COCO YEAH Menawarkan Pelbagai Air Minuman Coconut Shake Yang Enak dan Menyegarkan!
COCO YEAH Menawarkan Pelbagai Air Minuman Coconut Shake Yang Enak dan Menyegarkan!- Keadaan cuaca panas di Malaysia menyebabkan kita selalu inginkan minuman yang dapat memberi kesegaran dan menyejukkan tekak! Seperti air kelapa yang cukup sinonim sebagai minuman pilihan dalam menyejukkan badan. Untuk pengetahuan semua air kelapa adalah rendah kalori dan secara semula jadinya bebas daripada lemak dan kolesterol. Air kelapa juga mempunyai kandungan sumber karbohidrat dalam bentuk gula dan elektrolit yang mudah dicerna.. Sebab itu air kelapa selain daripada rasanya yang sedap, ianya juga bagus diamalkan untuk kesihatan (penghadaman) serta kecantikan dan membantu meningkatkan hidrasi dalam badan.
Antara pilihan terbaik minuman kelapa adalah coconut shake dari COCO YEAH. Untuk pengetahuan semua COCO YEAH menawarkan pelbagai varian coconut shake bersama campuran perisa buahan segar. Pemilihan buah kelapa juga yang berkualiti bagi mengekalkan rasa keenakan coconut shake yang asli.
Kenalkan founder COCO YEAH
Jenama minuman COCO YEAH mula diperkenalkan lada 1 Jun 2021 dan outlet pertamanya terletak di Bandar Sunway Subang. Lokasinya agak strategik kerana berdekatan dengan kawasan tumpuan pengunjung iaitu Sunway PiramidMall, Sunway Hotel, Hospital Sunway dan juga Sunway Lagoon.
Sehingga entri ini ditulis terdapat 8 minuman coconut shake ada ditawarkan di sini di mana 4 daripadanya ada bersama campuran buahan segar. Antara coconut shake yang korang boleh cuba dari COCO YEAH seperti:-
- COCO YEAH ORIGINAL
- COCO YEAH GULA MELAKA
- COCO YEAH MACHA
- COCO YEAH OREO
- COCO YEAH BERRIES
COCO YEAH AVOCADO - COCO YEAH PASSION FRUIT
- COCO YEAH HONEY LEMON
Serius sedap! Saya dah cuba semua minuman yang ada ditawarkan di COCO YEAH. Dari segi kandungan gula korang boleh pilih mengikut kesesuaian rasa kemanisan yang diinginkan. Tetapi bagi saya, kesegaran rasa air coconut shake itu memang sudah terasa kenikmatannya biarpun tanpa tambahan gula yang normal ianya sudahpun memenuhi citarasa seperti yang diinginkan.
Ikuti kupasan lebih lanjut mengenai minuman coconut shake yang ada ditawarkan di COCO YEAH :-)
COCO YEAH ORIGINAL
Ya korang! Untuk mereka yang tinggal di Lembah Klang, tidak perlu lagi kita gigih ke Klebang Melaka hanya untuk mendapatkan secawan coconut shake yang sedap. Hanya boleh terus dapatkan di COCO YEAH. Rasa asli ori' air kelapa yang dikisar ditambah pula dengan topping air krim vanilla.
COCO YEAH GULA MELAKA
Antara produk COCO YEAH yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan (best seller). Gabungan yang agak sedikit klasik dengan rasa gula melaka autentik. Bukan sahaja gabungan rasanya yang begitu menjadi bahkan saya juga cukup teruja dengan aromanya. Bau manis-manis gula melaka.
COCO YEAH MACHA
Biasanya kita menikmati minuman air macha samada kosong ataupun dicampurkan dengan susu. Tapi kali ini kelainannya bersama dengan coconut shake. Apa yang penting teh macha itu sendiri sudah mempunyai manfaatnya yang tersendiri digabungkan pula dengan air kelapa, pastinya minuman ini kaya dengan nutrisi.
COCO YEAH OREO
Pilihan untuk orang muda dan kaank-kanak COCO YEAH OREO. Saya sendiri sukakannya, dengan kisaran coconut shake yang begitu halus bersama dengan taburan biskut coklat oreo. Rasanya cukup istimewa, rasa lemak-lemak air kelapa bersama coklat.
COCO YEAH BERRIES
Bukan sahaja sedap tetapi cantik juga mata memandang. Gabungan buahan berries yang segar, terasa lebih kick gabungan rasa manis-manis masam yang padu menjadikan setiap sedutan itu cukup sempurna. Apatah lagi dengan adanya topping ais krim kelapa di atas. Dessert terbaik yang perlu kita dapatkan di musim panas.
COCO YEAH AVOCADO
OMG! Korang ini adalah feveret saya. Serisu dengan kisaran buah avacodo yang padu (guna original buah ya!) di gabungkan bersama cococnut shake yang kita sedia maklum memang hebat rasanya. Dan minuman avacoda tidak akan lari dengan sedikit percikan limpahan coklat. Istimewa di COCO YEAH bukan itu sahaja, bahkan kita boleh tambah topping ais krim kelapa sebagai pelengkap minuman dari syurga ini! Fuhh!!
COCO YEAH PASSION FRUIT
Siapa penggemar passion fruit pasti teruja dengan COCO YEAH PASSION FRUIT. Dengan rasa percikan zass masam-masam manis buahan passion fruit (bukan senang ya nak cari di pasaran) ditambah dengan kisaran air coconut shake.
COCO YEAH HONEY LEMON
Jika korang mencari minuman coconut shake yang yang 'refreshing', korang kena cuba COCO YEAH HONEY LEMON. Saya cuba dengan pengurangan tambahan gula (less sugar). Memang sedap yang amat! Apatah lagi ketika saya menikmati dalam keadaan persekitaran memang panas/hangat dan minuman ini mampu memberi kesegaran sekaligus menjadikan diri saya lebih selesa. Tak percaya? Korang kenalah cuba!
