang diimpikan.


5 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Kuala Lumpur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 26, 2021 Rating: 5

9 comments:

  1. Bagus juga adanya list tempat2 menarik untuk dilawati macam ni, senang bila dah boleh rentas negeri etc nak jalan2 dah ada list tempat 😁

    ReplyDelete
  2. Yessssss!!!!!!!!!! These are the things to do if you visit Kuala Lumpur. KL is an awesome city. it's a city all travelers must not miss. Thank you for sharing this. Good post!

    ReplyDelete
  3. Alahai rindunya nak jejalan kat KL tanpa rasa nervous.
    Eh. Yang anti-vaxx tu camne kelak ye? Hahaha

    ReplyDelete
  4. Ah baca ini jadi kangen KL sangat. Saya suka makan tom yam di rumah makan belakang Petronas. Saya lupa namanya. Rasanya enak.

    ReplyDelete
  5. KL memang macam-macam ada. Tapi tulah. Kita masih tinggi kes COVID-19. ViP Pas tu expired bila kak? Bleh extend 2023 ke? 2022 macam masih duk rumah je lagi ni.

    ReplyDelete
  6. KL ni kalau explore bebetul mmg byk tempat menarik. Sy pn salah satu tmpt tu dah lama sgt xpegi. Bila nak habis pandemik ni dh lama xmerentas negeri

    ReplyDelete
  7. Dalam banyak atas tu, Tugu Negara je yang tak sampai hahaha.. lain semua dah pi, paling tak boleh lupa, makan atas menari tu laa.. moment indah...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah semua tempat ni dah sampai heheh kat KL banyak tempat menarik lagi ni...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.