Review Movie di Netflix : Sweet Girl


Masa first time tengok poster ni, serius macam tak menarik langsung. Apatah lagi senarai pelakon yang membintangi filem ini bukanlah begitu popular (bagi saya heheheh). Tapi bila dah tengok. Not bad jalan cerita dia. Kisah berat mengangkat tentang elemen kekeluargaan dan pengorbanan. Ada sedikit plot twist dekat pengakhiran cerita. Tetapi lepas dah habis tonton, memang saya rasa sedih dan hiba. 


Kisah mengenai seorang lelaki yang bernama Ray Cooper (Jason Momoa) yang begitu menyayangi keluarganya. Dipendekkan cerita isterinya (Adria Arjona) menghadapi penyakit kanser dan pada awalnya berpeluang mendapat rawatan terbaik melalui ubatan baru. Namun disebabkan pelbagai isu, penindasan dan birokrasi dari pihak tertentu menyebabkan isterinya tidak berpeluang mendapat rawatan.


Kecewa dengan keadaan tersebut. Ray telah bangkit dan menuntut keadilan bukan sahaaj untuk mendiang isterinya bahkan kepada pesakit yang ada masalah kanser. Dan pada masa yang sama Ray juga harus berhadapan dengan anaknya Rachel (Isabela Merced) yang mula memberontak dan tidak setuju dengan apa yang dilakukannya.


Kisah yang sarat dengan emosi sedih dan berkait tentang perhubungan kekeluargaan terutama anak dan ayah memang menyentuh rasa. Apabila kita melihat sendiri mereka diburu oleh pelbagai pihak dan bagaimana ayah dia struggle bagi memastikan anak perempuannya sentiasa selamat.


Apabila FBI mula menjejaki mereka berdua. Keadaan mereka lebih terancam. Ditambah pula kehadiran pembunuh upahan misteri yang melangsaikan segala urusan dendam mereka. Bagaimana kisah ini berakhir, adakah mereka dapat menuntut keadilan akibat penindasan. Dan yang menarik di hampir penghujung cerita ada plot twist yang memang tidak disangka-sangka.

Cerita ni banyak aksi pertarungan. Okla pertarungannya juga not bad. Saya rekomen untuk korang tonton filem ini. Jangan risau tiada aksi keterlaluan sangat jadi bolehlah tonton dengan anak-anak.

Review Movie di Netflix : Sweet Girl Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 23, 2021 Rating: 5

2 comments:

  1. Saya tak habis tengok cerita ni. Terlelap. Nanti nak tengok balik. Aquaman tuuuuu. Hehehe.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.