5 Aktiviti Yang Menarik Boleh Dilakukan di Sekitar KLCC

5 Aktiviti Yang Menarik Boleh Dilakukan di Sekitar KLCC -Menara KLCC  antara mercu tanda yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Dengan ketinggian 452 meter, mempunyai 88 tingkat bangunan ini sememangnya tersergam indah samada dilihat secara dekat mahupun berkilometer jarak jauhnya. Lokasi KLCC yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur (KL) sering menjadi tumpuan bukan sahaja pelancong dari luar negara bahkan masyarakat tempatan juga. Kedudukannya yang agak strategik berada di tengah kota,  menjadikan ianya salah satu destinasi tumpuan. Tambahan pula KLCC dikelilingi dengan pusat membeli-belah, kawasan rekreaksi, tempat makanan menarik dan pelbagai lagi.


Antara 5 aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sekitar KLCC adalah seperti berikut:-


1. Membawa keluarga ke Aquaria

Sentiasa menjadi destinasi pilihan keluarga, untuk melihat dan mendalami hidupan didalam air. Umpama akuarium yang sangat besar dengan pelbagai hidupan pastinya tidak akan mengundang rasa kebosananan. Untuk info, Aquaria merupakan satu-satunya Aquarium di Malaysia dibenarkan untuk mempamerkan lebih kurang 200 ekor ikan Red-bellied Piranha.


Gambar dari Google


Selain itu,  Aquaria KLCC mempunyai lorong underwater yang paling panjang di Malaysia iaitu 90 meter. Di Aquaria juga mempunyai Single Tank terbesar di Malaysia dengan isian air masin sebanyak 2.5 juta liter. Bayangkan dengan adanya tangki tiub yang di reka berdasarkan Tasik Kenyir Terengganu yang mempunyai setinggi 15 kaki.


Gambar dari Google


Membawa anak-anak ke sini satu peluang terbaik. Mereka bukan sahaja dapat belajar, mengenali lebih dekat spesis hidupan lautan bahkan memberi pengalaman yang cukup berharga buat mereka. Paling penting dapat menghabiskan masa bersama ahli keluarga yang tersayang.



2. Beriadah Bersama Keluarga di Taman KLCC


Taman yang sangat cantik dan terjaga. Siapa sangka kawasan taman buatan manusia yang berkeluasan 20 hektar ini turut menarik pelbagai spesis burung yang masih mampu berkicau meskipun berada di tengah-tengah kepesatan pembangunan pencakar langit iaitu KLCC. Taman ini terletak betul-betul berhadapan pusat membeli-belah Suria KLCC.


Gambar dari Google


Untuk pengetahuan semua, Taman KLCC dibuka serentak bersempena dengan pembukaan Menara Berkembar PETRONAS KLCC pada tahun 1999. Cetusan idea adalah jurubina dari Brazil iaitu Roberto Burle Marx. Terdapat tasik buatan yang dikenali sebagai Lake Symphony dengan keluasan 10,000 meter persegi berserta sistem air pancutan setinggi 42 meter dengan pencahayaan berwarna-warni yang boleh diatur cara. Selain itu Taman KLCC ini juga memiliki laluan berjoging yang selesa  iaitu sejauh 1.3 kilometer (km).


Gambar dari Google


Tidak hairanlah warga Kuala Lumpur gemar membawa keluarga mereka menghabiskan masa di Taman KLCC ini. D hujung minggu pula menjadi tarikan ramai pelancong dari luar negara yang sama-sama datang untuk melihat kecantikan Taman KLCC.



3. TAPAK Urban Street Food


Berdekatan dengan KLCC terdapatnya kawasan yang sering menjadi tumpuan masyarakat untuk datang dan melepak sambil menikmati pelbagai juadah hidangan tempatan dan barat . Jaraknya lebih kurang 900 meter dari bangunan KLCC.


Gambar dari Google



Tempat ini telah dibuka sejak tahun 2016. Ada lebih 20 food trucks di sini. Konsep yang diperkenalkan membolehkan pelanggan menikmati makanan di tempat terbuka. Paling seronok adalah persekitarannya pada waktu malam yang memang dikelilingi cahaya lampu yang cantik, cahaya di ibukota.


