Butik Bob Rock Lovelily Kini Telah Beroperasi Mengikut SOP
Butik Bob Rock Lovelily Kini Telah Beroperasi Mengikut SOP- Saya percaya ramai wanita/isteri di luar sana sedang menantikan tentang berita ini - "Pembukaan Kembali Butik Bobrock!". Maklumlah nak dapatkan pakaian baru buat suami ataupun si dia yang dikasihi. Seperti yang kita maklum Butik Bob Rock Lovelily menawarkan pelbagai koleksi pakaian lelaki dan wanita plus size (bersaiz besar).
Sesuai dengan tagline seperti yang diwar-warkan iaitu ‘Butik pakaian saiz besar lelaki dan wanita paling ohsem di Malaysia!’ Di butik ini menawarkan variasi versatil koleksi pakaian kerja dan kasual dengan pelbagai rekaan ada ditawarkan.
Kedai fizikal terletak di Lot F-15 aras 1 PLAZA SHAH ALAM seksyen 9 Shah Alam. Saya sendiri seronok jika ke sini tau. Selain terdapat banyak kedai makan, kemudahan parking yang banyak juga memudahkan urusan.
Apa yang penting Butik Bob Rock Lovelily sentiasa mengambil berat terutama didalam isu kebersihan apatah lagi di zaman covid. Butik akan sentiasa dibersihkan dan disanitasi. Selain itu, pihak pengurusan juga memandang serius terhadap pematuhan SOP sepertimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Antara aspek keselamatan yang perlu korang patuhi kita mengunjungi Butik Bob Rock Lovelily ini seperti:-
- Memakai pelitup muka dan disarankan dua lapis
- Scan MySejahtera dan suhu sebelum memasuki kedai
- Membersihkan tangan dengan hand sanitizer yang disediakan
- Mejaga jarak antara satu sama yang lain
Hanya staff yang mencukupi dua dos sahaja yang dibenarkan bekerja ya!
Koleksi Baju Baru dan Mendapat Permintaan
Jenama Bob Rock sememangnya cukup terkenal dengan koleksi kemejanya yang cantik seperti Bahamas. Material, corak dan rekaannya memang memberi kepuasan kepada pengguna yang bersaiz plus size (berbadan besar). Dan yang terkini Bob Rock telah membawa kembali t-shirt bercorak. Serius! Corak yang memang simple dan menarik perhatian (eye catchy).
T-shirt yang boleh kita guna setiap hari ataupun ketika melakukan aktivit santai. Paling penting material yang digunakan memang selesa terutama buat mereka yang plus size (berbadan besar) dan mudah berpeluh (apatah keadaan Malaysia yang cuacanya agak panas sekarang ini).
Hanya 3 saiz sahaja ditawarkan iaitu 2XL, 4XL dan 6XL.
Close up cetakan corak di baju. Not bad kan!
Bukan sahaja corak di bahagian depan, bahkan ada juga corak di belakang baju dengan saiz yang lebih kecil.
Blogger Maha menggayakan dengan salah satu koleksi t-shirt Bobrock. Maha pakai saiz 2XL. Sedang elok saiznya dengan Maha, terletak cantik di badannya.
Bobrock Kini Ada di Shopee
Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Butik fizikal di Shah Alam. Jangan risau korang boleh dapatkan pakaian Bob Rock Lovelily di Shopee. Korang boleh dapatkan semua koleksi pakaian dari Bob Rock Lovelily di sini.
https://www.bobrocklovelily.com.my
Membeli-belah secara atas talian samada di Shopee atau laman web Bob Rock Lovelily memang memudahkan. Apatah lagi semuanya boleh diselesaikan hanya di hujung jari. Oh ya! Pembelian melalui laman web juga ada tawaran menarik menerusi promosi yang diberikan masa ke semasa. Jadi jangan lepaskan peluang ini tau!
Saya turut menggayakan t-shirt baru Bob Rock!
Dapat shopping di Bob Rock dan Lovelily,
Butik Bob Rock Lovelily Kini Telah Beroperasi Mengikut SOP
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 13, 2021
Rating:
Gambar 1st favourite I. Haha. I tak berkesempatan lagi ke butik bob rock lovelily ni. Harap2 I boleh le pergi sini nanti.
ReplyDeletecantiklah baju-baju koleksi baru tu .tengok maha pakai pun stylo. sebenarnya baju ni bukan utk org2 comel je orang biasa pun suka pakai yang oversize. ikut trend!
ReplyDeleteSuka la tengok baju kak ayu pakai tu style design dia. Saya kalau pakai tshirt memang suka pakai size XL.. sedap sket..haha
ReplyDeleteDah ada kat Shopee? Nice. Mudah-mudahan lebih murah rezki dia sebab now dah boleh diakses oleh semua orang kan.
ReplyDeletePaling senang dah sekarang, orang bersaiz besar boleh membeli di butik Bobrock ni kann.. lagi dah boleh walk-in, mudah nak pilih, janji patuh SOP
ReplyDeleteBuat orang dekat boleh pilih sendiri kat butik. Kalau jauh ni mujur boleh beli kat shopee. Marsha nak carikan sehelai untuk husband
ReplyDeleteWahh dah jadi kedai faveret akak ni. Dari dulu kini dan selamanya ye kak. Hehehe. Bagus mereka ada online store. Shah Alam tu jauh benor bg kami ni yang di Kuala Lumpur.
ReplyDeleteWau... dah ada Tshirt design baru cantik2 plk tu, Butik pakaian saiz besar lelaki dan wanita Bobrock ni byk pilihan dan cantik baju2 dia.
ReplyDeleteIni Bob Rock Love Lily menjadi heaven butik bagi pemilik size besar seperti saya neh. Suka motif2 kausnya.
ReplyDeleteSalam dari Indonesia.