CyberWira Didik Anak Digital Melayari Dunia Siber Dengan Selamat dan Bermanfaat

CyberWira Didik Anak Digital Melayari Dunia Siber Dengan Selamat dan Bermanfaat- Tidak dinafikan apabila semuanya di hujung jari memang kehidupan menjadi lebih mudah! Tidak kita peringkat umur, semuanya sudah tahu dan gemar berkomunikasi menggunakan teknologi siber internet.

Kenalkan program CyberWira iaitu salah satu program yang ada ditawarkan oleh LeapEd Services, sebuah perusahaan sosial yang ditubuhkan pada bulan September 2010. LeapEd berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Yayasan AMIR, Yayasan Hasanah dan pelbagai lagi organisasi dalam program transformasi pendidikan. Untuk pengetahuan semua, LeapEd pernah menerima anugerah sosial enterprise dan merupakan homegrown Education Service Provider.



Aktiviti transformasi pendidikan yang diperkenalkan adalah seiring dengan  Malaysia Education Blueprint 2013 – 2025 (MEB) dan juga United Nation’s Sustainable Development Goals (SDGs). Sehingga artikel ini ditulis LeapEd Services telah berkerjasama dengan 164 sekolah kebangsaan yang melibatkan 166,000 pelajar dari seluruh negara.


Mengapa anak kita perlu menyertai CyberWira?
Realiti sebenarnya kita tidak dapat mengawasi 24 jam ketika anak bersama internet. Hakikatnya banyak perkara boleh terjadi jika anak tidak memahami isu keselamatan yang perlu diambil kira ketika berada di alam maya.

Sebagai contoh :-
  • Apakah kaedah yang terbaik untuk membalas komen yang kurang menyenangkan?
  • Bagaimana kita boleh pastikan barangan yang dibeli atas talian benar-benar selamat, tiada unsur fraud dan sebagainya.
  • Buli siber dan pelbagai lagi
Dan paling ditakuti jika anak kita menjadi pembuli atau mangsa buli siber. 😢



Untuk pengetahuan semua buli siber ini merupakan perbuatan berulang dengan tujuan untuk menakutkan, mendatangkan kemarahan dan memalukan seseorang menggunakan kemudahan teknologi komunikasi seperti teks, chatting, emel, laman web sosial, telefon bimbit dan permainan internet.

Satu tinjauan telah dijalankan oleh syarikat tinjauan antarabangsa Ipsos mendapati Malaysia antara negara mempunyai masalah buli siber yang tinggi.


Bayangkan Malaysia berada di tangga ke-6 tertinggi di dunia dan ke-2 tinggi di Asia. Ini kerana masalah buli siber berlaku setiap hari di Malaysia. Samada ianya melibatkan mereka yang berprofil tinggi mahupun masyarakat biasa. Kebiasaannya kes buli siber ini kurang dilaporkan memandangkan proses birokrasinya yang agak leceh dan panjang.

Jadi bagaimana kita sebagai ibubapa dapat membantu anak daripada terjebak dengan masalah buli siber ini? Selain daripada berbincang dan berehat daripada penggunaan media sosial, kita juga boleh menggalakkan anak untuk menyertai program CyberWira dan seterusnya menjadi sebahagian daripada CyberWira Digital Citizenship.


CyberWira Digital Citizenship
CyberWira Digital Citizenship dapat membantu kita memahami cara menggunakan teknologi digital sekaligus boleh berinteraksi dengan dunia dengan lebih yakin, bertanggungjawab dan positif. Ia juga dijadikan sebagai panduan bagi membantu kita menghindari banyak unsur negatif yang boleh mendatangkan kesan tidak baik ketika menggunakan teknologi digital.

Kepentingan CyberWira Digital Citizenship?
Hidup dalam masyarakat kita perlu mengikut norma, peraturan dan undang-undang yang telah lama ditetapkan. Dunia dalam talian juga sebenarnya tidak banyak berbeza walaupun peraturannya kurang diambil berat. Setiap kali teknologi baru muncul, masyarakat sememangnya cepat menyesuaikan diri dengan penggunaannya namun sayangnya ramai juga yang telah menyalahgunakannya. Melalui program CyberWira Digital Citizenship dapat membantu kita menjadi individu yang bertanggungjawab serta dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang luar biasa yang ditawarkan oleh dunia atas talian.



