Jom Bercuti Di Hotel Biarpun Jaraknya Dekat-dekat Sahaja!
Jom Bercuti Di Hotel Biarpun Jaraknya Dekat-dekat Sahaja!- Pastinya ramai yang teruja apabila Kerajaan mengumumkan tentang pembukaan kembali sektor pelancongan. Bayangkan hampir 2 tahun lebih keadaan kita yang berkurung dan hanya keluar untuk perkara penting sahaja (memang stress!). Kita sebenarnya tidak perlu bercuti sampai ke luar negara, di dalam Malaysia sendiri ada terdapat banyak tempat menarik yang boleh kita pergi bercuti bersama keluarga.
Contohnya seperti menginap di hotel di dalam negara yang dilengkapi dnegan pelbagai fasiliti. Fuhhh! Bukan kita sahaja yang akan teruja bahkan anak-anak juga merasai perkara yang sama. Apatah lagi jika di hotel tersebut disediakan kolam mandi, syurga dunia buat anak-anak sebenarnya. Antara hotel didalam senarai yang memang saya akan bawa keluarga untuk bercuti adalah Grand Lexis Port Dickson. Hotel yang memang cukup terkenal dengan kemudahan fasiliti yang superb dan paling best lokasinya yang betul-betul berada di hadapan pemandangan laut yang cantik.
Tetapi sebelum bercuti ke Port Dickson, saya akan membawa keluarga untuk KL Staycation terlebih dahulu. Maklumlah keadaan orang Kuala Lumpur yang masih belum boleh merentas negeri lagikan. Hehehe. Tapi sebenarnya KL Staycation juga not bad. Banyak hotel-hotel yang menarik di Kuala Lumpur yang boleh dikunjungi seterusnya menginap untuk kita bertukar angin dari kehidupan biasa di rumah.
Banyak Hotel Menarik Untuk KL Staycation
Antara KL Staycation yang boleh korang pilih adalah seperti di The Gardens - A St Giles Signature Hotel & Residences, Sunway Putra Hotel dan Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Ketiga-tiga berprestij ini berdekatan dengan pusat membeli belah seperti Berjaya Times Mall, The Gardens dan Mid Valley yang sememangnya cukup terkenal dengan adanya kepelbagaian outlet yang menawarkan produk berjenama dan juga variasi restoran dengan tawaran menu yang menarik.
The Gardens - A St Giles Signature Hotel & Residences
Begitu juga dengan Hotel Dorsett dan The Westin yang terletak di jalan Bukit Bintang, sememangnya di waktu malam kawasan di sini memang cukup meriah. Begitu juga dengan Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur. Hotel legend yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung untuk menginap terutama mereka yang mempunyai urusan di PWTC.
Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur
Hotel lain seperti Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur dan Pullman Kuala Lumpur City Centre yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung dari negara luar sekiranya datang bercuti di Malaysia.
Antara tarikan utama menginap di hotel-hotel di sini bukan sahaja disebabkan lokasinya yang strategik di bandar Kuala Lumpur bahkan kemudahan fasiliti seperti kolam mandi, gymnasium dan juga pilihan hidangan makanan di buffet yang disediakan cukup meriah dan istimewa.
Bayangkan kalau anak-anak kita dapat bermain dengan gembiranya di kolam yang cantik dan bersih, mesti diaorang seronok. Pada masa yang sama juga anak-anak yang sedang bermain air diperhatikan oleh staf hotel yang bertugas. Kita juga boleh berehat dan bersantai di tepi kolam. Sekali-sekala memang perlu terapi seperti ini ketika bercuti. Betulkan?
Pelbagai pilihan jenis bilik yang ditawarkan. Kita boleh mengikut kesesuaian dan keselesaan . Seperti saya mempunyai anak kecil perlulah mencari bilik yang mempunyai mesra untuk keluarga menginap. Apatah lagi kalau ada bath tub dalam bilik, perghhh lagi heaven untuk kita mandi buih secara privasi didalam bilik air, hehehe.
Keseronakan Bercuti Grand Lexis Port Dickson
Jika luar dari kawasan Kuala Lumpur tempat bercuti paling dekat dan berst untuk diterjah tentulah Grand Lexis Port Dickson. Berada di hotel ini, kita tidak rasa untuk keluar ke mana-mana. Ini kerana di hotel ini bukan sahaja dekorasinya sangat cantik bahkan kemudahan fasiliti yang disediakan sudah lebih mencukupi.
