5 Aktiviti Yang Menarik Boleh Dilakukan di Sekitar KLCC
Antara 5 aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sekitar KLCC adalah seperti berikut:-
1. Membawa keluarga ke Aquaria
Sentiasa menjadi destinasi pilihan keluarga, untuk melihat dan mendalami hidupan didalam air. Umpama akuarium yang sangat besar dengan pelbagai hidupan pastinya tidak akan mengundang rasa kebosananan. Untuk info, Aquaria merupakan satu-satunya Aquarium di Malaysia dibenarkan untuk mempamerkan lebih kurang 200 ekor ikan Red-bellied Piranha.
Gambar dari Google
Selain itu, Aquaria KLCC mempunyai lorong underwater yang paling panjang di Malaysia iaitu 90 meter. Di Aquaria juga mempunyai Single Tank terbesar di Malaysia dengan isian air masin sebanyak 2.5 juta liter. Bayangkan dengan adanya tangki tiub yang di reka berdasarkan Tasik Kenyir Terengganu yang mempunyai setinggi 15 kaki.
Gambar dari Google
Membawa anak-anak ke sini satu peluang terbaik. Mereka bukan sahaja dapat belajar, mengenali lebih dekat spesis hidupan lautan bahkan memberi pengalaman yang cukup berharga buat mereka. Paling penting dapat menghabiskan masa bersama ahli keluarga yang tersayang.
2. Beriadah Bersama Keluarga di Taman KLCC
Taman yang sangat cantik dan terjaga. Siapa sangka kawasan taman buatan manusia yang berkeluasan 20 hektar ini turut menarik pelbagai spesis burung yang masih mampu berkicau meskipun berada di tengah-tengah kepesatan pembangunan pencakar langit iaitu KLCC. Taman ini terletak betul-betul berhadapan pusat membeli-belah Suria KLCC.
Gambar dari Google
Untuk pengetahuan semua, Taman KLCC dibuka serentak bersempena dengan pembukaan Menara Berkembar PETRONAS KLCC pada tahun 1999. Cetusan idea adalah jurubina dari Brazil iaitu Roberto Burle Marx. Terdapat tasik buatan yang dikenali sebagai Lake Symphony dengan keluasan 10,000 meter persegi berserta sistem air pancutan setinggi 42 meter dengan pencahayaan berwarna-warni yang boleh diatur cara. Selain itu Taman KLCC ini juga memiliki laluan berjoging yang selesa iaitu sejauh 1.3 kilometer (km).
Gambar dari Google
Tidak hairanlah warga Kuala Lumpur gemar membawa keluarga mereka menghabiskan masa di Taman KLCC ini. D hujung minggu pula menjadi tarikan ramai pelancong dari luar negara yang sama-sama datang untuk melihat kecantikan Taman KLCC.
3. TAPAK Urban Street Food
Berdekatan dengan KLCC terdapatnya kawasan yang sering menjadi tumpuan masyarakat untuk datang dan melepak sambil menikmati pelbagai juadah hidangan tempatan dan barat . Jaraknya lebih kurang 900 meter dari bangunan KLCC.
Gambar dari Google
Tempat ini telah dibuka sejak tahun 2016. Ada lebih 20 food trucks di sini. Konsep yang diperkenalkan membolehkan pelanggan menikmati makanan di tempat terbuka. Paling seronok adalah persekitarannya pada waktu malam yang memang dikelilingi cahaya lampu yang cantik, cahaya di ibukota.
4. Eksplorasi Dunia Permainan Kanak-Kanak di Petrosains
Petrosains merupakan muzium interaktif yang memperkenalkan bidang sains dan teknologi melalui pembelajaran serta aktiviti khas untuk kanak-kanak. Terletak di tingkat 4 di dalam bangunan KLCC, Petrosains dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat minyak terkemuka Petronas.
Gambar dari Google
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan ketika berada di Petrosains. Antaranya seperti anak-anak boleh menyertai bengkel, belajar tentang sains, melihat pameran dan menyertai pelbagai aktiviti interaktif khas untuk kanak-kanak.
5. Penginapan di Hotel 5 bintang
Percutian mewah sememangnya menjadi idaman semua orang. Apatah lagi penginapan yang berdekatan dengan pelbagai fasiliti serta kemudahan seperti kedai makan, pengangkutan awam yang banyak, punyai aksesibiliti, kawasan membeli-belah dan pelbagai lagi.
Gambar dari Google
Sebenarnya berdekatan dengan KLCC terdapat banyak hotel 5 bintang yang sentiasa menjadi tarikan pelancong dari negara luar. Antaranya seperti Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Somerset Kuala Lumpur, Doubletree by Hilton Kuala Lumpur dan banyak lagi. Menginap di sini pastinya memberi keselesaan dan kepuasan apatah lagi ianya terletak berdekatan dengan menara KLCC.
Untuk lebih penjimatan penginapan berdekatan di KLCC, korang boleh dapatkan promosi di laman web VIP Pass https://getvippass.com/399-deal/. Dengan VIP Pass, anda hanya bayar satu harga untuk mendapat 6 malam penginapan hotel dengan pilihan 137+ hotel di seluruh negara.
I miss jalan2 KLCC. And miss visiting Kinokuniya. Kinokuniya is my favorite bookstore and store at KLCC. Kalo gie Kinokuniya Mesti bawak balik byk Buku. Huhuhu……
ReplyDeletewahh lepas ni kalau pg KLCC dan tahu dah nak buat aktiviti apa je. hehehehhe
ReplyDeleteSejak pandemik tempat2 ni semu aseperti tempat pelancongan pertama kali pergi..hehee..Nanti dah ok semua bolehla pergi.
ReplyDeleteDalam kelima-lima tu, aku tak pernah masuk Aquaria je. Cadangnya nak bawa my whole family ke KL pada 2020 untuk bercuti dan enjoy in KL. Then Covid happened. Huhu
ReplyDeleteDekat mana tempat yang takde graviti tu ye
DeleteSaya kalau pergi KLCC, saya tak keluar ke sekitar dia. Tak tau kenapa dia jd berjam-jam dalam KLCC tu aje. Maybe dah tua kot kak. Kinokuniya aje la tempat saya pergi pun.
ReplyDeleteBestnya la kalau dpt round2 area klcc ni.. Mcm2 ade... Tp kita dh lama xjejak sana... Huhu..
ReplyDeleteRindunya nak jalan-jalan KL, agaknya camne laa kalau dah boleh bercuti dan berjalan ke sana ek, meriah ke lagi kann..
ReplyDeleteBelum pernah lagi pegi Aquaria. Nanti dah boleh rentas negeri bolehlah bawak anak2 ke sana
ReplyDeletewindunya KLCC..dulu keja kat MO memang port la KLCC ni, siap hafal kedai2. and suka layan air pancut kat depan KLCC tu..leh duduk berjam2 yer... best!
ReplyDeleteselalu jugak jalan2, cuci mata & dating dkt klcc ni. petrosains tu pulak antara lawatan yang dibuat sewaktu sekolah rendah dulu. memang best :)
ReplyDelete