BBQ Lamb KL Kemensah Lokasi Istimewa Untuk Bawa Keluarga Makan-makan di Sungai yang Dikelilingi Dengan Keindahan Alam Semulajadi Yang Indah
BBQ Lamb KL Kemensah Lokasi Istimewa Untuk Bawa Keluarga Makan-makan di Sungai yang Dikelilingi Dengan Keindahan Alam Semulajadi Yang Indah- Good food, good mood. Seronok sebenarnya jika kita dapat peluang menikmati hidangan yang enak-enak seperti BBQ di sungai. Apatah lagi di kelilingi dengan pemandangan yang indah alam semulajadi. BBQ Lamb Kl Kemensah bukanlah tempat makanan yang asing untuk masyarakat tempatan. Cukup popular dengan hidangan BBQ dengan pelbagai sos punyai tarikan sendiri untuk mereka yang gemarkan kelainan dalam menikmati hidangan ala barat ini.
Air sungai yang sentiasa mengalir, dikelilingi dengan pepohon hijau, begitu juga dengan rekabentuk dan dekorasi restoran yang unik dan klasik antara menjadi faktor mengapa BBQ Lamb KL Kemensah menjadi cukup popular.
Seperti biasa di bahagian pintu masuk kedai telah disediakan booth untuk kita merekodkan suhu badan, scan my sejahtera dan juga perlu disanitasi di sini.
Saya telah memilih set Mix Meat yang mengandungi 4 jenis daging perapan yang telah di bakar/BBQ iaitu daging lembu, kambing ayam dan itik. Didatangkan bersama 4 nasi rempah, salad, 1 sup dan 4 sos. Set ini juga didatangkan bersama air minuman (free flow)
Kalau korang bercadang nak datang makan di sini. Adalah lebih baik untuk membuat tempahan meja terlebih dahulu. Terutamanya di hari minggu dan hari cuti, ramai yang akan datang bersama keluarga.
Banyak port OOTD nerlatarbelakangkan keindahan alam. Bagi mereka yang suka bergambar memang tidak akan melepaskan peluang bergambar beria di sini, hehehe.
Saya telah memilih set Mix Meat yang mengandungi 4 jenis daging perapan yang telah di bakar/BBQ iaitu daging lembu, kambing ayam dan itik. Didatangkan bersama 4 nasi rempah, salad, 1 sup dan 4 sos. Set ini juga didatangkan bersama air minuman (free flow)
Ayam
Daging
Kambing
Itik - Dan pertama kali say amakan daging itik bakar yang sangat sedap! Memang daging itik yang dibakar disini sangat lembut dan cukup rasa.
Nasi Rempah - makan begitu sahaja pun dah sedap :-)
Koktail dan ada juga buahan tembikai diberikan (tiada dalam gambar)
Selain daripada kemudahan bilik air turut disediakan kolam renang kecil untuk kegunaan pelanggan yang datang.
Selepas kita order hidangan mengikut menu pilihan di kaunter, memang set hidangan yang ditempah akan dibawa terus ke meja makan. Yup! Jangan risau, kita tidak perlu menunggu lama. Sekejap sahaja makanan akan dihidangkan. Oh ya! Hidangan BBQ disini menggunakan cara masakan konsep 'smoke' Hasil cara masakan cara ini bukan sahaja menjadikandaging betul-betul lembut bahkan bau harum daging BBQ sangat terserlah. Sememangnya sangat best apabila dapat nikmati hidangan panas-panas dengan kaki berendam didalam air sungai yang sejuk.
Makan di sungai sambil bercuti,
Hidangan BBQ boleh dinikmati,
Unik, menarik memang puas hati :-)
Untuk info lanjut bolehlah layari :
Untuk info lanjut bolehlah layari :
BBQ Lamb KL Kemensah Lokasi Istimewa Untuk Bawa Keluarga Makan-makan di Sungai yang Dikelilingi Dengan Keindahan Alam Semulajadi Yang Indah
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 12, 2021
Rating:
Tak pernah ke sini tapi nampak teruja juga makan dalam sungai ni. Kena sinsing seluar le takut basah. Haha. You...dekat dah ni dengan rumah family Mira.
ReplyDeleteCepat la Ammar dengan Afiq besar sikit. Tak sabar nak bawak dorang datang sini. Seronok betul tengok orang berjalan makan makan kat sini
ReplyDeleteLamanyaaa kita tak makan kat sini. Sini memang best makan tambahan suasana dia mmg ngam sgt
ReplyDeletewah menarik makan kat dalam sungai.. iena pergi kemensah ni pergi hiking je. Tak pernah lagi makan kat dalam sungai ni ..Biasa hiking and bbq tepi sungai :)
ReplyDeletesini memang takde tempat stay eh akak? kalau ada best tu boleh terus stay alang2 kan? tak pernah pergi lagi sini hopefully tak crowded lah mcm yang tengah viral skrg
ReplyDeleteRindunya nak makan kat sini. Memang fav sangat dengan environment yang hijau macam ni
ReplyDeleteDua kali plan dulu nak singgah sini, tapi ada je halnya, teringin snagat nak sampai.. takpe nanti boleh plan kali ketiga hehehehe
ReplyDeleteTak pernah g sini tapi teringin juga nak mkn kat tepi sungai camni.. kena ushar price list la dulu..
ReplyDeleteWahhh meriah lama tak pergi sini rindunya nak makan daging kat situ hehehe sedap2 belaka.. ehh makan dengab kakak ker ok...
ReplyDeleteWah memang best makan kat situ, tempat sangat santai dan sejuk pulak tu.
ReplyDeletePernah dengar pasal tempat ni... memang konsepnya pun menarik. Menu lagilah, Wow!
ReplyDeleteHuda pernah datang sini makan waktu malam. Cantik juga view sini waktu malam.makanan sini memang tip top
ReplyDeletepegi makan kat sini banyak kali pon tak jemu tauuu..
ReplyDeleteBest kan dining experience kat sini... Lepas so long stay at home... sekali sekala dapat nikmati the nature and enjoy good food, terbaik (Y) suka makanan kat sini bah.... premium foods with great tastes (Y)
ReplyDelete