Pengalaman Rumah Mengalami Perkara Mistik
Pagi ni saya baca kisah mistik dari FB. Cerita dari confession seorang pembeli rumah yang telah memberli rumah yang ditinggalkan sekian lama sebab rumah tersebut pernah ada kejadian pembunuhan satu keluarga. Try juga google tentang pembunuhan tu tapi tak jumpa. Di mana mayat suami isteri ditemui atas katil, seorang anak lelaki di ruang membasuh dan seorang di ruang tamu. Dan paling tragis seorang anak mereka menggantung diri di kipas.
Fuhh baca tentang pembunuhan itu. Woww!! Takutnya. Seriuslah. Boleh beli rumah macam tu. Hahahah. Tapi Dedet selalu jer cakap, "Jom cari rumah yang orang takut nak beli. Mesti harga below market teruk". Sebab dulu ada member kat opis dia suka pergi tempat jualan lelong rumah. Dan kebanyakan rumah yang dilelong ada yang sebab tak laku-laku. Salah satunya, sebab rumah tersebut pernah ada kes pembunuhan. Samada mati kena bunuh dengan perompak dan pelbagai lagi.
Tapi saya memang tak minat rumah yang ada cerita di sebalik seperti ini. Hokay. sebenarnya saya nak kongsikan tentang rumah saya duduk sekarang. Takdelah mistik sangat. Cuma kehadiran mahkluk lain itu ada.
Saya tak ingat exactly tahun bila beli rumah ni. Rasanya masa beli rumah ni Ameer still dalam perut (so sekarang Ameer dah 7 tahun). Beli rumah ni melalui pengiklanan di mudah.com.my. Sebenarnya masa decide nak beli rumah ni memang kami ada meninjau rumah dan dari lokasi lain juga. Tetapi kebanyakan isu rumah status tak tahu bila boleh siap sepenuhnya. Disebabkan kami nak beli untuk kemasukan segera. Jadi rumah pilihan tentulah rumah yang dah ada owner.
Jadi dalam banyak unit rumah ditawarkan. Rumah sekarang ini adalah agak berbaloi pada harga pasaran ketika itu. Walaupun lokasinya di Shah Alam berdekatan dengan kawasan perumahan yang sedia terkenal di kawasan bandar ini tetapi untuk perumahan rumah saya di kawasan yang agak terpencil/terperosok sedikit.
Ini kerana perumahan kediaman saya sebenarnya terletak di kawasan hutan dara yang diterokai. Dan saya difahamkan sebelum ini kawasan rumah saya merupakan penempatan penduduk orang asli. Jadi tidak hairanlah masih ada lagi rumah asli lama kelihatan di situ.
Rumah saya ini tidaklah besar mana. Jiran sebelah rumah sebelah kanan sahaja berpenghuni, manakala sebelah kiri memang lama kosong. Sejak saya pindah tiada orang tinggal di situ. Walaupun katanya didalam rumah penuh dengan barang (owner pindah ikut anak dan rasanya beliau dah takde).
Masa mula-mula pindah. Saya memang rasa seram sikit dengan rumah ni. Dengan keadaan owner lama yang pindah dalam keadaan tergesa-gesa. Uikks memang sepah gila ya. Bayangkan satu laci didapur penuh dengan pisau. Sampai saya dengan Diana (yg tolong saya kemas ketika itu) berfikir yang owner ni mungkin collector pisau, hahahaha. Rumah ni memang kalau perhati ada kesan pecah kat pintu bilik anak. Dedet siap buat demo, dia kata pecah ni mungkin dia guna kerusi. Sebab kesan rekahan ada 2 tempat pecah pada jarak yg sama.
Ok. Masa mula-mula masuk. Kami takde pun buat house warming ke apa. Sebab masa tu saya pregnant. Ahli keluarga pertama yang datang adalah mak dan ayah mertua saya. Kitaorang memang nak sangat diaorang datang. Minta tolong baca-bacakan doa. Masa awal-awal masuk, rumah ni agak kosong. Sebab banyak barang masih di rumah lama (Puncak Alam) dan juga di rumah mak di TTDI.
