Fakta Menarik Tentang Pelakon dan Filem Squid Game Yang Korang Perlu Tahu

Korang mesti dah tonton drama bersiri Korea Squid Game. Kisahnya tak adalah panjang sangat, hanya 9 episod sahaja. Ianya mengenai pertarungan untuk mendapatkan sejumlah wang kemenangan yang agak besar dan ditawarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan (mangsa keadaan). Lebih menarik peserta diuji dengan permainan kanak-kanak di Korea tetapi bagi yang kalah akan berakhir dengan kematian. Jadinya dari permainan yang boleh kita seronok-seronok menjadi permainan yang agak kejam. 

Berikut adalah beberapa fakta menarik yang mungkin korang ingin tahu tentang pelakon dan juga filem Squid Game. Jemput baca :-)


Watak Ali Abdul yang mencuri perhatian


Antara watak yang sangat memberi kesan kepada penonton adalah Ali Abdul yang dilakonkan oleh Tripathi Anupam. Untuk pengetahuan korang Tripathi Anupam merupakan pelajar dari Korea National Universiti dalam bidang seni. Dan Squid Game bukanlah penampilan pertama beliau didalam filem Korea. Sebelum ini Tripathi Anupam pernah membintangi filem  "Miss & Mrs. Cops", "Space Sweepers", "The 8th Night" Game" dan  juga "Arthdal Chronicles". Tetapi untuk drama rantaian Korea ini adalah penampilan pertama beliau.

Watak Ali iaitu seorang lelaki yang baik tetapi mempunyai masalah keluarga dan  pada masa yang sama beliau merupakan pekerja asing (foreigner) di Korea. Di dalam Squid Game Ali antara orang yang disenangi dan kuat  (pesaing yang hebat). Tetapi biasalah, orang yang baik selalu akan teraniaya.


#067 Kang Sae-byeok lakonan Jung Ho-yeon.

Antara peserta wanita yang hebat dan bertahan lama adalah  Kang Sae-byeok  lakonan Jung Ho-yeon. Memegang watak seorang anak yang ingin menyelamatkan keluarganya. Berasal dari North Korea tapi terperangkap dengan keadaan kemiskinan, kehilangan keluarga di South Korea.


Di dunia realiti  Jung Ho-yeon. adalah seorang model. Beliau juga dikatakan berkawan rapat (bff) dengan Jennie Blackpink. Menjadi model sejak berusia 16 tahun dan telah menyertai pelbagai pertunjukan berprestij seperti  Seoul Fashion Week dan New York Fashion Week. Ketika beliau berusia 20 tahun, beliau telah menyertai Korea's Next Top Model cycle ke-4. Dan mendapat tempat kedua.

Masa tawaran untuk watak Kang Sae-byeok, sebenarnya Jung Ho-yeon sedang dalam persiapan untuk menyertai New York Fashion Week. Bila pengarah Squid Game iaitu Hwang Dong-hyuk, nak jumpa dengan Jung Ho in person, terus dia balik Korea.

Tajuk asal Round Six
Pada awal perancangan, filem Squid Game sebenarnya adalah bertajuk Round Six. Satu sumber mengatakan pihak Netflix sebenarnya telah membuat pengumuman pada September 2019, mereka akan lancarkan satu drama bersiri baru Korea yang bertajuk Round Six yang akan diarahkan oleh Hwang Dong-hyuk. 

Jalan cerita inspirasi dari komik

Menurut penulis dan pengarah Squid Game,  Hwang Dong-hyuk, filem ini adalah inspirasi dari komik manhwa (komik Korea) yang beliau baca,


Penangguhan pengambaraan disebabkan oleh Covid19
Barisan pelakon Squid Game disenaraikan dan mendapat persetujuan pada 17 Jun 2020. Kemudian pengambaraan terpaksa dihentikan pada Ogos 2020 disebabkan penularan Covid19 di Korea yang teruk. Dan sambung semula pada September 2020, apabila keadaan Korea semakin reda.

Seramai 456 pelakon yang terlibat
Jangan tidak percaya! Seramai 456 pelakon yang terlibat didalam pengambaraan filem ini.Pengarahnya Hwang Dong-hyuk bukan sahaja menggunakan set yang sebenar untuk shooting bahkan pelakon yang terlibat didalam permainan in juga ramai iaitu 456 orang.

