Melakukan Rawatan Fisio Bersama JustPhysioMy Hanya Di Rumah

Melakukan Rawatan Fisio Bersama JustPhysioMy Hanya Di Rumah- Sejak kebelakangan ini memang saya kerap mengalami rasa sakit belakang terutama selepas bangkit dari tidur. Selain itu saya juga perasan dari tengkuk ke bahagian bahu terasa lenguh-lenguh seperti mengalami kekerasan otot di kawasan tersebut. Saya juga mengalami kesukaran tidur setiap hari dan ini menyebabkan setiap kali bangun tidur diri rasa kurang bermaya dan tidak ceria. Jadinya saya perlu lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Melalui pembacaan dari laman web dan juga perkongsian dari rakan-rakan yang pernah mengalami masalah seperti ini, memang kebanyakannya mencadangkan untuk rawatan fisioterapi.  Untuk pengetahuan semua rawatan ini bukan sahaja sesuai untuk mereka yang mengalami masalah yang kritikal seperti strok, kemalangan, slip disc dan pelbagai lagi. Tetapi rawatan fisio juga sebenarnya sesuai untuk mereka yang sering mengalami masalah biasa seperti sakit belakang, lenguh-lenguh badan dan sakit kepala.


Memandangkan sekarang musim PKP jadinya tempat rawatan fisio memang tutup. Tetapi apabila saya mengetahui salah satu pusat rawatan JustPhysioMy ada menawarkan servis fisio ke rumah, haruslah saya ingin rebut peluang tersebut. Apatah lagi Pisioterapis yang hadir bukan sahaja bertauliah bahkan memakai set PPE sepenuhnya. Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan tidak akan adalah masalah berbangkit terutama dari segi keseleamatan dan kebersihan.

Rawatan di rumah sendiri juga lebih privasi dan personal (one to one). Dan mudah saya untuk berbincang dengan Pisioterapis dari hati ke hati (gitoh hehehe).


Peralatan seperti katil khas memang dibawa sendiri oleh Pisioterapis  dan disanitasi berkali-kali bagi memastikan pelanggan berpuas-hati tahap kebersihan dan pematuhan SOP terutama di musim pandemik ini,

Antara rawatan yang disediakan dari JustPhysioMy

1️⃣Back Relaxation Therapy

Gambar dari Google

➡️ Rawatan dari bahagian lower back sehingga bahu.
➡️ Sesuai bagi pesakit yang mengalami simptom sakit belakang, sakit akibat duduk terlalu lama, sakit belikat dan lain-lain.


Sebab saya dah biasa membuat rawatan urutan di spa (sebelum PKP). Memang ada beza sedikit sebenarnya antara urutan biasa dan rawatan fisio. Untuk urutan di spa, ianya seperti proses 'relaxing' dan untuk kurang rasa lenguh-lenguh di badan atau membetulkan aliran darah. Manakala fisio pula lebih kepada rawatan. Dengan memberi tekanan kepada otot badan yang rasa tegang dan yang menyebabkan lenguh. Ianya memang perlu mempunyai skil tertentu. 


Dan Pisioterapi  biasanya akan melakukan rawatan ini sekiranya pesakit memberi info tentang masalah yang dihadapi seperti rasa lenguh dan tidak selesa di belakang. Apabila Pisioterapi  menekan bahagian belakang kita, beliau akan memberitahu masalah yang kita hadapi. Contohnya seperti saya mempunyai masalah otot yang agak tegang di bahagian belakang terutama di bahagian otot kiri. Ketika Pisioterapi tekan dan urut di bahagian tersebut memang terasa keras. Jadi memang saya akui apa yang dikatakan oleh Pisioterapi tentang otot belakang saya adalah benar.


2️⃣ Neck and Shoulder Therapy
 
Gambar dari Google

➡️ Rawatan meliputi di bahagian bahu dan leher.
➡️ Sesuai utk pesakit yang mengalami rounded shoulder, migrain, pening kepala, stiff neck, sakit belikat dan lain-lain.

Saya suka giler dengan rawatan ini. Memang ketika Pisioterapi melakukan rawatan ini terhadap saya, bunyi krup krap krup krap. Memang rasa lenguh di bahagian antara tengkuk dan bahu terus hilang. Saya jenis mudah sakit kepala jadi apabila diberikan rawatan seperti ini memang sangat membantu mengatasi masalah yang dihadapi.

Ini kerana kata Pisioterapi  keadaan saya yang banyak melihat skrin samada di telefon atau komputer menyebabkan kawasan otot antara bahu dan leher agak tegang.  Pisioterapi  juga menyarankan saya untuk sentiasa mengamalkan senaman ringan seperti yoga bagi mengatasi masalah stress diantara bahu dan tengkuk yang sering dialami.


3️⃣ Foot Therapy
Gambar dari Google

➡️ Rawatan cover bahagian lutut hingga ke bawah dan tapak kaki.
➡️ Sesuai bagi pesakit yang mengalami lenguh kaki, sakit tumit, cramp betis, sakit bahagian kaki yang disebabkan selalu memakai kasut tumit tinggi dan juga bagi sesiapa berkerja dalam keadaan berdiri terlalu lama dan masalah sakit lain-lain.


4️⃣ Dry Needling
Gambar dari Google

➡️ Dry Needling untuk merawat masalah otot tegang, lesu atau otot yg berketul-ketul.
➡️ Sebenarnya ketuls tersebut secara Perubahan Pisioterapi dipanggil muscle knot/trigger point.
➡️ Dry Needling adalah rawatan jarum yg tidak menyuntik apa2 ubat atau cecair ke dalam badan.
➡️ Dry Needling di masukkan ke dalam otot anda untuk melepasi lapisan kulit & lemak yg rebal.
➡️ Ia akan digunakan oleh Pisioterapis untuk anda mendapatkan kelegaan terus sampai ke semua lapisan otot.

