Review Movie di Netflix : Aftermath (2021)

Filem ini saya kategori sebagai salah satu kategori filem seram, thriller yang penuh babak suspen serta mengejutkan. Dan sebenarnya jalan cerita daripada movie Aftermath ini adalah inspirasi dari kisah yang pernah berlaku di San Diego.

Mengisahkan sepasang suami isteri Natalie (Ashley Greene) dan Kevin (Shawn Ashmore) yang mempunyai masalah dalam perkahwinan mereka dan dalam sedang proses pemulihan. Jadi seperti yang dicadangkan dengan kaunselor perkahwinan mereka, Kevin dan Natalie perlu 'new start' dalam perkahwinan mereka.

Jadinya Kevin telah mencadangkan untuk beli sebuah rumah cantik yang pernah viral disebabkan kes pembunuhan. Pada mulanya Natalie tidak bersetuju tetapi memandangkan ini adalah salah satu cara untuk memulakan kehidupan baru bersama Kevin jadi dia telah bersetuju.

Masa tinggal di rumah ini, macam-macam perkara pelik dan menakutkan telah berlaku. Mula-mula Natalie ingatkan ilusi tetapi lama kelamaan menjadi lebih pelik. Contohnya nampak kelibat orang lain didalam rumah. Barang dalam rumah tidak berada didalam keadaan asal serta banyak lagi benda yang menakutkan.
 
Bukan sahaja mereka kena hadapi masalah didalam rumah bahkan privasi kehidupan mereka telah diceroboh. Contohnya tiba-tiba Kevin perasan ada orang guna nama dan alamatnya subscribe majalah pelik dan banyak lagi. Dan paling teruk Natalie pernah didatangi seorang lelaki dan cuba merogolnya.

Jadi dalam usaha memulihkan hubungan tetapi jadi sebaliknya. Hubungan lebih tegang dan kehidupan mereka menjadi lebih terancam. Jadi apa yang sebenarnya ada didalam rumah tersebut. Adakah ianya benar-benar berhantu? Atau sebaliknya?

Bagi saya sendiri, jalan cerita ini selain daripada ada elemen keseramannya sebenarnya ianya banyak mengajar kita tentang perkara pentingnya komunikasi dalam perhubungan. Dan tidak tidak dinafikan jika memang kita hilang kepercayaan kepada pasangan memang mengambil masa untuk pulihkan perasaan tersebut. Namun begitu dalam mana-mana dan apa jua hubungan, ianya boleh berjaya dipulihkan jika kita sama-sama bekerjasama untuk menjayakannya 'it takes two to tango'.


Berdasarkan Kisah Sebenar (Jerry Rice dan Janice Ruhter)

Ianya tentang kehidupan Jerry Rice dan Janice Ruhter yang telah ditemubual oleh majalah People pada tahun 2015 mengenai kisah seram mereka setelah membuat pembelian rumah di San Diego.

Pasangan ini telah berpindah bersama anak mereka ketika Janice hamil 9 bulan,dan di rumah tersebut banyak perkara-perkara pelik mula berlaku.

Apa Yang Terjadi Dengan Jerry Rice & Janice Ruhter?
Pertama, rumah mereka dilihat tersenarai untuk dijual di banyak laman web harta tanah. Masalahnya mereka baru saja membelinya, jadi ini memang agak pelik.

Sama seperti dalam filem yang juga menyaksikan tempat baru Kevin dan Natalie dijual, Jerry dan Janice mula mengalami masalah mel - dalam filem itu, Kevin dan Natalie menerima puluhan kiriman yang tidak mereka daftarkan. Dalam kehidupan Jerry dan Janice mereka juga menerima pelbagai surat yang mencurigakan dan lebih teruk lagi jiran-jiran mereka mula menerima pesanan Valentine dari pasangan itu (sedangkan mereka tidak menghantar apa-apa).

