Perginya Siti Sarah dan Perkongsian Dari Shuib (IG Live) Menyedarkan Saya Banyak Perkara

9 Ogos 2021, kita dikejutkan dengan pemergian Siti Sarah Raissuddin. Setelah bertarung dengan wabak Covid19 yang telah dijangkitinya sejak 27 Julai yang lepas. Terkejut? Yup. Haruslah walaupun pada Jumaat minggu lepas telah dikhabarkan dengan keadaan Siti Sarah yang agak tenat tetapi sentiasa juga terfikir tentang keajaiban yang mungkin berlaku.




Saya sendiri bukanlah peminat fanatik figura ini sendiri. Tetapi mula mengikuti video dan cerita beliau sejak membaca kisah bagaimana penerimaan beliau sebagai suami pada awal perkahwinan mereka. Kagum dengan keperibadiaan sebagai seorang isteri yang sentiasa berada di sisi suami ketika masih susah dan sama-sama menyokong demi kesenangan keluarga. Bayangkan daripada anak seni biasa kini sudah mempunyai syarikat dan jenamanya sendiri.

Selain itu saya suka melihat perkongsian Siti Sarah bersama suami dan keluarganya. Bagaimana beliau melayan suami, ayah dan anak-anaknya dalam kehidupan. Begitu juga video-video masakannya yang menggunakan tagline "masak my style" yang cukup bersahaja dan mencuit hati.

Apabila arwah mengumumkan tentang dirinya bersama keluarga dijangkiti wabak Covid19, saya sudah tidak berasa sedap hati. Keadaannya yang sedang sarat mengandung, kalau dibaca dari informasi yang pernah dikongsikan di paparan berita boleh menyebabkan keadaan diri lebih buruk. 10 hari didalam  kuarantin bersama keluarga, nampak semua OK sehinggalah tepat pada hari terakhir (hari yang ke-10) saya dikejutkan keadaan Siti Sarah yang terpaksa dikejarkan ke hospital kerana bacaan oksigen yang agak membimbangkan.

Sejak hari itu, memang setiap kali saya membuka instagram, IG Shuib akan dibuka terlebih dahulu untuk mendapatkan perkembangan terkini Siti Sarah. Sehinggalah pagi ini. Saya bangun subuh dan nampak perkhabaran di status IG Shuib tentang kepulangan bidadari syurganya ke dunia abadi.

Sebak.

Sedih.

Saya pun tertanya-tanya kenapa, mengapa saya begitu sensitif dengan berita ini. Hari ini berlalu dengan rasa sayu sangat. Bayangkan tidak pernah saya menonton LIVE acara pengebumian tetapi kali ini saya beria menontonnya di Kosmo Online. Walaupun jarak video agak jauh disebabkan SOP tetapi saya tetap mahu melihat arwah Siti Sarah.

Sebenarnya, saya sangat mengagumi kesetiaan dan kesungguhan Siti Sarah menjadi yang terbaik untuk suami dan keluarganya. Saya masih ingat tentang rumah  hadiah dari Shuib untuk arwah kerana melahirkan zuriatnya. Dan saya juga masih ingat di zaman Shuib susah, tidur beralaskan toto, makan beralaskan suratkhabar Siti Sarah sentiasa bersamanya. Sedangkan ketika itu Siti Sarah sudah mula memasuki dunia seni, kiranya kalau beliau mahu mencari lelaki yang sudah stabil tidaklah sesukar mana. Tapi, Siti Sarah tetap memilih Shuib.

Itu yang kita nampak. Tetapi selepas pemergian arwah Siti Sarah, begitu banyak orang kongsikan tentang kebaikan yang dilakukan oleh beliau. Bayangkan sampai suaminya snediri tidak tahu kebaikan yang telah dilakukan.Ini kerana Siti Sarah memang orang yang sangat ikhlas dalam memberi. Penuh di timeline perkongsian dari mereka yang pernah rapat dengan Siti Sarah, betapa istimewanya beliau.

IG Live Shuib



Kebetulan petang tadi saya sempat menonton sendiri IG Live dari Shuib yang berkongsi tentang apa yang beliau rasa dan menitipkan beberapa pesanan terutama buat mereka yang sedang mengikut kisah Siti Sarah.


Antara lain apa yang saya dapat rumuskan:-

1. Mereka sekeluarga dijangkiti virus Covid19 dari pembantu rumah (yang juga mendapat Covid 19 dan meninggal hari Jumaat yang lepas). Dikatakan pembantu rumah mereka telah turun membuang sampah di bawah dan bersalaman dengan kenalannya.