Takdelah pelik sangat. Cuma saya masih ingat, satu hari sebelum saya nak keluar pergi kerja pada waktu pagi. Anak-anak semua dah masuk kereta. Saya dari tingkat atas melangkah untuk turun bawah. Tiba-tiba saya dengar bunyi seretan kerusi. Saya patah balik naik. Saya nampak kerusi kayu jati saya macam tertarik keluar dari meja. Saya masukkan/perbetulkan semula kedudukan. Saya terus turun. Dan saya dengar balik bunyi yang sama. Saya naik. Dan hmm.. kerusi tu teralih guys. Seolah ada orang menarik. Saya pandang, tidak perbetulkan. Terus turun kunci pintu rumah dan pergi kerja.
Bunyi seperti lontaran guli, seretan kerusi dari tingkat atas memang biasa pada awal-awal kami duduk di situ. Tapi sebenarnya dalam banyak tempat di rumah yang kami tahu ada sesuatu ialah bilik Yana. Sebenarnya bilik Yana betul2 bersebelahan dengan rumah jiran yang kosong. Yana memang selalu mengadu. Kadang-kadang bunyi orang ketuk dinding dari sebelah. Sedang tidur kaki atau selimut kena tarik. Dan paling seram, pernah dia tidur kepala dia kena tarik seperti nak kena cekik. Dan masa tu Yana ketuk bilik saya dan ceritakan pada Dedet (Hmm masa tu dedet siap cakap dengan kuat, amboi main kasar dah dia sekarang!). Untuk malam tu Yana tidur dalam bilik saya sebab takut.
Tapi esoknya Yana tidur balik di bilik dia. Sejenis anak yang rasa takut kejap lepas tu akan lalui seperti hari biasa. Sejak kena ganggu teruk, Dedet suruh sentiasa pasangkan ayat al-quran di bilik/rumah. Untuk hidupkan rumah. Bukan itu sahaja saya juga pernah nampak kesan tapak tangan warna hitam di katil bertingkat anak lelaki saya. Dan saya sendiri macam pernah nampak kelibat lembaga didalam bilik sendiri. Perkara-perkara pelik memang berlaku tapi saya dan ahli keluarga lain biasanya akan buat macam tak kisah.
Oh ya! Dedet pernah kejut saya di tengah waktu malam (3 pagi kalau tak silap) sebab beliau terdengar orang macam mengaji sayup-sayup. Pada masa yang sama kedengaran bunyi sahutan anjing (anjing hutan rasanya) Tetapi bila saya kongsikan perkara ini dengan rakan FB, ramai yang menyatakan itu suara laungan/mengilai cik ponti. Jika dengar sayup sebenarnya ianya dekat dengan kita. Hahahaha.
Bila saya sertai grup whatsapps geng-geng perempuan di lorong saya. Ada satu kali pernah diaorang kongsi tentang perumahan saya ini. Sebab antara mereka merupakan penghuni awal. Ada satu kakak ni cerita masa mula-mula pindah. Mak dan ayah dia ada tanam lada hitam dan bawang putih. Memang setengah orangkan memamng percaya benda-benda ini boleh elak mahkluk halus. Lepas dah siap baca-baca semua. Mak dia cerita. Depan rumah dia tu ada satu keluarga dah tunggu nak masuk. Kata mak kakak ni lagi, sebenarnya kawasan perumahan kita orang tu tempat laluan jin. Kiranya kita macam dah ceroboh tempat dia lah. Lepas tu ada sorang lagi kakak ni cerita. Dia dengan suami pernah balik dari kampung dan sampai di kawasan perumahan lebih kurang 3.30pagi. Masa lalu di kawasan perumahan diaorang nampak ada seorang perempuan dari belakang pakai baju kurung bercorak bunga-bunga, rambut panjang gila. Terus suami dia pecut lintas perempuan tu tanpa sorang pun berani nak toleh belakang atau lihat pada side mirror.
