Review Movie di Netflix : Sniper Assassins End


Kalau korang minat cerita ala-ala pembunuhan sniper korang mesti suka layan genre filem macam ini. Tentang pertarungan antara sniper lama dan baru dalam bidang kerjaya pembunuh upahan (assassin). Saya memang suka genre filem seperti ini ada aksi dan adventure.


Mengisahkan seorang bekas Special Ops Sniper, Brandon Beckett (Chad Michael Collins) dituduh membunuh seorang ahli politik yang berpengaruh di satu persidangan secara lansung (LIVE). Banyak bukti membawa penglibatannya sedangkan beliau sememangnya tidak terlibat lansung dalam rancangan pembunuhan tersebut.

Satu kejadian di mana Brandon berjaya meloloskan diri dan beliau telah bersembunyi dan pergi bertemu ayahnya yang juga seorang sniper yang telah lama pencen iaitu . Thomas Beckett (Tom Berenger). DI sini barulah Brandon tahu mengapa ayahnya memencilkan diri dan menghilangkan diri bertahun lamanya.


Sementara itu detektif Zeke ‘Zero’ Rosenberg, (Ryan Robbins, pelakon Canada) cuba memngumpulkan bukti bahawa pembunuhan ahli politik itu sebenarnya telah dirancang oleh satu syarikat konglomerat. Ianya lebih kepada ketamakkan wang.


Pada masa yang sama Brandon dan ayahnya Tom telah dijejaki pegawai FBI dan mereka cuba meloloskan diri. Mereka telah dikepung dan diserang.

Dalam pada masa yang sama sniper pembunuh sebenar telah munculkan diri dan membunuh anggota SWAT dan juga aim untuk hapuskan Brandon Dikenali sebagai Lady Death (Sayaka Akimoto), pembunuh upahan dari jepun yang dibesarkan sebagai pembunuh Yakuza.


Hokeh! Cerita ini adalah berkisarkan persaingan antara sniper siapa yang paling hebat. Thomas veteran sniper dia meninggalkan kerjaya disebabkan satu kejadian membunuh musuh dan pada masa yang sama tertembak rakan baiknya sendiri. Beliau yang tidak dapat memaafkan dirinya atas kejadian itu dan sentiasa rasa bersalah.


Brandon, pemuda yang sangat baik tetapi dikatakan dalam satu operasi beliau telah meninggalkan kawan rapat didalam kontijennya yang telah disahkan mati. Tapi sebenarnya tidak mati! So, macam kawan dia ni berdendam jugaklah.

Review Saya Tentang Filem Ini
Masa mula-mula tonton , saya dapat rasakan jalan cerita dia agak menarik. Terutama sampai scene, pertarungan 3 penjuru antara Thomas, Brandon dan Lady Death. Lepas tu jalan cerita dia jadi hauk sikit. Sepatutnya nak best, kena ada plot twist. Ni macam mudah jer dapat tahu siapa punya angkara, flop teruk!

Cara nak akhir cerita seolah pengarah nak cepatkan abiskan cerita. So bab-bab suspen dan skil pertarungan macam yang betul-betul best hanya half dari movie. Dan nak akhir-akhir tu, macam kurang sangat kick dia. 

Keadaan pasukan SWAT yang datang pun macam, ala-ala polis datang tangkap orang macam tu. Takde seni taktikal langsung. Hahahahahahahahah. Tapi kalau korang just nak tonton sambil isi masa lapang tanpa amik berat pasal ending dan dari segi operasi dan lain-lain. Okla.

Sebab kalau melibatkan pembunuhan yakuza kan thrill dia sepatutnya lain macam cuma sayang, pengarah filem ini dia tak kembang tang tu.

Overall, not bad. Tengok sambil makan popcorn bolehlahhh.

Btw sekarang saya tengah membaca buku ni  Kisah real assassin berlaku cubaan membunuh/berjaya membunuh mereka yg berpengaruh di seluruh dunia. Ada kisah Indra Ghandhi,  Pope Paul VI, John Lennon dan ramai lagi.

Setiap bab, 1 kisah mereka yang berpengaruh. Memang best. Bayangkan kisah assassin yang memang diupah untuk membunuh. Bukan kaleng-kaleng gaiss. Paling best kisah assassin sniper, hiks

Ok bye. Banyak pulak benda nak buat hari ni.


Review Movie di Netflix : Sniper Assassins End Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 28, 2021 Rating: 5

13 comments:

  1. Nak buat tambah dalam list to watch pun ok ni kak. Tapi jalan cerita awal2 tu nampak dah best. Boleh lah tengok nanti.

    ReplyDelete
  2. ala ada dlm list netflix ini...selalu mcm tu dah syok2 jln citer bila the end spoil pulak...mmm

    ReplyDelete
  3. Ganazzzz sniper perempuan. Cite macam ni hubby i suka tengok. Nanti i suggest.

    ReplyDelete
  4. Pergh suka tgk cerita sniper mcm ni. Sekali sniper perempuan tu sniper sebenr ye..Ganasss..Ni yang syok..hehehe..

    ReplyDelete
  5. Menarik jugak cerita nih sebab bukan pasal penembak tepat jer tapi ada kisah dan motif dia. Ai suka tengok cerita macam ni dengan husband. nanti nak tengoklah, save dekat list.

    ReplyDelete
  6. Baru tengok semalam kak. Best citer dia...boleh tengok legend assassin. Dia punya skil sniper tu hebat!

    ReplyDelete
  7. Nak tengok la nanti walaupon kak ayu kata boleh lah..haha..saya suka genre movie gini..

    ReplyDelete
  8. Best kan citer ni. Dah tengok kat Netflix. Stailo kalau citer Assasin ni. I like. Hehehe.

    ReplyDelete
  9. Lama betul xlayan movie.. Ttbe terasa nk tgk movie ni... Nmpk mcm best jln cerita dia.. Boleh lh tgk nanti

    ReplyDelete
  10. Macam menarik jer filem ni, sure excited giler bila tengok especially part tembak menembak ni.. tegang situasinya for sure.. okay, bookmarked filem ni untuk tengok weekend ni.. (Y)

    ReplyDelete
  11. Baru tengok semalam.. tapi tengok sekerat jalan, mata mnengantuk betul balik dari memancing.. nanti sambung balik tengok, tapi Suami dan anak tengok sampai habis..

    ReplyDelete
  12. Belum tgk lagi cite ni nti blhlah tgk nampak mcm best jer

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.