Ada Apa Yang Menarik di Plaza Sungei Wang Minggu Ini?

Ada Apa Yang Menarik di Plaza Sungei Wang Minggu Ini?- Lama tak terjah pusat membeli-belah di  Sungei Wang. Rindu sangat. Kebetulan memang Yana cuti semester minggu ini, terus ajak dia berjalan-jalan di Plaza Sungei Wang. Masuk sahaja di pintu utama sudah keliahatan mural yang sangat cantik di sini. BerOOTD sekejap sebagai tanda kenangan tandanya sudah sampai si Plaza Sungei Wang :-)

Masuk sahaja, kelihata di bahagian bawah ada Warehouse barangan PUMA. Nampak menarik dan paling penting kawasan warehouse agak luas jadi kita boleh ada penjarakkan jarak antara satu sama lain.

Nampak juga iklan tentang Warehouse Good2U. Murah juga sebab kebanyakan item di jual pada harga RM10, RM20 dan RM30.

Tapi istimewanya di Warehouse PUMA ini ada item yang diberikan diskaun sehingga 80%. Dan ini memang benar-benar berbaloi dan murah. Ada banyak koleksi kasut, beg, baju sukan, stokin dna pelbagai barangan PUMA samada daripada koleksi baru mahupun yang agak lama sedikit.

Saya tertarik dengan beg PINK PUMA ini. Belikan untuk Amani boleh beliau bawa ke sekolah nanti (bila sekolah mula dibuka).

Salah satu item yang wajib korang grab, hiks. Kasut PUMA harga asal adalah RM472, selepas 80% diskayn hanyalah RM94.40 sahaja. Murahkan!

Saya juga sempat memborong stokin PUMA yang berharga RM13.90 sahaja. Kualiti memang cantik dan sedap digunakan.

Dah alang-alang berada di Plaza Sungei Wang, saya singgah juga Warehouse Good2u. Dekat sini lagilah banyak barangan dijual pada harga jauh lebih murah (bargain). Ada promosi beg RM1 untuk sebarang pembelian di sini tetapi ianya istimewa untuk 30 pelanggan pertama sahaja.

Jika korang peminat beanie dan pelbagai jenis rekaan topi. Boleh dapatkan satu di sini. Harga ditawarkan hanta RM7 sahaja tau!

Baju kemeja smada bercorak atau plain ditawarkan pada harga RM10. Bolehlah tambah koleksi pakaian ke pejabat :-)

Saya siap memborong kasut di sini ya. Sebaa RM10 sahaja sepasang. Saya beli 1 boot, 2 kasut dan 1 sandal. Cantik-cantik semuanya, suka tengok!


Kot RM10? Seriuslah. Memang murah sangatkan :-)

Baju sejuk. Kalau ada trip ke negara sejuk memang best kalau dapat beli winter kot pada harga RM30 sahaja. Sangat murah hokay!!

Lepas shopping sempat singgah makan sekejap di tingkat 4. Lepas tu kami jalan-jalan di area JUMPA. Banyak sangat port menarik untuk berOOTD.

So korang kalau free hari ini terjah Plaza Sungei Wang, macam-macam ada di sana. Selamat membeli-belah!!
Ada Apa Yang Menarik di Plaza Sungei Wang Minggu Ini? Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 09, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.