Tapi perumahan dekat sini yang bestnya surau dia memang hidup. Aktif buat bacaan yassin ramai-ramai, jemputan ceramah, belajar agama dan pelbagai lagi. Kalau dulu sebelum PKP, kat surau bukan sahaja penuh dengan orang dewasa bahkan budak-budak remaja juga. Setiap waktu, ruang solat penuh. Walaupun kawasan perumahan kami terpelesok sikit kedudukannya tapi komunitinya sangat bagus. Pernah terjadi sebuah rumah di sini (tadika), gurunya (tinggal di rumah tersebut) kena histeria pada waktu malam. Ada juga kes kawasan rumah apartmen anak jatuh dari tingkat 3 rasanya dan meninggal (kes ni sedih sebab ibunya baru meninggal sebab melahirkan anak, ayah turun bawah kejap jumpa orang dan anak didalam rumah cari ayah panjat kat tingkap bilik air). Tapi semua kes yang melibatkan penduduk setempat diuruskan baik sehingga selesai oleh ahli qariah perumahan.
Apa yang saya boleh katakan. Sebenarnya mahkluk halus/tidak nampak dengan mata kasar memang wujud. Mereka ada di mana sahaja. apatah lagi di kawasan hutan atau bekas hutan (sebab kita teroka dan mula duduk di penempatan asal mereka). Cuma kita kena banyak berdoa. Agar diri dan keluarga dilindungi daripada iblis atau syaitan. Setakat bunian, insyaAllah kalau kita baik, bersih dan menjaga adab. Kita tidak akan diganggu bahkan dilindungi oleh mahluk yang tidak nampak ini. #Kitajagakita #tibeh
Pengalaman Rumah Mengalami Perkara Mistik
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 30, 2021
Rating:
Seram kak. Mujur tak ada berlaku apa2
ReplyDeleteEiii scary u. Nasib i baca siang. Sebenarnya kawasan rumah i sekarang ni dulunya hutan tebal. Ada penduduk asal kat sini bagitau yang dulu tak banyak rumah pun. Dia kata dengan banyaknya haiwan liar melintas dan cik ponti bergayut kat pokok dan mengilai. Nasib baik sekarang dah takde la....orang dah ramai.
ReplyDeleteRumah apartment i dulu pernah juga ada dengar bunyi guli jatuh, nampak kelibat lembaga hitam dan setiap kol 3 pagi dengar pintu almari dibuka. Bunyinya scary macam movie cerita seram tu. I tanya jiran kat atas dia kata takde bukak pintu almari kol 3 pagi. Annoying bunyinya sebab dia main bukak tutup you....sekali nak jd cerita i pindah rumah lain. I tengok siaran Wanita Hari Ini. Rupanya itu tanda2 rumah ada gangguan jin. Nasib baik i tak tengok siaran ni masa kat umah lama.
WÃ aa beraninya u ayu, yana pun beraninyaaa tabik laaa..
ReplyDeleteI spesis penakut yg amat hahaha..
Anyway, rumah i sekrg ni..dulu2 like 5-6 thn lps, kdg2 ada bunyi guli berdenting2 dlm dinding..tp now dh tak de..syukur sgt2...rumah i ni , i beli thn 2009, so dh lebih 10 tahun dok sini
Thank God sekarang gangguan kat rumah so far... Tapi lorong Jin memang pernah alami kat rumah kampung .. sebab rumah sebelah tokong so time pembinaan tue pernah ternampak juga..ingat until now that feeling...
ReplyDeleteaduh..seram gak. kalau rumah sewa, boleh la nak pindah ke rumah lainkan..
ReplyDeleteMeremang pulak kita baca ni kak.. Syukur x da apa2
ReplyDeleteSama kes macam rumah saya la kak.Kadang2 dgr bunyi benda jatuh kat dapur.Bila pergi tengok,takde apa pon yg jatuh.Dah syak lain macam dah.Dalam hati,gasak kau la.Janji jgn tunjuk rupa kat aku dah la.Bunyi lantunan guli tu jgn cakap la.Kdng2 bkn guli dah rasanya.Macam bola golf pon iya jugak.
ReplyDeleteSaya masa duk apartment kuarters pun biasa dengar2 mcm tu - guli, kerusi tarik etc..tp pk sebab atas mmg ada org so ingat org atas je la.
