Rozita Che Wan Kini Menjadi Duta Untuk Himaya Premium Hijab Medical Face Mask Warna Baru & Kempen Kutipan Dana Untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

Rozita Che Wan Kini Menjadi Duta Untuk Himaya Premium Hijab Medical Face Mask Warna Baru & Kempen Kutipan Dana Untuk  Majlis Kanser Nasional (MAKNA)- Siapa sangkat hampir 2 tahun kita perlu melaluinya - hidup bersama wabak Covid-9. Dan kini kita akan memasuki fasa endemik yang mana akan hidup bersama virus ini dan seterusnya. Justeru itu, pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) tetap diteruskan sepertimana yang telah digariskan oleh pihak Kerajaan. Antaranya seperti perlu ada penjarakan sosial satu meter dan juga sentiasa memakai pelitup muka jika berada di luar rumah. 


Biarpun terdapat banyak jenis rekaan dan warna pelitup muka di pasaran. Namun kita perlu memilih yang terbaik, berkualiti dan mengikut piawaian kementerian kesihatan. Saya sendiri agak 'choosy' dalam pemilihan pelitup muka. Ini terutama pelitup muka yang dipakai harian.  Saya juga percaya seperti wanita yang lain, kami sukakan memilih warna pelitup muka sesuai dengan gaya. Samada warna pelitup muka dipadankan dengan warna baju mahupun beg tangan, tudung ataupun kasut. .

Sekiranya anda mahu bergaya dan pada masa yang sama ingin menjaga keselamatan diri, pengeluar pelitup muka terkenal, Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya) menepati kedua-dua keperluan yang diinginkan. Iaitu pelitup muka yang cantik cantik, bergaya dan menjaga kesihatan. 


Pelitup muka jenama Himaya sentiasa mendapat sambutan hangat kerana kualitinya yang terbaik dan juga didatangkan dengan  pelbagai warna, antaranya seperti :-
  • Love Latte (coklat lembut)
  • Soft Olive (hijau pastel),
  • Apricot Dream, Blue Lagoon,
  • Retro Slate, Aster Blue 
  • Philipsburg Blue
Himaya juga telah mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kelulusan MDA (Medical Device Authority). Pelitup muka Himaya dilengkapi head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa dan tidak hairanlah jenama pelitup muka ini telah diiktiraf Asia Halal Brand Awards (AHBA). 

Atas permintaan ramai, terkini Himaya telah melancarkan warna baru berasaskan merah samar iaitu Blush Rose dan telah melantik pelakon jelita, Rozita Che Wan, selaku dutanya.


Menurut Datuk KK Chua dengan pelancaran warna baru ini selaras dengan objektif agar wanita berhijab masih dapat bergaya dan tampil yakin bersama koleksi fesyen pelitup muka terbaru dari Himaya. 

Syarikat mengeluarkan warna terbaru ini kerana terdapat banyak permintaan dan dari semasa ke semasa kami akan terus mengeluarkan warna-warna baru,

Menurut Datuk lagi, pihaknya juga mahu mendidik pengguna untuk mendapatkan pelitup muka medikal yang diiktiraf KKM. 


Pelantikan Rozita Che Wan Sebagai Duta 


Duta Himaya, Rozita Che Wan  figura yang cukup terkenal dalam memberi perhatian tentang gaya dan ketrampilan. Lebih mesra dikenali sebagai Che Ta tidak mahu ‘mencacatkan’ gayanya dengan memakai pelitup muka yang tidak sedondon dengan pakaiannya. Pelitup muka Himaya yang menyasarkan wanita berhijab ini adalah pilihan terbaik bagi dirinya. Ini kerana ia menepati ciri-ciri untuk wanita bergaya dan sekaligus dapat menjaga keselamatan diri. Menurut Che Ta bmemakai pelitup muka sudah menjadi kewajipan kepada masyarakat bagi memutuskan rantaian wabak itu. 

Walaupun saya sudah mendapatkan suntikan vaksin namun kita masih perlu berhati-hati kerana tidak semestinya mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin tidak akan dijangkiti. Saya amat mementingkan gaya dan pelitup muka Himaya ini menetapi kehendak saya kerana ia bukan saja mempunyai pelbagai pilihan warna, ia juga mendapat pengiktirafan KKM dan ada empat lapisan. Jadi saya tidak perlu memakai dua lapis pelitup muka. Pemakaiannya juga amat mudah. Selepas siap sedia untuk keluar, anda boleh terus memakainya tanpa perlu menyangkutnya di telinga (sebelum memakai tudung) seperti pelitup muka jenama lain.

Jelas Che Ta, sekarang pelitup muka adalah sebahagian daripada aksesori, kena ‘matching’ dengan warna baju. Warna baru pelitup muka ini adalah pilihannya sendiri kerana warnanya yang lembut senang disesuaikan dengan semua warna baju. 

