Mentholatum Acnes, rangkaian penjagaan masalah kulit No.1 Jepun adalah jenama yang dibangunkan oleh Rohto-Pharmaceutical, sebuah syarikat farmaseutikal global dengan sejarah dan warisan yang kaya dalam pembangunan produk penjagaan kulit serta berpengalaman lebih 120 tahun dalam bidang teknologi farmasi. Ia menyasarkan untuk membantu pengguna mencapai kulit yang cerah, nyata dan kelihatan sihat. Ini kerana rangkaian produknya yang mengandungi bahan-bahan semula jadi membantu manangani masalah jerawat dan kulit berminyak dengan berkesan, pada masa yang sama memberikan penjagaan yang lembut pada kulit.
Menurut kaji selidik oleh Mentholatum, 72% responden mengalami perkembangan kulit yang positif selepas 30 hari menggunakan Mentholatum Acnes, manakala tiga daripada empat mengatakan keadaan kulit mereka bertambah baik hanya selepas tujuh hari sehingga memberikan mereka keyakinan diri yang lebih tinggi.
Menurut kaji selidik oleh Mentholatum, 72% responden mengalami perkembangan kulit yang positif selepas 30 hari menggunakan Mentholatum Acnes, manakala tiga daripada empat mengatakan keadaan kulit mereka bertambah baik hanya selepas tujuh hari sehingga memberikan mereka keyakinan diri yang lebih tinggi.
Rangkaian Mentholatum Acnes baharu terdiri daripada rangkaian lengkap rutin penjagaan kulit jerawat, iaitu Mentholatum Acnes Creamy Wash, Acnes Powder Lotion, Acnes Oil-Control
Moisturiser, serta Acnes Anti-Acne Spot Gel untuk rawatan jerawat pada wajah. Rangkaian produk Acnes mengandungi lebih daripada 95% ekstrak Centella Asiatica tulen dari Madagascar, yang disokong oleh penyelidikan di mana ia didapati berkesan untuk menenangkan kulit dan membantu pemulihan keradangan.
Maklumat produk adalah seperti berikut:
i. Mentholatum Acnes Creamy Wash (RM19.90, 100g)
terdapat dalam formulasi ini untuk melegakan kulit, mencerah kulit kusam, memudarkan bekas jerawat, dan menguatkan lapisan kulit.
ii. Mentholatum Acnes Powder Lotion (RM19.90, 150ml)
iii. Mentholatum Acnes Oil Control Moisturiser (RM29.90, 45g)
iv. Mentholatum Acnes Anti-Acne Spot Gel (RM21.90, 18g)
Untuk memulakan rutin penjagaan jerawat anda, bersihkan kulit dan letakkan kadar sesuai Mentholatum Acnes Creamy Wash pada telapak tangan yang basah, dan bersihkan muka dengan lembut. Kemudian, bilas dengan air. Selepas itu, pupur Mentholatum Acnes Powder Lotion ke kulit dengan pelapik kapas atau menggunakan telapak tangan anda. Jangan lupa untuk menggoncangkan botol sebelum setiap penggunaan untuk mencampurkan serbuk mineral dan larutannya. Kemudian, sapukan Mentholatum Acnes Oil-Control Moisturizer secara rata pada kulit dan urut perlahan-lahan sehingga diserap sepenuhnya ke dalam kulit. Gunakan ketiga-tiga produk ini untuk rutin harian dan pada waktu malam bagi penjagaan kulit jerawat.
Untuk rawatan jerawat, sapukan Mentholatum Acnes Anti-Acne Spot Gel secara topikal dua hingga tiga kali sehari pada kawasan yang terjejas. Anti-Acne Spot Gel boleh digunakan sebelum memakai alat solekan. Sebelum menggunakannya, pastikan tangan dan kulit anda dibersihkan dengan teliti untuk mengelakkan kebarangkalian pencemaran.
Mentholatum Acnes Creamy Wash, Powder Lotion, Oil-Control Moisturizer, dan Anti-Acne Spot Gel boleh didapati di farmasi Watsons serta Laman Online. Dapatkan Mentholatum Acnes sekarang untuk memulakan perjalanan penjagaan kulit jerawat anda.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...