Promosi Menarik Dari COCO YEAH
Untuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, beli 2 minuman pada harga RM15 sahaja! Memang berbaloikan :-)
Korang juga boleh mendapatkan minuman COCO YEAH melalui pembelian kombo. Di mana jika korang membeli 4 air minuman di COCO YEAH akan diberikan 1 lagi tambahan air secara PERCUMA.
Produk lain di COCO YEAH
Selain daripada minuman coconut shake, pada masa akan datang COCO YEAH juga akan memperkenalakn minuman mocktail dengan mempertengahkan air kelapa dan juga campuran pati buahan terplih yang menyegarkan. Korang boleh pilih samada untuk campuran air sparkling ataupun tidak :-)
2.Sparkling Coconut Lime Mocktail
3.Coconut Passion Fruit Mocktail
4.Sparkling Coconut Passion Fruit Mocktail
5.Coconut Strawberry Mocktail
6.Sparkling Coconut Strawberry Mocktail
7.Coconut Blackcurrant Mocktail
8.Sparkling Coconut Blackcurrant Mocktail
Dan jika korang nak mencuba kerepek kentang bersama salted egg yang ranggup serta sedap, boleh juga dapatkan di COCO YEAH. Saya dah cuba Srikandi Potato Chips memang sedap. Bila mula menikmatinya memang sukar untuk berhenti mengunyah. Ranggup dan kaya dengan rasa salted egg!
Jom Dapatkan Minuman Dari COCO YEAH
Jom korang dapatkan minuman dari COCO YEAH! Samada korang datang ke outlet COCO YEAH yang terletak di sini:-
Cafe CocoYeah, No 6, Jalan PJS 11/28a, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
03-5612 6481
Ataupun order dari FOOD PANDA, GRAB FOOD dan juga EASI MY.
Jangan lupa ikuti instagram COCO YEAH dan FB COCO YEAH untuk maklumat dan informasi mengenai promosi terkini yerp!
COCO YEAH minuman sejuk yang menyegarkan.
Kaya dengan manfaat nutrisi penuh kebaikan!
COCO YEAH Menawarkan Pelbagai Air Minuman Coconut Shake Yang Enak dan Menyegarkan!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 27, 2021
Rating:
Banyak betul menu yang disediakan. Cuma cawangan aje lah jauh kan kak. Akak kat Shah Alam dekat je ke Subang / Sunway tu. Untung betul! Dah lama tak minum Coconut Shake. Versi Coco Yeah lg syok. Cedapp.
ReplyDeleteNanti bila ruby datang area sini.. boleh singgah.. mmg sedap ruby.. rekomen!
DeleteFuh tak sangka, coconut shake boleh buat dlm macam2 rasa. Semua nampak sedap2 je tu. Lagi best bila nampak outlet sekangkang kera je dr ofis ni..wajib cuba la!
ReplyDeletedah dekat tu bolehlah singgah ekekeke
DeleteOh wow!!!!!!!!! Would like to try this! Love all the flavors. The avocado one looks the most tempting. Thank you for sharing.
ReplyDeleteu should try.. worth!
DeleteKak repeat jom. Kak kte paling suka honey lemon n passion fruit tu sbb refreshing sgt
ReplyDeleteahjommm heheh
Deletesedap pulak tengok coco yeah honey lemon tu, boleh try nnti, kelapa ni memang elok khasiat nya untuk badan kita, kat depan rumah ni pun ada pokoknya, buah je tak berapa nak ada ;)
ReplyDeletehah.. cuba buat.. sedap aju hehehe
DeleteOk kalau I la kan nak try Coco Yeah Berries tu. Sure sedap rasa lemak masam2 sikit. Terasa dah kat lidah ni you.....dah la i nak makan masam2 je ni....
ReplyDeletePerghhh .. menu semua mengancam! Kita memang penggemar coconut shake. Teruja nak cuba yang ada avocado tu... Dah laa ada promo buy 4 free 1. Tunggu kita datang
ReplyDeleteFav Marsha ni coconut shake. Tapi biasa minum yang biasa tu je. Belum try yang dah diinovasi ni kak. Macam sedap je semua tengok.
ReplyDeleteMemang sedap dapat minum air kelapa ni. Lagi coconut shake. Tambahbpulak dengan macam2 perisa. Nanti kalau singgah nak cubala.. Nampak menyegarkan tu
ReplyDeleteBerbaloi la weekend deals tu nanti kalau kebetulan ke Sunway boleh cari. Lama x minum coconut shake cam kat Klebang tu kak..sedapnya
ReplyDeletePertama kali tau, coconut shake boleh campur dengan benda lain ekk.. mesti rasa dia istimewa ni... teringin nak cuba yang passion fruit tu haaa
ReplyDeleteAwesome! Memang peminat giler2 coconut shake ni.. kini dengan lebih banyak pilihan selain the original one ya! Boleh g cuba try test la nanti since dah boleh ke sana..
ReplyDeleteBestnya time panas-panas perkenak lak coconut shake yang sejuk segar dan pelbagai perisa dari buah semulajadi memang terbaikkk tengok sahaja dah terliur air wakakakaka nak cuba lagi...
ReplyDeleteEh. Ada banyak perisa kegemaran plak nie. So, nampak gaya weekend nie nak kena terjah la kan
ReplyDeleteIza suka coconut shake! Unik and kreatifnya dorang ni untuk buat flavor banyak macam tu. Macam tak difikir dek akal. Tapi menarik la untuk cuba.
ReplyDeleteWow so many types of drinks available, i like the one with gula melaka and avocado.
ReplyDelete