Mindful Muslim Apps Membantu Mengisi Jiwa Dengan Kerohanian
Mindful Muslim Apps Membantu Mengisi Jiwa Dengan Kerohanian- Semua manusia pasti akan diuji, samada diberi rasa kesusahan atau kesenangan, merasai ketenangan atau kegelisahan. Apatah lagi apabila kita mengalami masalah emosi yang mudah marah, sukar
bertenang, selalu risau, mudah
menangis boleh menyebabkan kita tidak boleh fokus dalam
tugasan dan kadangkala boleh menyebabkan kita menjadi mudah lupa. Dan ianya sangat bergantung kepada sejauhmana kita boleh mengawal serta menguruskan situasi ini.
Antara cara yang saya amalkan untuk mengatasi rasa kegelisahan, elak depresi dan rasa stress dalam diri adalah seperti :
- Bersenam
- Amalkan pengambilan makanan yang sihat
- Solat jangan tinggal
- Dapatkan tidur yang berkualiti
- Berada dalam 'circle' yang positif
- Sentiasa ditemani Mindful Muslim apps
Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani
Saya percaya ramai yang tertanya dan ingin tahu tentang Mindful Muslim apps.Inovasi applikasi ini dibangunkan oleh Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani atau lebih dikenali dengan panggilan M dikalangan keluarga dan juga teman rapatnya. Baru berusia 33 tahun dan berasal dari Singapura. Mohd Akhtaar kini sedang melanjutkan pelajaran di Auckland University of Technology di New Zealand dalam bidang Masters of Communication.
Sebenarnya applikasi ini agak baru. Ianya mula diperkenalkan pada Mac 2020 dan apa yang lebih menarik ini merupakan aplikasi penenang jiwa pertama berteraskan islam di dunia. Aplikasi ini telah dibangunkan bersama 16 penyelidik yang turut berperanan sebagai penulis dan membuat voice over. Lebih membanggakan aplikasi ini juga telah menerima penganugerahan Supreme Of Auckland University of Technology Entrepreneurship Competion X Challenge.
Biarpun agak baru namun penerimaan dan penggunaan aplikasi ini sebenarnya sudah meluas. Bayangkan dianggarkan 15,000 pengguna baru memuat turun aplikasi ini setiap bulan. Merujuk kepada statistik, pengguna yang muat turun tertinggi adalah dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan United Arab Emirates.
Mindful Muslim Apps Peneman Diri Setiap Hari
Pertama kali saya memuat naik applikasi ini saya sudah tertarik dengan antaramuka (interface) yang diperkenalkan. Ianya memang mesra pengguna. Kita akan faham dan senang nak mengeksplorasi apa yang ada didalam aplikasi itu sendiri.
Lebih mengujakan ianya dilengkapi dengan bacaan ayat al-Quran, zikir, kisah-kisah para Nabi, ceramah motivasi, bacaan
rukyah dan doa-doa khas. Pengisian applikasi memang padat dan boleh mengurangkan rasa tekanan apatah lagi dengan kehadiran bunyian alam semula jadi yang cukup menenangkan.
Cuba amalkan membuka aplikasi hanya 10 minit sehari, lama-kelamaan anda rasakan pengisian didalam Mindful Muslim apps betul-betul dekat di hati.
Aplikasi Yang Sesuai Untuk Semua Muslim
Bagi saya sendiri aplikasi Mindful Muslim ini sesuai untuk semua peringkat umur. mula jadi. Contohnya dengan adanya 51 kisah para Nabi dan saya difahamkan setiap bulan akan dimuat naik dengan tujuh cerita baru. Saya kongsikan aplikasi ini bersama anak-anak saya dan ternyata mereka menggemarinya. Bayangkan kita mendengar kisah nabi dengan diiringi pelbagai pilihan bunyi
alam semula jadi mengikut cita rasa
masing-masing yang akan membuatkan
perasaan kita berasa begitu tenang.