Keadaan  menjadi lebih teruk. Setelah Janice melahirkan bayinya dia dapati ada orang mewar-warkan nama, gambar dan alamatnya di iklan atas talian untuk sesiapa yang ingin melakukan hubungan seks dengannya semasa suaminya tiada di rumah.

Siapa Sebenarnya Dalang Didalam Kes Ini?
Pada akhir siasatan dibuat didapati seorang wanita iaitu Kathy Rowe berusia 53 tahun yang tinggal berhampiran melakukannya kerana sakit hati tidak berjaya membeli rumah tersebut. Dia mengaku bersalah kerana melakukan perkara tersebut dan mendakwa kurang tidur disebabkan terpaksa menjaga anak perempuannya yang kurang upaya dan suami yang tidak sihat. (katanya punca menyebabkan kepada tingkah lakunya itu *WTF))

Dalam satu temubual bersama rancangan ABC, beliau menyatakan, 
Saya telah menaruh harapan besar intuk rumah itu. Semasa saya masuk, rasanya seperti rumah saya ... rasanya, anda tahu, anda mendengar burung biru menyanyi dan bermain muzik. Saya masuk, itu rumah saya. 

Apa Yang Terjadi Pada Kathy Rowe?
Pada akhirnya, Kathy Rowe dijatuhi hukuman satu tahun di bawah pengawasan rumah dan kemudian lima tahun tempoh percubaan. Dia banyak diwanwancara dan tiba-tiba menjadi begitu terkenal di kawasan San Diego.


Hmm..


Korang boleh tengok filem Aftermath ini di di Netflix!

13 comments:

  1. Aftermath is quite a famous horror movie. Jalan cerita dia agak seram. This kinda movie is not on my street. However, thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  2. Awal-awal tu memang sakit hati dengan gangguan tu. Tapi bila dah start subscribe magazine tu dah start rasa pelik dah.

    ReplyDelete
  3. Memula baca sinopsis tu macam seram tapi bila ada yg gunakan nama dan alamat macam sesuatu sgt kan. Ye la, takkan hantu pandai post barang 😅

    ReplyDelete
  4. Horror gila la filem ni kak. Saya tak berani lagi tengok. Sebab melibatkan rumahtangga ni. Rasa macam terkesan tau. 😔

    ReplyDelete
  5. Pelik2 betul perangai manusia kan..tp kalau kat Malaysia dengki dia tahap ilmu hitam dah..haha..okay masuk list la jugak cite ni..

    ReplyDelete
  6. Marsha baru tengok separuh sebab seram. Asyik pintu terbuka sendiri. Nanti nak sambung sampai habis

    ReplyDelete
  7. ya allah apa benda la ada orang busuk hati camtu. menarik lah citer ni, thanks sharing Ayu.. nanti huda tengok

    ReplyDelete
  8. Ada tengok tajuknya dekat Netflix tapi belum tengok lagi. Nak tunggu ada geng baru tengok . Kalau sorang2 mau tak pergi bilik air pulak. Hahahaha

    ReplyDelete
  9. Baca jalan ceritanya menarik banget ini Aftermath. But im not into it. Horor movie is worsth for me hahaha

    ReplyDelete
  10. Fuyohh, betul2 padu jalan cerita filem ni kan.. dah stress tambah stress dengan apa yang berlaku kan... can't imagine that, lagi real the situation sebab based on real story bah.. Boleh tengok la Aftermath ni..

    ReplyDelete
  11. Menarik.. boleh la AM masukkan dlm wishlist movie yg nak ditgk hujung mggu nie..

    ReplyDelete
  12. Dah tengok. siapa belum tengok tengok tauu hehe for me kena dengan selera la citer ni. best!

    ReplyDelete
  13. The $99 cost (starting at 2017) of Prime separates to about $8.25 each month - figure this how frequently you watch motion pictures, TV shows, and request things from the super-store to decide if the membership is beneficial. amazon mytv

    ReplyDelete

Sharing is caring...