ReplyDeleteThen pindah kuarter landed pun sama, lgi la pelik-pelik...mmg duduk atas tak turun2 bawah malam2...siang berani la ni. Huhuhu
Rumah sekarang kat johor lagila masa 1st night tdo sini dalam pukul 3-4pg ada bunyi benda menyeret barang dekat luar bilik, siap telefon polis bg tau kot ada perompak ke apa..pastu telefon family suruh datang. Bila ayah datang berani pula keluar, tp masa belum datang takut nak keluar bilik 🤣🤣
Tak ada apa pun...tu la sekali bunyi..belum yg lain lagi 😅😅
Boleh tahan juga mistik tu.. eh rumah sebelah dah ada org duduk ke kak? Hehe.. rumah mak kat bentong tu ustat ckp laluan jin..kitorang gelak2 je kalau dengar apa2..hehe
ReplyDeleteSeram jgak sis..kwasan rumah sy pn jnis trsorok skit. Kiri kanan atas rumah smua kosong..sy dok flat..stakat nie mash blum ada lg gngguan slma tggal disini.cuma slalu dgr bnyi anjing myalak pkul 3 or 4 pgi kt flat sebelah..flat tue memang kosong pun..xde sape pn dok blok sebelah tue
ReplyDeleteMaybe the noises are made by those whom you used to know when you are alive? They came to visit you? That's a possibility too. LOL :D Still kudos to you for your courage.
ReplyDeleteBiasa jugak dengar bunyi guli kat atas bumbung rumah ni.. siang siang pun tapi buat derr jee
ReplyDeleteErkkkk ini kalau Sis, mau tak tido bermalam-malam, lagi kalau dah semua jiran cite benda sama.... Sis jenis telinga tikus, dengar pelik sikit mulalah macam-macam dalam otakkk... sebab tu sekarang doploh empat jam pasang plug-in ayat ruqyah tu.. takut.. jaga diri Ayu, moga semuanya akan terus baik-baik aja..
ReplyDeleteSetiap keluarga mesti alami keadaan camni kan kak. Saya pun ada pengalaman camni. Dah tak tahan bunyi bising. Saya panggil juga ustaz. Ada juga saya buat rawatan pada diri sendiri. Kita tak pasti apa yang buat mereka attract sangat. Sebab ada bayi pun ya. Ada org hantar pun ya. Memacam. Tapi selepas kami jaga solat dan selalu buat solat berjemaah. Ada malam bacaan yassin. Alhamdulillah kami macam dah kuat sikit.
ReplyDeleteuishh akak cerita ni baru macam boleh relate. sebenarnya area umah akak tu memang terasa semacaam yee especially waktu malam. uiii meremang tulis ni. tapi salunya takde la fikir panjang cuma fikir mungkin sbb kawasan hutan pastu semua dalam rumah je. tapi situ actually tenang sejuk tak kat situ?
ReplyDeleteI ingat lagi u citer pasal nie dulu-dulu. Terasa seram gak bila dengar. But lama-lama mesti dah tak rasa apa kan? InsyaAllah takde dah kan
ReplyDeleteSeramnya kak. Baca laju-laju je ni. Dahla sebelah rumah Marina ni owner nye tak duduk
ReplyDeletefuh seramnya.. semoga sentiasa dilindungi kita semua dari gangguan makhluk yang ghaib ni. yang penting sentiasa amalkan pendinding diri dan juga rumah
ReplyDeleteOhh my....so timid of me reading on your mistic story here, hmm....am imagining your story line, need to on light in bedroom to sleep tonight la. Cheers siennylovesdrawing
ReplyDeleteBiasalah klu rumah dah lama kosong memang ada.jadi sebelum masuk rumah baru kita kena panggil org yang pandai pulihkan rumah
ReplyDeleteSeram juga baca ni. Baru baru ni i turun tangga dengar org panggil nama mil i. Dia pun dengar. Loud and clear. Tapi bila tengok luar pagar takde org. Suami yg duduk living hall tak dengar apa. Bulu roma i pun naik.
ReplyDeletePooiyee