Review Drama Korea Di Netflix : Go Back Couple


Selepas drama bersiri Start-Up, aku memang dah tak layan mana-mana k-drama dah. Stop kejap. Sebab penat marathon. Ada juga tengok 2-3 drama, tapi bertahan sampai 2 episod lepas tu aku stop. Serius! Malas nak marathon apatah lagi 2 episod pertama dah cam sendu, klimaks nak kena tunggu episod seterusnya memang tak koser la. Tapi minggu lepas aku tertengok drama ni di Netflix. Dan ini bukan drama baru. Kalau tak silap ianya ditayangkan pada tahun 2018.

Dan rupanya barisan pelakon dalam drama ni memang antara yang popular di Korea sebab bakat lakonan diaorang memang best! Ini terutama dua watak utamanya iaitu Jang Nara (Ma Jin-Joo) dan Son Ho-Jun (Choi Ban-Do) memang kebanyakannya drama lakoanan mereka berdua memang meletop. Walaupun diaorang ni famous, masalahnya aku hanya tahu Lee Min Ho jer hahahahahaha.


Korang pernah terfikir tak. Sekiranya jika ada sesuatu yang telah menimpa dengan korang sekarang. Contoh mengalami perkahwinan yang tidak membahagiakan. Mesti korang akan rasa, kalaulah boleh "aku balik pada waktu dulu, aku akan pastikan perkahwinan ini tidak akan jadi sama sekali". Hah! Inilah lebih kurang kisah tentang drama korea Go Back Couple.

Go Back Couple mengisahkan sepasang suami isteri  Ma Jin-Joo (Jang Nara) dan  Choi Ban-Do (Son Ho-Jun) mengalami masalah rumahtangga. Ini mungkin disebabkan masalah komunikasi dan juga sering berlaku salah faham. So, mereka mengambil keputusan untuk berpisah. Kiranya mereka berpisah dalam keadaan sangat marah dan menyesal dengan perkahwinannya yang berlaku.

Siapa sangka, malam pertama hari perpisahan mereka sesuatu perkara pelik telah berlaku. Mereka telah kembali pada zaman pertama kali bertemu di universiiti iaitu tahun 1999.


Kiranya drama ini berkisarkan perkara yang berlaku pada tahun 1999. Diselitkan juga situasi yang berlaku pada waktu sekarang iaitu 2017.Apabila Ma Jin-Joo dan Choi Ban-Do kembali pada tahun 1999 mereka sebenarnya telah terperangkap dalam badan remaja tetapi perangai seperti orang sudah dewasa. Banyak scene yang kelakar masa ini terutamanya apabila bersama kawan baik mereka di universiti yang perangai gila-gila. Kat sini kita akan kenali dengan Jae-Woo (Heo Jung-Min) dan Bo-Reum (Han Bo-Reum)  couple yang comel giler. Begitu juga  Chun Seol seorang gadis yang penyayang dan Go Dok-Jae (Lee Yi-Kyung) remaja lelaki yang  berperangai aneh serta kelakar.

Dan sebenarnya Ma Jin-Joo dan Choi Ban-Do dah berjanji tidak mahu dikaitkan lagi. Tapi banyak perkara yang terjadi antara mereka berdua dan ianya seperti perhubungan love-hate macam tu.


Tengok drama ni juga akan buat korang banyak nangis. Sumpah sedih! Antaranya apabila kita melihat bagaimana Jin-Joo sebaik-habis ingin melakukan aktiviti bersama ibunya (korang kena tengok kenapa Jin-Joo nak tebus balik masa bersama ibunya). Dan pada masa yang sama sedih juga apabila Jin-Joo dan Ban-Do teringatkan anaknya Seo Jin. Bila scene ni memang aku nangis teruk jugakla, hahahahaha


Tiga orang kawan baik. Biarpun tidak sama gaya dan pemikiran tapi hubungan diaorang memang best! Lagi best bila bergabung dengan kengkawan Ban-Do yang super kelakar.


Masa kat universiti ada satu mamat hot namanya Jang Nam-Gil ( Jang Ki-Yong) suka gila dekat Jin-Joo. Walaupun perangai Jin-Joo ni aneh-aneh dan macam mak cik tua tetapi dia rasakan Jin-Joo ni unik.


Pada masa yang sama Ban-Do juga cuba kejar cinta pertamanya yang tidak kesampaian iaitu Min Seo-Young (Go Bo-Kyul - kalau korang pernah tgk hi bye, Mama dia juga berlakon sebagai second lead). 

Masa di zaman 1999 banyak perkara terjadi yang menyebabkan Jin-Joo dan Ban-Doo mula faham dan kenali lebih rapat antara satu sama lain. Dan mereka mula sedar tentang kesilapan yang telah mereka lakukan.

Cuma masalahnya, adakah mereka perlu teruskan hidup bersama atau memilih jalan hidup yang baru untuk kehidupan yang lebih baik... Dan Ban-Do pun rasakan sudah sampai masa untuk dia lepaskan Jin-Joo untuk capai apa yang dia mahukan.

Moral of the story, hargailah pasangan anda. Huks.

Btw drama ni 12 episod jer :-)

Review Drama Korea Di Netflix : Go Back Couple Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 14, 2021 Rating: 5

4 comments:

  1. Haha..kesimpulan tu saya suka. Lama juga xlyan kdrama ni, nanti bosan leh la layan yang ni plak.

    ReplyDelete
  2. rumah x ada netflix.. hehehe tapi nat watch juga drama or movie korea ... hahahahha ini best gak!

    ReplyDelete
  3. Ooo ni belum tengok lagi ni.. duk layan si Cha-Cha tu hahahaha nanti nak bgtau anak cite ni plak..

    ReplyDelete
  4. 12 episod eh kak. Ok nanti nak tengok. Sekarang ni duk melayan Hometown Cha Cha Cha dan cerita lakonan Shin Min-ah. Sukerrr

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.