Contohnya kisah Nabi Nuh, boleh kita dengar dari menu STORY. Bagaimana kehadiran Nuh dihantar untuk menyelamatkan umatnya. Penceritaan memang dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang (Insyaallah pada masa akan datang akan ada Bahasa Melayu dan juga Bahasa Arab).
Sambil belajar ditemani dengan ayat Al-Quran dari Mindful Muslim apps
Namun bagi saya sendiri, ianya bagus sebagai pendedahan serta penguasaan bahasa kedua kepada anak yang sedang membesar. Bayangkan Ameer yang berusia 7 tahun pun bersungguh-sungguh mendengar apa yang diceritakan oleh pencerita (story teller). Menariknya setiap kisah diselitkan dengan bacaan ayat al-quran yang menceritakan kembali tentang kisah nabi yang boleh kita jadikan pengajaran serta pedoman.
Saya sendiri apabila bangkit sahaja dari tidur, usai membersihkan diri serta solat, saya akan membuka Mindful Muslim apps ini. Saya memang telah memasukkan ayat serta bacaan Al-Quran (siap-siap) didalam playlist bagi memudahkan saya untuk memasangnya sambil menemani saya membuat kerja rumah serta tugasan lain.
Yup! Bayangkan dalam keadaan kita sibuk menguruskan hal dunia, pada masa yang sama kita juga mendapat pengisian tentang perkara-perkara akhirat. Dan sebagai orang Islam tidak dinafikan dengan mendengar alunan bacaan al-quran sebenarnya dapat menghidupkan jiwa. Kita akan rasa lebih tenang dan relaks. Boleh menghilangkan rasa gelisah dan kecewa. Waima dalam kita sibuk mengejar masa untuk menyiapkan kerja, mendengar motivasi didalam aplikasi ini juga dapat membantu kita untuk lebih fokus.
Saya memang rekomen untuk korang yang sedang mencari-cari ketenangan mahupun yang sedang berjuang mengatasi kesedihan melampau (depresi) ataupun seperti saya yang masih menjalani hidup seperti biasa untuk memuat turun applikasi ini.
Bukalah surah-surah yang terdapat dalam Rukyah, Doa, motivasi dan pelbagai lagi yang terdapat didalam aplikasi. Tanamkan didalam kerohanian kita dengan bait-bait ajaran agama, alunan ayat al-quran yang sentiasa menjadi penunjuk didalam jiwa seorang Islam. Agar kita hidup jiwanya tidak kosong
Firman Allah:
"And know that Allah knows that is in your souls, so be Mindful of Him" (Quran 2:235)
Jom Muat Turun Mindful Muslim Apps Hari Ini
Boleh muat turun Mindful Muslim Apps dari pautan di bawah:-
Aplikasi ini boleh dilayari secara
percuma selain mempunyai kandungan
premium yang boleh dilanggan pada
harga AS$3.90 (RM16.09) sebulan. Kini ianya boleh
didapati dalam versi bahasa
Inggeris dan bakal diperluaskan
dalam bahasa Melayu dan Arab.
Jom sama-sama kita perbaiki diri, hidup positif, optimis dan jaga kesihatan mental. Jadi manusia paling baik, taat dan mempunyai jiwa yang bersih. Sama-sama juga kita kongsikan sesuatu yang bermanfaat seperti Mindful Muslim Apps bersama orang lain.
And do not forget to do good to one another". (Quran 2:238)
Salam sayang,
Mindful Muslim Apps Membantu Mengisi Jiwa Dengan Kerohanian
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 25, 2021
Rating:
Best kan. Rawlins pasang bila nak tidur, letak sekali background sound air terjun atau rintik hujan, tenang otak.
ReplyDeleteMarsha pun dah install dan guna dalam 2 minggu dah. Memang best. Tak rugi download aplikasi ni.
ReplyDeleteharitu ada ternampak member download apps ni , sempat lah intai macam best. lepas tu terlupa . nampak ayu tulis entri ni terus teringat balik hahahah
ReplyDelete