Himaya bukan saja menawarkan pelbagai warna yang menarik, ia juga bergaya, simple, tidak leceh untuk memakainya juga selamat digunakan.Saya ada semua warna pelitup muka Himaya. Pelitup muka ini juga tidak berbulu dan tidak gatal hidung.

Dengan pelantikan Rozita Che Wan sebagai duta untuk warna baru Himaya Premium Hijab Medical Face Mask  melengkapkan barisan duta sedia ada iaitu Erra Fazira, Elfira Loy, Wany Hasrita, Amira Othman dan Nabila Razali. 

Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA
Justeru, bagi menyatakan sokongan terhadap pesakit barah payudara, Himaya tampil mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA bermula 7 September hingga 31 Oktober 2021. Peningkatan pesakit juga semakin bertambah saban tahun.

Datuk KK Chua berkata, kanser payudara adalah kanser paling lazim dideritai wanita di negara ini, khususnya yang berusia antara 45 hingga 64 tahun. 

Namun masih ada yang takut untuk melakukan pemeriksaan awal bagi mengesan penyakit itu pada peringkat terawal untuk mendapatkan rawatan. Peningkatan kesedaran membolehkan barah payudara dikesan lebih awal dan lebih mudah diubati sekali gus mengurangkan stigma yang berkaitan penyakit ini.

Ini merupakan kerjasama kali pertama Himaya Dengan MAKNA dan ia akan diteruskan pada tahun berikutnya. 

Kerjasama ini amat bermakna sekali bagi saya untuk membantu orang ramai mengenai kesedaran penyakit barah payudara kerana ia menyerang tidak kira peringkat usia, latar belakang dan bangsa. MAKNA dengan slogannya "Mengingati Makna Kehidupan" (A Meaning to Life) sudah cukup untuk kita mengerti agar sentiasa menghargai setiap detik berharga dalam kehidupan kita.

 


Pengurus Besar MAKNA, Puan Farahida Mohd Farid berkata bagi beliau dan pihak MAKNA sebenarnya amat berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan Himaya untuk melakukan kebajikan ini apabila dengan setiap pembelian Himaya berwarna Blush Rose dan Apricot Dream, sebanyak RM2 akan disumbang ke tabung MAKNA. Harapan Puan Faridah sendiri agar kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.


Setiap pembelian pelitup muka Himaya, sebanyak RM2 akan disumbangkan kepada tabung MAKNA. Bagaimanapun, pembelian itu hanya sah dilakukan di laman Shopee: himayamy dan website: himaya.international sahaja. Pembelian itu juga hanya untuk Himaya warna Blush Rose dan Apricot Dream kerana asas kedua-dua pelitup muka itu adalah berwarna merah samar bertepatan dengan Kempen ‘Pink Ribbon’  


Nota: Pelitup muka Himaya kini boleh dibeli di semua rangkaian kedai Watson dan Caring Pharmacy serta ejen yang berdaftar. Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA Sempena pelancaran warna baru, Himaya mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA. Setiap tahun, Oktober adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan mengadakan Kempen ‘Pink Ribbon’. Ia adalah simbolik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kanser payudara dan keperluan untuk mendapatkan rawatan awal



Yup! Saya sendiri telah mendapatkan pelitup muka Himaya di Shopee. Dan turut bersama menyokong usaha Kempen Kutipan  Dana untuk MAKNA :-)



Rozita Che Wan Kini Menjadi Duta Untuk Himaya Premium Hijab Medical Face Mask Warna Baru & Kempen Kutipan Dana Untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 09, 2021 Rating: 5

7 comments:

  1. Membeli sambil menderma, secara tak langsung kita dah bantu dana MAKNA kan.. Sis pertama kali juga pakai, selesa dan tak lemas, betul kata Che Ta, senang nak matching dengan baju kita hehehee

    ReplyDelete
  2. Congratulations Rozita Che Wan on becoming the brand’s endorser. May you be a good endorser.

    ReplyDelete
  3. Cantik pink dia boleh match dgn banyak warna. Pulak tu sambil membeli sambil menderma so why not kita support face mask Himaya ni :)

    ReplyDelete
  4. Kita suka kak sbb kaler dia mmg lembut and to me senang masuk dgn semua kaler. Best Himaya ni

    ReplyDelete
  5. Disebabkan promosi kengkawan, Rawlins 'terbeli' tau. Hehe. Lagipun suka warnanya dan ianya pun kelengkapan wajib now kan

    ReplyDelete
  6. Cantiklah warna dia. Nora xde lg warna ni yg che ta pakai. Tp jenama himaya mmg nora pakai sbb best

    ReplyDelete
  7. Congrayts Rozita Che Wam, ramai yang using Himaya Premium Hijab Medical Face Mask ni.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.