Setiap peserta mempunyai 1001 kisah mereka sendiri


Mereka yang menyertai Squad Game semuanya ingin merebut wang kemenangan iaitu KRW 45.6 billion ($39 million) . Jadi setiap peserta yang menyertai masing-masing ada ceritanya sendiri mengapa mereka benar-benar perlukan wang tersebut. Antara watak utama peserta dalam Squid Game ini seperti:-

Seong Gi-hun (Lee Jung-Jae): kuat berjudi dan mempunyai masalah hutang keliling pinggang. Bercita-cita untuk menyelesaikan hutang dan tinggal bersama anak perempuan serta ibunya dalam keadaan selesa. 

Cho Sang-woo (Park Hae-soo) rakan sepermainan semasa kecil Gi Hum. Pelajar bijak dapat masuk Seoul National University tetapi dikehendaki polis kerana mencuri duit dari klien.

Hwang Jun-ho (Wi Ha-joon): Polis yang menyelinap masuk dan menyamar menjadi salah seorang pekerja di Squid Game. Beliau sebenarnya mempunyai misi untuk mencari abangnya yang hilang.

Abdul Ali (Tripathi Anupam) - pekerja asing dari Pakistan yang mahu mengubah nasib keluarganya yang miskin dan keadaan semakin rumit apabila majikannya tidak membayar gajinya beberapa bulan.

Oh Il-nam (Oh Young-soo): Peserta lelaki paling tua yang mempunyai kanser otak dan menyertai permainan di Squid Game untuk menghabiskan hari-hari terahirnya.

Jang Deok-su (Heo Sung-Tae) : gengster yang perlukan duit untuk menyelesaikan masalah hutangnya.

Kang Sae-byeok (Jung Ho-yeon) : merupakan rakyat Korea Utara dan perlu membayar broker untuk mencari dan mendapatkan kembali ahli keluarganya yang masih hidup di South Korea.


Set pengambaraan Squid Game adalah set sebenar


Biasanya kalau filem yang melibatkan banyak kesan bunyi, kepakaran teknikal biasanya lebih kepada teknik cgi atau perkomputeran. Tetapi untuk Squid Game ini benar-benar menggunakan set pengambaraan yang sebenar.Lebih menarik rekaannya sangat estetik dan cantik. Dengan menggunakan warna terang yang menjadikan ianya seperti taman bermain untuk kanak-kanak. Saiz dan rekaan set adalah sama seperti didalam apa yang kita nampak dalam filem.


Antara permainan didalam Squid Game
Permainan didalam Squid Game dikatakan permainan tradisi kanak-kanak Korea. Ada 6 semuanya sebab itu dikatakan tajuk awal filem ini pada asalnya adalah Round Six

Red Light, Green Light. 

Sebuah patung perempuan akan berdiri jauh dan membelakangi pemain. Sebaik sahaja dia menjerit "lampu hijau," pemain perlu berlari menuju garis penamat dan berhenti ketika dia berkata "lampu merah." Sesiapa yang ditangkap bergerak akan ditembak mati.


Sugar Honeycombs Stick to the Team. 

Setiap pemain diberi kaleng bulat yang berisi sepotong gula sarang lebah  berbentuk bulat yang dicetak dengan salah satu dari empat bentuk iaitu samada - segitiga, bulatan, bintang, dan payung  (paling sukar). Peserta mesti memotong bentuknya dengan jarum tanpa retak atau tanpa pecahkan gula sarang lebah.


Tug-of-war

Setiap pasukan harus menarik tali secara bersama untuk menyeret pasukan lawan. Bendera perlu melintasi garis tengah untuk diisytiharkan sebagai pemenang. Namun, dalam episod 5 "Squid Game" pertandingan ini diadakan di platform dengan ketinggian seratus kaki di udara, menyebabkan mereka yang kalah jatuh ke tanah.


