Dari Pertolongan Yang Sangat Kecil Memberi Impak Yang Sangat Besar
Seumur hidup korang pernah tak memberi pertolongan yang sangat kecil. Ni betul-betul kecik, jika kita nak war-warkan pun rasa memang tidak perlupun. Sebab semua orang boleh lakukan perkara yang sama.
Ahah! Baru-baru ni aku berborak dengan salah seorang member baik (kenalan dari zaman sekolah rendah). Dia pun ceritalah pasal satu peristiswa lama yang aku sendiri dah lupa. Masa tu aku, Ija dan Pidot kitaorang baru abis latihan ko-kurikulum (ke latihan sukan) pada hari Sabtu. Rancangnya lepas habis latihan tu, kiatorang nak pergi makan nasi dekat belakang bangunan bomba. Masa tu duit kira macam-macam cukup untuk makan, minum dan tambang balik.
Dah abis makan, masa tunggu dekat perhentian bas. Tiba-tiba ada seorang budak sekolah kitaorang (junior perempuan) datang tapi muka dia sedih gila. Pidot ni macam peramah sikitla (kepoh hahaha) pergilah tegur. Rupanya dia nak balik tapi beg duit hilang. Kitaorang masa tu... duit memang cukup-cukup duit tambang jer. Kitaorang tanyalah adik tu, berapa tambang nak balik? Dia pun sebut berapa ntah. Aku pun lupa.
Last-last kitaorang berempat boleh duduk plan. Masing-masing cuba fikir bagaimana jika dapat naik bas tapi berhenti jarak jauh sikit dari rumah. Kira lebih kurang bajet dari hargs tiket asal lebih murahlah. Adik tu pun sama... dia kena fikir dengan bajet kitaorang kasi... bas apa da boleh naik dan paling dekat boleh balik berjalan kaki ke rumah dia.
Ya! Masa tu aku tawakal jer janji masing-masing balik rumah. Dahla aku rasa aku amik perhentian jauh juga dari rumah. Sebab seingat aku sampai rumah, mak aku memang marah gila kat aku sebab balik lambat. Dan masa tu takdelah pulak aku explain beli tiket bas berhenti jauh dari rumah.
Korang tahu di sebalik kisah adik junior tu. Ni kawan aku Pidot yang ceritakan balik setelah bertahun lamanya benda ni berlaku. Rupanya adik tu dia memang rasa tak sedap hati pada hari tu. Dengan wallet dia hilang dan dia macam teringat betul dekat mak dia (secara tiba-tiba katanya). Sampai kat rumah setelah berjalan (jauh jugakla), dia nampak mak dia macam pengsan kat dapur. Jadi dia sempatlah minta tolong jiran. Katanya mak dia macam kena serangan jantung.
Kejadian ni dah lama ya berlaku. Baru-baru ni, Pidot bawa mak dia pergi hospital ada appointment doktor. Tengah tunggu giliran tiba-tiba ada seorang doktor tegur.
Kak.. Kak.. kenal saya tak?
Pidot terkejutlah sebab dia rasa tak ada kawan keje kat hospital tu. Rupanya adik junior tu. Walaupun lepas kejadian pernah terserempak adik ni kat sekolah dan kitaorang takdelah pulak tegur minta ganti duit balik, hahahaha. Rupanya dengan duit yang kitaorang tong tong hari tu... dia berjaya juga sampai kat rumah dengan selamat walaupun takdelah cepat sangat. Dan paling penting dia dapat minta tolong dari jiran bila nampak mak dia dah pengsan. Mak dia sekarang dah arwah pun. Tapi dia still ingat macam mana kitaorang berempat kira-kira duit dekat perhentian bas. Dia kata dia segan jumpa kitaorang... katanya lah masa tu takde duit nak ganti...
Pidot masa tu gelak jer. Sekali adik tu cakap Pidot ..
kak.. bawalah mak akak ke bilik rawatan saya..Saya inform nurse bertugas.. Meh saya tengok mak akak. Lepas ni kalau ada apa-apa telefonlah saya.
Diapun kasi no phone kat Pidot. Sebelum balik, siap salam bertaut ya dengan Mak Pidot. Terkejut mak dia, hahah..
Rezeki saya mak cik dapat kenal orang yang baik seperti Kak Pidot.
Beria ya Pidot cerita balik kat aku (gaya kepoh tu tetap ada ya, hahahaha).
Iyer! Ko saja yang dapat kredit Pidot! Hahahahaha.
Btw. Apa yang nak sampaikan disini, sebagai manusia buatlah kebaikan biarpun sekecil-kecilnya. Kita tak tahu mungkin yang kecil itu merupakan pemberian yang sangat besar maknanya bagi hidup seseorang :-)
Dan korang ada cerita tak tentang kebaikan samada yang korang terima atau yang korang lakukan tapi impaknya snagat besar. Jom kongsikan :-)
Dari Pertolongan Yang Sangat Kecil Memberi Impak Yang Sangat Besar
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 29, 2021
Rating:
Alhamdulillah dengan bantuan tu adik tu dapat balik rumah dengan selamat dan dia masih ingat lagi semua yang membantu. Amazing nye dia dah jadi dokter. Alhamdulillah
ReplyDeletesetuju sangat. benda yg bagi kita kecik dan random nak buat tu kadang-kadang bagi orang lain besar maknanya. Alhamdulillah berkat bantuan yg diberi tu junior dapat selamatkan mak dia kan
ReplyDeleteSelalunya begitu kan. Kita anggap kecil, besarnya pada orang lain kita tak tahu dan orang kata 'ripple effect' tu maybe sampai beberapa keturunan kan. Begitu jua kejahatan. Terus takod!
ReplyDeletePrinsip hidup kita kena jelas. Buat baik sampai bila-bila. Walaupun banyak cabarannya. Ia memberi kesan mendalam kepada mereka yang memerlukan. Hehe.
ReplyDeleteBetul kak...mungkin bagi kita pertolongan tu kecil tapi pada orang lain ia sangat memberi impak.
ReplyDeleteSometimes kita tak perasan sangat dengan hal-hal kecil yang kita berikan kepada orang lain TETAPI, si penerima meski kecil dia akan tetap ingat kerana ia telah bagi impak yg besar dalam hidupnya.
ReplyDeleteHarapnya adalah sebab inilah tujuan hidup kita didunia ini , iaitu saling memberi manfaat kepada orang lain . And bila ada yang mention disebabkan kita berlakunya sesuatu kebaikkan dalam hidup seseorang ofkos hati tu rasa nak buat lebih baik lagi kan. Apapun alhamdulillah sebab kita jadi asbab berlakunya perkara yang baik2.
ReplyDeleteI agree, kalau mampu dan boleh kita tolong jer mana tau pertolongan kita yang kecil ni banyak impak pada orang lain
ReplyDelete