4. Eksplorasi Dunia Permainan Kanak-Kanak  di Petrosains


Petrosains merupakan muzium interaktif yang memperkenalkan bidang sains dan teknologi melalui pembelajaran serta aktiviti khas untuk kanak-kanak. Terletak di tingkat 4 di dalam bangunan KLCC, Petrosains dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat minyak terkemuka Petronas. 


Gambar dari Google


Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan ketika berada di Petrosains. Antaranya seperti anak-anak boleh menyertai bengkel, belajar tentang sains, melihat pameran dan menyertai pelbagai aktiviti interaktif khas untuk kanak-kanak.

 

5. Penginapan di Hotel 5 bintang


Percutian mewah sememangnya menjadi idaman semua orang. Apatah lagi penginapan yang berdekatan dengan pelbagai fasiliti serta kemudahan seperti kedai makan, pengangkutan  awam yang banyak, punyai aksesibiliti, kawasan membeli-belah dan pelbagai lagi.


Gambar dari Google


Sebenarnya berdekatan dengan KLCC terdapat banyak hotel 5 bintang yang sentiasa menjadi tarikan pelancong dari negara luar. Antaranya seperti Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Somerset Kuala Lumpur, Doubletree by Hilton Kuala Lumpur dan banyak lagi. Menginap di sini pastinya memberi keselesaan dan kepuasan apatah lagi ianya terletak berdekatan dengan menara KLCC.


Untuk lebih penjimatan penginapan berdekatan di KLCC, korang boleh dapatkan promosi di laman web VIP Pass https://getvippass.com/399-deal/. Dengan VIP Pass, anda hanya bayar satu harga untuk mendapat 6 malam penginapan hotel dengan pilihan 137+ hotel di seluruh negara. 





5 Aktiviti Yang Menarik Boleh Dilakukan di Sekitar KLCC Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 20, 2021 Rating: 5

11 comments:

  1. I miss jalan2 KLCC. And miss visiting Kinokuniya. Kinokuniya is my favorite bookstore and store at KLCC. Kalo gie Kinokuniya Mesti bawak balik byk Buku. Huhuhu……

    ReplyDelete
  2. wahh lepas ni kalau pg KLCC dan tahu dah nak buat aktiviti apa je. hehehehhe

    ReplyDelete
  3. Sejak pandemik tempat2 ni semu aseperti tempat pelancongan pertama kali pergi..hehee..Nanti dah ok semua bolehla pergi.

    ReplyDelete
  4. Dalam kelima-lima tu, aku tak pernah masuk Aquaria je. Cadangnya nak bawa my whole family ke KL pada 2020 untuk bercuti dan enjoy in KL. Then Covid happened. Huhu

    ReplyDelete
  5. Saya kalau pergi KLCC, saya tak keluar ke sekitar dia. Tak tau kenapa dia jd berjam-jam dalam KLCC tu aje. Maybe dah tua kot kak. Kinokuniya aje la tempat saya pergi pun.

    ReplyDelete
  6. Bestnya la kalau dpt round2 area klcc ni.. Mcm2 ade... Tp kita dh lama xjejak sana... Huhu..

    ReplyDelete
  7. Rindunya nak jalan-jalan KL, agaknya camne laa kalau dah boleh bercuti dan berjalan ke sana ek, meriah ke lagi kann..

    ReplyDelete
  8. Belum pernah lagi pegi Aquaria. Nanti dah boleh rentas negeri bolehlah bawak anak2 ke sana

    ReplyDelete
  9. windunya KLCC..dulu keja kat MO memang port la KLCC ni, siap hafal kedai2. and suka layan air pancut kat depan KLCC tu..leh duduk berjam2 yer... best!

    ReplyDelete
  10. selalu jugak jalan2, cuci mata & dating dkt klcc ni. petrosains tu pulak antara lawatan yang dibuat sewaktu sekolah rendah dulu. memang best :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.