Marbles

Permainan yang paling sedih di dalam Squid Game," (episod 6). Di mana permainan ini akan menguji  persahabatan, pengkhianatan, dan pengorbanan yang dilakukan oleh pemain. Untuk pusingan ini, pemain perlu bekerjasama dengan pasangannya dan bermain guli. Pasukan diberi beg dengan sepuluh biji guli di dalamnya. Mereka mempunyai masa 30 minit untuk mengambil semua guli rakan sepasukan mereka untuk diisytiharkan sebagai pemenang.



Glass Stepping Stone

Untuk permainan kelima ini setiap peserta perlu melalui dua jambatan yang terletak bersebelahan dan mereka perlu memilih yang mana satu adalah kaca sebenar ataupun palsu. Jika mereka memijak yang kaca palsu, kacaakan berderai pecah dan secara automatik mereka akan jatuh ke bawah dan mati. Namun begitu telah diberikan tempoh masa untuk semua peserta melaluinya.


Squid Game

Pusingan keenam dan terakhir adalah Squid Game, permainan jalanan (street game) yang menjadi kegemaran kanak-kanak di Korea Selatan. Permainan ini dikatakan paling kompetitif di antara pertandingan. Salah seorang perlu menjadi penyerang dan juga pesaingnya perlu menjadi pertahanan. Penyerang mesti melepasi pertahanan dan perlu berada didalam kepala sotong menggunakan kakinya menandakan kemenangannya. Sementara itu, pemain pertahanan mesti menyekat lawan dengan menolaknyake luar sempadan. Dalam permainan ini, jika salah satu pemain tidak dapat meneruskan, kedudukan terakhir akan menjadi penentuan pemenang.


Penampilan istimewa

Menariknya didalam filem ini ada dua penampilan istimewa dari pelakon popular di Korea iaitu Gong Yoo sebagai jurujual dn Lee Byung-hun sebagai orang kuat didalam Squid Game (abang kepada adik dia yang polis tu hah!)
.

Ok itu sahaja, untuk info sumber fakta adalah daripada pelbagai laman web di google.

:-)


.
Fakta Menarik Tentang Pelakon dan Filem Squid Game Yang Korang Perlu Tahu Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 21, 2021 Rating: 5

11 comments:

  1. nampak citer ni macam menarik..dah tengok trailer die..nanti la nak tengok full bila free

    ReplyDelete
  2. Fakta yang menarik ni tapi seriously I kenal Gong Yoo je. Haha....tempat game tu nampak ala ala tempat mainan kanak2 yang berwarna warni. Game ni pun menakutkan pulak sebab tersalah pijak kaca boleh jatuh dan mati. Ok...ni bukan genre yang I suka ni. I takut nak tengok movie gini.

    ReplyDelete
  3. Ok lepas ni dah tau nak tengok citer apa. Korea kalau buat movie memang real kan. 456 org pelakon terlibat tu. Set pengambaran pun real. Wajib tgk ni.

    ReplyDelete
  4. viral betul citer ni. belum ada masa nak join lagi sibuk dengan kerja. menarik juga storyline citer ni. boleh la tengok nanti

    ReplyDelete
  5. Semalam baru layan episod 1 kak sebab dok mikir nak tgk tak sebab ada kata tak best. Tapi bila tengok eh mcm okay...so arini sambung lagi...hihi

    ReplyDelete
  6. Gigihkan Korea buat pengambaran macam ni, harap Malaysia buatlah versi macam ni gakk.. tapi jujur cakap, Sis tengok spisod satu dengan anak, bosan gilerr, terus tak layan, anak-anak je nengok sampai habis episod..

    ReplyDelete
  7. Oh wow thanks for sharing this, baru jer i tau tajuk asal sqiud game ni.

    ReplyDelete
  8. Kesian kat Ali..haha..tetibe tapi memang menariklah gigih dorang buat set ni kan..kalo kekalkan leh buat tempat lawatan..

    ReplyDelete
  9. Akak lupa penampilan hebat Lee Byung-hun. Front man tu. Selain Gong Yoo, Lee Byung-hun juga watak yang special. Pelakon Korea Selatan yang menempa nama di peringkat antarabangsa. Diantaranya filem G.I Joe. Dia sebagai Storm Shadow. Syok filem Squid Games ni. Despite dari sex scene dan bogel, yang lain semua ok.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.