Luahan : Mengajar Secara Atas Talian Memang Mencabar!

Saya tak tahu samada ini masalah hanya saya seorang hadapi atau ramai lagi mengalami masalah yang sama. Mengajar time pandemik secara atas talian memang seronok. TAPI... yang tak seronoknya bila ada pelajar dari negara luar yang datangnya dari luar bandar dan pada masa yang sama mengalami kesulitan dengan network.


Pada mulanya saya hanya mengikut prosedur universiti, jika tidak hadir macam biasa kita hantar surat peringatan dan seterusnya. Tapi bila pelajar itu sendiri yang mencari kita, berusaha menerangkan keadaannya yang tinggal di luar bandar Palestin. Kita terus rasa kasihan. Melihat kepayahannya. Dengan suara terketar-ketar menerangkan dalam whapsapps voice. Kita paham, situasinya tidak sama dengan kita.

Biarpun semester ini saya mempunyai ramai pelajar yang tinggal di luar negara tapi kebanyakannya dari bandar yang sedia sudah maju seperti Qatar, Azerbaijan, Thailand, Australia, Maldives, UK kebanyakannya tiada masalah sangat. Kecuali pelajar dari Maldives yang ada beberapa kali hubungi saya masalah network kat kawasan rumah dia terutama waktu kelas saya sangat teruk. Jadi saya pernah buat kelas pukul 11 malam ya - one to one class.

Tapi bila hari ini, saya ada hantar laporan pasal seorang pelajar pada Academy disebabkan ketidakhadiran kelas yang kurang memuaskan dan sepantas kilat pelajar itu menghubungi saya.. dan setelah mendengar sendiri masalah yang dihadapi terus saya rasa tersentuh. Saya tertanya bagaimana dia melalui kehidupan belajar secara atas talian dari negaranya.



Melihat anak saya di rumah yang non-stop kelas pun saya dah pening kepala. Apatah lagi dengan tugasan dari penyarah dan guru masing-masing. Saya pernah juga terfikir, adakah apa yang saya ajar melalui atas talian ini, pelajar benar-benar faham. Untuk 5 topik awal tiada masalah. Cuma bila saya sudah masuk silibus programming, adakah mudah mengajar atas talian?

Dulu saya mengajar pelajar engineering, kebanyakannya pelajar lelaki yang memang jenis minat dan cepat pick up subjek komputer. Tapi kali ini pelajar ekonomi dan bahasa. Agar mencabar juga sebenarnya. Saya sebenarnya risau ilmu yang disampaikan mereka tidak faham. Tap saya akan cuba yang terbaik. Masalah pandemik adalah masalah global. Suka atau tidak kita kena hadapinya. Dan termasuklah bidang pnedidikan yang lebih mencabar dan perlu  beri lebih komitmen.
Luahan : Mengajar Secara Atas Talian Memang Mencabar! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 06, 2021 Rating: 5

2 comments:

  1. memang sgt2 mencabar lah mengajar online...sbb kita tak pasti students paham ker tak...
    biasanya result test, exam dan presentation will reflect the understanding level

    ReplyDelete
  2. ammi pun risau sebenarnya..
    ada guru sekolah anak2 ammi yg sangat komited. berusaha buat GM, Zoom walaupun non-core subjects.

    tp ada juga guru yg mengajar core subject (sains) yg boleh dikira berapa kali dia buat GM..dia hanya suruh murid baca buku teks..jawab quiz, jawab soalan dalam buku latihan. Sangat kecewa.

    Mungkin cikgu tu adalah masalah network tapi hmmmmmm..kita hidup di KL.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.