Review Movie di Netflix : Boomika

Mengisahkan sepasang suami isteri Samyuktha (Aishwarya Rajesh) dan Gautham (Vidhu) bersama anak lelaki mereka, Aditi (adik Gautham) dan Gayatri (kawan baik mereka) pergi ke sebuah sekolah lama yang telah ditinggalkan sejak 10 tahun dahulu.


Sebenarnya Gautham mempunyai perancangan untuk menjadikan kawasan sekolah tersebut sebagai tempat pembangunan baru. Peninggalan bangunan lama yang masih cantik biarpun terbiar membuatkan mereka benar-benar teruja ketika berada di situ. Namun siapa sangka sesuatu menakutkan telah terjadi apabila Gayathri mula menerima pesanan mesej dari telefonnya yang awalnya beliau menyangka dari kawan baik tetapi sebenarnya dari roh yang pernah mati di sekolah tersebut.


Pelbagai kejadian supernatural berlaku tetapi Samyuktha mula merasakan roh tersebut ingin menyampaikan sesuatu kepada mereka. Berdasarkan pesanan dihantar kepada mereka didapati roh tersebut merupakan remaja yang mempunyai masalah seperti autisme.

Filem ini banyak juga part flash back yang menceritakan kembali tentang kehidupan Boomika remaja austime yang mati di sekolah tersebut. Adakah beliau mati dibunuh atau sebaliknya. Kita akan tahu di penghujung cerita.

Bagi saya pada awal cerita agak menyeramkan cuma apabila kelibat Boomika muncul secara berhadapan ianya tidaklah gerun sangat. Sebab mungkin ianya menggunakan grafik jadi kelibat hantu/wajahnya agak biasa.

Jalan cerita juga sangat biasa cuma yang menariknya ini pertama kali saya menonton hantu yang mempunyai masalah autisme, hiks.

Review Movie di Netflix : Boomika Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 24, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.