2. Shuib juga menyampaikan pesanan dari Ketua Jururawat hospital untuk menggalakan orang ramai mengambil vaksin. Kata Shuib arwah isterinya tidak mengambil vaksin.. Mungkin juga menjadi salah satu asbab, penyakit yang dihadapi semakin teruk. Menurut Shuib paru-paru arwah Siti Sarah hampir dipenuhi kuman Covid19 bukan sahaja menyebabkan kesukaran melepaskan oksigen bahkan menyebabkan kerosakan organ badannya yang lain.

3. Shuib juga pesan supaya kita ambil suplemen. Cerita Shuib, ketika dia menghantar isteri ke hospital. Pada awalnya beliau mencadangkan untuk ke Hospital Swasta tetapi keadaannya ketika itu banyak hospital sudah penuh. Masa itu dia terfikir jika ada duit banyakpun tidak ada guna kalau kita sakit. Jadi pesannya lagi ada duit belilah suplemen untuk diri dan keluarga.

4. Arwah wife dia selalu ingatkan dia. "Manusia yang berkira-kira, maka manusia itu juga akan berkira dengan sedekahnya. Dan Allah akan berkira-kira dengan rezekinya".

5. Shuib dan Siti Sarah memang suka mendengar surat Al-Waqiah setiap pagi. Amalan yang katanya dapat membuka pintu rezeki. Masa Shuib berkongsi pasal surah ini, beliau ada menyentuh tentang cerita bidadari-bidadari yang ada disebutkan didalam surah. Katanya arwah Siti Sarah agak cemburu tetapi apabila Shuib menyatakan bahawa Siti Sarah adalah ketua bidadarinya, arwah tersenyum gembira. Dan Shuib tiba-tiba meluahkan "Saya tidak akan dapat lagi melihat senyuman itu".

6. Arwah Siti Sarah pergi dalam keadaan wajah yang sangat tenang dan berseri-seri. Di sini Shuib titipkan sedikit nasihat buat isteri di luar sana agar sentiasa menjadi isteri yang taat dan selalu mendapat keredhaan suami. Shuib selalu menyebut bahawa kejayaan perniagaannya hari ini adalah kerana tuah dari Siti Sarah yang sentiasa berada di belakangnya. Sepanjang berkahwin tidak pernah ada masalah untuk pulang ke kampungnya, arwah tidak pernah ambil tahu wang didalam akaunnya. Ini kerana Shuib telah cuba membuat yang terbaik menyediakan segala keperluan yang Siti Sarah mahukan untuk keluarga

7. Shuib juga menyatakan beliau akan terus kuat. Ini kerana bukan sahaja sebagai ketua keluarga bahkan ketua juga untuk keluarga Raissuddin dan keluarga sebelahnya juga.


Kematian yang menghidupkan. Memberi kesan dalam kehidupan. Samada kepada orang yang begitu dekat mahupun orang yang tidak pernah rapat.

Al fatihah.
Siti Sarah Raissuddin
1984-2021

9 comments:

  1. yg pasti, lps ni saya berazam utk lebih menghargai pasangan dan kehidupan yg kita ada...if sblm2 ni dh memang hargai pun, lps ni, nak kena lebih2 lagi and put in max effort, so that no regret later
    satu lg..part bersedekah..moga2 kita dpt jd lebih pemurah dan tak berkira wpun most of us tak kaya dan tak de byk mana duit pun utk bersedekah...

    ReplyDelete
  2. Pemergian yang menyebabkan Rawlins turut menyoroti kehidupan diri dan mengharapkan pengakhiran yang indah jua. Doakan agar semua mendapat keindahan seperti arwah

    ReplyDelete
  3. Sebak baca kak ..AlFatihah (dibaca) . Pemergian yang sangat dicemburui . Bahagian dia kita nampak .. bahagian kita pergi tak tau macam mana kan . Moga arwah ditempahkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh. Aamiin

    ReplyDelete
  4. tak follow sangat cerita diorang tapi terkejut juga dengan berita sedih ni. Al-fatihah! semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman.

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah buat arwah dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.
    Memang bertuah sungguh arwah..ramai sungguh yg mendoakan beliau. Pengakhiran yg cukup dicemburui.

    ReplyDelete
  6. Sedih sangat rasanya kan kak..indah sangat pengakhiran arwah sarah ni. Semoga kita semua mati dalam husnul khotimah juga.

    ReplyDelete
  7. Betul, banyak penganjaran yang kita pelajari from his sharing, always be kind and take care.

    ReplyDelete
  8. Absolutely a good reflection of yours shared about this sad news. We all have to remind ourselves & stay safe
    Cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  9. Yes ahhh, really nice sharing yang mengingatkan kita semua... Salam takziah...

    ReplyDelete

Sharing is caring...