5 Kafe Intagramable Yang Best di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur antara destinasi yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Kedudukannya yang agak strategik berada di tengah ibu kota, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pengangkutan serta penginapan menjadikannya ianya cukup popular. Biasanya bila berada di Kuala Lumpur, pastinya kita akan mencari kafe yang popular untuk mencuba hidangan yang ditawarkan. Bukan sahaja viral disebabkan hidangan bahkan mempunyai spot yang cantik serta unik untuk berOOTD juga menjadi tarikan.


Antara 5 kafe instagramable yang unik dan menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda terjah adalah seperti berikut:-


Feeka Coffee Roaster, Bukit Bintang

Kredit gambar dari : https://www.weekendnotes.coms/

Suasana persekitaran kafe memang sangat tenang dan mendamaikan. Jika kita datang untuk merehatkan fikiran sambil menkmati secangkir kopi ataupun mengulang kaji sememangnya kafe Feeka Coffee Roaster adalah pilihan terbaik. Dekorasi kafe yang minimalis, kemas dan tersusun memang sedap mata memandang. Anda juga boleh menikmati pelbagai hidangan brunch di sini seperti breakfast bowls dan pelbagai jenis pastri yang enak. Kafe ini juga terkenal di KL dengan hidangan kopi yang cukup kaw!


Naj & Belle Kafe, Bangsar
Dekorasi hiasan dalaman bertemakan kontemporari minimalis industri menjadikan setiap sudut di kedai ini cantik untuk bergambar. Terutama buat mereka yang suka berOOTD kafe ini memang pilihan yang terbaik. Lokasinya yang terletak di Bangsar memang tidak ada masalah pengangkutan untuk ke sini

http://www.ss15courtyard.com.my/

Jangan lupa untuk mencuba hidangan-hidangan popular dari Naj & Belle Kafe seperti squid ink spaghetti dan pulled duck spaghetti. Untuk pencuci mulut anda boleh mencuba watermelon lychee cake yang sememangnya cukup hebat rasanya. Yup! Memag kena cuba.


SOULed OUT , Sri Hartamas

Google

SOULed OUT yang terletak di Sri Hartamas memulakan operasinya pada tahun 1996. Pada awalnya ianya adalah sebuah kafe di kawasan kejiranan kecil di Mont Kiara. Dengan kepelbagaian menu yang ditawarkan dapat menarik hati ramai pelanggan untuk datang dan kembali lagi ke kafe ini. 

Seperti slogan yang diperkenalkan 'as good as a hug', berkunjung ke SOULed OUT adalah seperti berada di rumah sendiri.. Lokasi yang cukup istimewa jika ingin melepak dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga.


Luckin Kopi, Pasar Seni
Melihat kepada dekorasi bahagian luaran sahaja sudah memikat jiwa. Apatah lagi apabila kita meninjau di bahagian dalamnya, memang dipenuhi dengan dekorasi yang unik dan ekslusif . Ibarat berada di warung kampung tetapi dengan sentuhan versi moden. 

Blog Yaya Natsumi

Untuk pengetahun semua nama Luckin adalah gabungan dari perkataan Luck dan In yang membawa maksud sentiasa ada tuah dan nasib baik.

Blog Yaya Natsumi

Kawasan kafe juga agak luas memberi rasa keselesaan kepada pengunjung. Selain itu tarikan kepada kepelbagaian menu juga mencuri perhatian. Dan kafe ini terletak berdekatan dengan Central Market sememangnya sentiasa menjadi tumpuan bukan sahaja pengunjung tempatan bahkan dari negara luar juga.


Merchant's Lane, Petaling Street

https://www.makanlena.com/

Kafe ini agak unik dengan dekorasi vintage. Mempunyai aura seperti berada di Chinatown, ternyata kafe ini sememangnya sangat popular dikalangan mereka yang suka berOOTD. Kepelbagaian perabot custom-made yang diperbuat daripada rotan menjadikan dekorasinya didalamnya lebih cantik. Ditambah pula dengan kemasan lantai kayu, dinding yang dilengkapi dengan pelbagai motif bunga yang berwarna-warni, tumbuh-tumbuhan berpasu serta permaidani bercorak vintage.

https://www.makanlena.com/

Pengunjung jika ke sini pasti teruja melihat  buaian khas yang diperbuat daripada rotan. Bumbung yang terbuka memberi kesan pengcahayaan semulajadi menjadikan kawasan di buaian ini cukup popular bagi mereka yang suka bergambar.

Jadi jika bercuti di Kuala Lumpur jangan lupa untuk singgah kelima-lima kafe seperti yang dicadangkan. Lebih berbaloi bila anda menggunakan VIP Pass yang memberi lebih penjimatan dan ganjaran.

Jom bercuti di Kuala Lumpur bersama VIP Pass!

5 Kafe Intagramable Yang Best di Kuala Lumpur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 01, 2021 Rating: 5

8 comments:

  1. Lawa semua tempat tu. Sekarang kafe or kedai makan memang ada satu bahagian khas utk OOTD. Lg bagus kalau seluruh kafe deko dah best. So tak perlu pelanggan kemana-mana. Duduk je dah cantik gambar sebab kedai dah lawoooo. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Memang instagrammable senarai 5 cafe tu. Seronoklah mereka yang dapat singgah dan OOTD. Jimat masa. Sambil makan dan minum boleh bergambar kenangan.

    ReplyDelete
  3. Rawlins pernah sampai Souled Out dan Luckin Kopi je. Yang lain, ajom terjah sama-sama nak?

    ReplyDelete
  4. Ini kalau dapat pergi, memang minum secawan tapi berjam-jam duk OOTD jerr kan hahahaha... Luckin tu tempat dia cantikkk, anak dah pergi..

    ReplyDelete
  5. semua tempat tu saya pernah pergi luckin kopi je..memang lawa ootd kat situ..nnt leh la g lagi 4 tu pula

    ReplyDelete
  6. dalam 5 yang akak list ni 2 je khai penah pergi. kalau peminat kopi yes luckin kopi tu memang wajib pergi cuma ada satu dalam 5 ni ada yang overrated dan overpriced harga nya .

    ReplyDelete
  7. Best nyer! nanti after my 14 day of 2nd dose i will slowly start to explore more cafes.

    ReplyDelete
  8. Wahhh, only 1 out of 5 yang Nell pernah pergi cuba try test makan2 kat cafe dalam list ni.. okay, since keadaan dah makin pulih, nanti nak plan to visit the other 4 la.. (Y) nak check out VIP pass ni juga la..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.