Di dalam program CyberWira ini ditawarkan 8 elemen (modul) interaktif dan menyeronokkan, di mana kita boleh mengembangkan kemahiran dan pengetahuan mengenai dunia digital atas talian yang selamat dan bermanfaat. Dan ianya sesuai untuk anak remaja yang berusia dari 13  tahun sehingga 18 tahun di Malaysia. 

8 elemen CyberWira Digital Citizenship 



  1. Digital Footprint & Reputation  - We are the product, our data is for sale, workforce readiness, social media awareness . 
  2. Digital Etiquette - Viral spread of fake news, erosion of trust, engage through rage, cyberbullying
  3. Digital Security - Unhealthy digital behaviours, phishing, identity theft, lack of online financial scam awareness.
  4. Digital Literacy - Unreliable information sources, erosion of trust, critical thinking, workforce, social media awareness.
  5. Digital Communication - Workforce readiness, viral spread of fake news, cyberbullying
  6. Digital Health & Wellness - Unhealthy digital behaviours, addictive technologies, attention economy. 
  7. Digital Commerce - Lack of entrepreneurial skills, workforce readiness, lack of basic financial literacy.
  8. Digital Rights and Responsibilities - Social media giants not held responsible, digital creativity, empowerment, plagiarism & copyright.

Kelebihan selepas menyertai Program CyberWira
Setelah anak saya Akid dan Amani menyertai program ini, secara tidak langsung dapat memberi kesedaran dalam diri mereka untuk lebih rasa bertanggungjawab ketika berada di alam siber. Mereka mula faham tentang bahayanya memberi kenyataan yang tidak baik terutama menerusi platform sosial media. Sentiasa juga berhati-hati  ketika menulis dan menjaga adab ketika berkomunikasi di atas talian.


Menerusi program ini juga dapat memberi pendedahan kepada anak betapa pentingnya menjaga privasi terutamanya dari segi maklumat diri dan keluarga. Apa yang lebih penting anak-anak tahu menggunakan teknologi atas talian dengan cara yang betul dan bagi tujuan yang berfaedah sahaja.


Program yang disusun memang sangat mudah difahami tidak kira untuk anak remaja mahupun ibubapa sendiri. Mereka tidak ada masalah untuk memahami segala topik yang diperbincangkan. Dan saya kini lebih yakin dan percaya apabila anak melayari internet. Pada masa yang sama melatih diri juga berhati-hati ketika berkomuniasi di atas talian. Tidak lagi membuat perkongsian daripada berita yang tidak sahih dan pelbagai lagi. 

Bagi guru sekolah program ini sememangnya bagus kerana dapat membantu mendidik anak-anak murid tentang dunia siber. Lebih menarik jika modul CyberWira ini dimasukkan dalam salah satu pembelajaran di sekolah.

Untuk keterangan lanjut mengenai program boleh layari:-

Sosial media:


Jom sertai peraduan dan menangi kelas Program CyberWira secara PERCUMA

Langkah 1 : Like LeapEd Services di IG/FB
Langkah 2 : Muat naik gambar@video anda/anak dan kongsikan kenapa anda ingin memenangi kursus Program CyberWira secara PERCUMA. Tag @ayurafikah @leapedservices bersama hashtag #didikanakdigital #cyberwira

Pemenang akan diumumkan pada 30 Ogos 2021. So, Good Luck!


Jom sertai hari ini untuk mendidik anak yang berjiwa kental,
Bersama Program CyberWira Didik Anak Digital!

5 comments:

  1. Yes. Setuju agar diselitkan dalam kurikulum anak-anak, lagi2 sekarang nie memang kerja mengadap PC je memasing kan. Moga anak-anak kita lebih terdidik

    ReplyDelete
  2. Bagus program ni kak bagi pendedahan awal dekat anak-anak. Jadi anak-anak lebih peka bila melayari internet.

    ReplyDelete
  3. Program yang bagus kak. Terutama kepada ibu bapa yang tidak tahu pendekatan nak explain tentang isu cyber. Mereka boleh sertai program ini untuk anak mereka. Pendedahan awal lebih baik. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Baru tau ni... nanti nak share kat adik-adik, bagus program gini mereka dedahkan, so anak-anak boleh buat persediaan mental mereka dalam bersisial dalam internet ni....

    ReplyDelete
  5. wa nice giveaway there. TQ for recommends this CyberWira program and offer it free

    ReplyDelete

Sharing is caring...