Bayangkan jika kita hendak mandi bersama keluarga secara privasi, kita boleh mandi di bilik penginapan sahaja. Ini kerana setiap bllik di sini disediakan private pool yang menjadikan percutian kita lebih esklusif. Antara pilihan bilik di hotel Grand Lexis Port Dickson adalah seperti Garden Pool Villa, Deluxe Suite, Sky Pool Villa, Premium Pool Villa dan Grand Pool Villa.
Saya dan keluarga memang tidak akan memilih hotel lain jika ke Port Dickson. Memang Hotel Grand Lexis Port Dickson sentiasa menjadi pilihan kami sekeluarga. Bayangkan, kita boleh melihat matahari terbenam di waktu petang hanya dari hotel sahaja. Pemandangan yang begitu cantik ditambah lagi lagi kedudukan hotel ini berada betul-betul di tepi pantai.
Jika mahu bersiar-siar dengan basikal di sekitar hotel, kita boleh sewa dari pihak pengurusan hotel. Kita boleh bersiar-siar melihat pemandagan di sekitar hotel sambil merehatkan fikiran dengan berbasikal bersama orang tersayang. Sebenarnya bukan itu sahaja, untuk aktiviti luar terdapat pelbagai laagi kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel. Korang boleh buat aktiviti memanah, main snake ladder board game bersaiz gergasi, aktiviti sukaneka dan pelbagai lagi.
Bukan itu sahaja, didalam hotel juga disediakan bilik permainan yang boleh kita guna fasilitinya. Ada permaianan atas talian (PS5), dart, snooker dan sebagainya. Kita boleh bermain dengan selesa bersama-anak-anak tercinta. Untuk yang nak mengurut, boleh cuba perkhidmatan urutan yang disediakan. Bolehlah sambil bercuti kita bagi juga badan kita betul-betul rehat.
Anak-anak saya juga suka bermandi-manda di kolam hotel yang agak luas dan disediakan juga gelongsor air. Kolam di sini juga sangat bersih dan sentiasa ada staff yang bertugas dan bersiap sedia jika berlaku kecemasan.
Pilihan buffet juga bervariasi dan semuanya sedap. Dan tarikan makananya tentulah restoran sushi di sini, memang sangat best!. Saya memang rekomen untuk korang datang bercurti di sinidan setiap kali kami bercuti ke sini memang puas hati. Dan percayalah Hotel Grand Lexis Port Dickson antara lokasi yang kami repeat banyak kali pergi.
Samada KL Staycation ataupun bercuti di Grand Lexis Port Dickson,
Memberi jaminan, kepuasan dan keseronakan hundrend percent (100%)
Jom Bercuti Di Hotel Biarpun Jaraknya Dekat-dekat Sahaja!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 22, 2021
Rating:
Plannya memang nak cari hotel yang cantik-cantik untuk staycation. Tak payah pergi jauh-jauh pun tak apa. Tapi tunggu du lah. Tunggu tempat tumpuan pelancong buka. Hotel-hotel ni maybe tak jadi pilihan dah. So tak ramai orang.
ReplyDeletehehhe itula tengok orang pergi langkawi, teringin! tapi sis takut lagi sebab hero kecik tu nak UPKK. tapi weekend ni nak tidor hotel di KL sahaja heheh
ReplyDeleteHehehe...... I had a one staycation at Seri Pacific hotel after my first dose. The service was quite good. Thank you for sharing.
ReplyDeleteRindunya nak travel, tengah berkira-kira gak ni, kemana nak pergi ni.. tengok list sini, ermm ada yang dah masuk list hehehehe..
ReplyDeleteBetul tu kak. Bercuti dekat hotel dekat-dekat pun ok. Marsha suka sebab tak penat nak travel jauh...hihi
ReplyDeleteAlamak rindunya la nak tido hotel fefeeling ala2 gi bercuti walau pun dekat kan
ReplyDeleteAjom kita reramai serang hotel nak? Ajak #GengPeponds sekali - KL pun KL lah
ReplyDeletebest yer kalau dapat pergi holiday, dekat2 jer pun okay, asal dapat fokus family time dengan anak2 kan. wishlist nak holiday kat grand lexis tu
ReplyDeletebestkan .. dah dapat pergi staycation sekarang.. tak sabar racheal nak gi ngan hubby!
ReplyDeleteWah best! I am also planning for my staycation will check out these hotels.
ReplyDelete