Gambar dari Google

Ini juga antara rawatan yang sangat saya perlukan. Selain daripada faktor berat yang semakin meningkat, kuat berjalan dan kerap memakai kasut bertumit tinggi juga menjadi faktor kenapa saya sering mengalami sakit kaki dan ianya juga membawa kepada rasa sengal sendi di bahagian lutut. Pisioterapi  telah membuat urutan di bahagian kaki, telapak dan betis dan selepas rawatan dilakukan saya dapat rasakan di bahagian bermasalah tidak lagi sakit dan juga badan terasa ringan. 

Ini adalah jarum yang digunakan. Untuk rawatan saya hari itu, kira-kira 5 jarum diperlukan di bahagian belakang. Ini memandangkan otot belakang saya agak tegang (keras). Ini adalah punca kenapa saya selalu mengalami rasa sengal dan sakit belakang.

Gambar dari Google

Kalau orang tanya "Bagaimana rasanya dengan rawatan Dry Needling ini?". Jarum sebenarnya dicucuk di bahagian otot yang bermasalah. Rasa kesakitan itu adalah terasa sedikit (macam kena kejutan elektrik kecil) tetapi bergantung pada seseorang. Sebab tujuannya untuk melonggarkan sedikit tisu-tisu otot yang keras untuk menjadi sedikit lembut. Saya sendiri selepas proses ini ada rasa sedikit sakit sengal-sengal. Tapi setelah berlalu sehari, bahagian otot belakang memang terasa ringan dan tak sakit langsung.

Apa yang suka tentang rawatan oleh Pisioterapi dari JustPhysioMy, ianya akan memulakan rawatan dengan mendengar dan seterusnya melihat apa yang pesakit alami. Membuat pemeriksaan secara am terutama di bahagian badan yang dikatakan bermasalah. Dan barulah Pisioterapi akan membuat rawatan. Biasanya  Pisioterapi akan menerangkan secara jelas dan terperinci melalui pengamatannya tentang sakit yang dialami oleh pesakit.



Banyak juga input yang saya dapat melalui sesi fisio bersama JustPhysioMy. Antaranya bagaimana cara kita berjalan dan duduk. Adakala cara kita jalan terlalu membongkok dan sebagainya. Ini kerana ianya boleh menganggu postur badan.

Walaupun saya tidak mengalami penyakit seperti strok, lumpuh, bell palsy,kesan kemalangan dan lain-lain yang kronik. Namun bagi saya sendiri rawatan fisio ini memang sesuai untuk semua orang yang mempunyai masalah normal seperti lenguh, sakit belakang dan sebagainya. Rawatan fisio yang ditawarkan di JustPhysioMy sesuai untuk mereka yang berumur seawal 14 tahun.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi :-


✅ Whatsapp : 018 220 9596
✅ Instagram : @justphysiomy
✅ Facebook : @justphysiomy
✅ Twitter : @justphysiomy1
✅ Online Website : https://justphysiomy.com
✅ Email : justphysiomy@gmail.com

Serius puas hati, korang kena cuba rawatan fisio dari JustPhysioMy di rumah hari ini :-)

Melakukan Rawatan Fisio Bersama JustPhysioMy Hanya Di Rumah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 03, 2021 Rating: 5

12 comments:

  1. Ai lama dah plan nak buat fisio sebab sakit-sakit belakang bila bangun tido. Tapi takut tak tahan sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit sikit.. tapi lepas dia buattekanan tu dah ok sikit.. klux memang rasa belakang berat jer.. sbb kita jns x rajin exercise tu yg otot keras huhuhu

      Delete
  2. Bestnyer service physio ni, rasa nak request skli utk align my body,keep sakit belakang lately.

    ReplyDelete
  3. musim pandemik susahlah nak pergi spa dan nak dapatkan rawatan fisio. bagus juga inisiatif macam ni boleh terus dapatkan rawatan fisio di rumah :)

    ReplyDelete
  4. Ada service kat Kajang/ Bangi? Macam best pula kalau dapat kena urut dan fisio sebegini. Mesti lega betul kan

    ReplyDelete
  5. Kak syok betul ni. Saya dah sakit belakang, kaki dan seluruh badan dah ni. Work from home pastu asyik duduk kat depan komputer. Nak kena krup krap juga ni. Nanti nak hubungi mereka lah. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Bestnya ni kak ayu...ala ala mengurut juga kan kak? Marsha dah lama tak mengurut ni. Lama dekat rumah rasa sakit2 badan

    ReplyDelete
  7. Baguslah ada fisio mcm ni... Macam nak try esepcially foot massage tue.... Skrg sentuh pun terjerit2..., i need relaxation treatment mcm ni... Tadi tengok harga kat IG mereka... Kinda reasonable bah

    ReplyDelete
  8. Waduh banyak syoknyaaa menguru walau psio je ni.. best dan badan rasa sangat rehat kannn lepas buatnya.. sebab pernah buat sekali dulu, kat JB ni time PKP takde buat.. kalau ada memang dah panggil...

    ReplyDelete
  9. Uishh Kak Ayu .. best sangat dah ni . Sepanjang pandemik ni lama dah tak pi spa . Tapi kalau ada yang fisio ni bagus melampau .. hehe. Nak sangat try yang jarum tu

    ReplyDelete
  10. Bestnya boleh panggil datang rumah …

    ReplyDelete
  11. Rawatan terbaik untuk legakan stress walaupun hanya bekerja dari rumah. Sangat berbaloi mencubanya unruk semua servis ditawarkan

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.