Cantiknya Tanjung Sedili Johor

Cantiknya Tanjung Sedili Johor- Sebenarnya perjalanan saya ke Tanjung Sedili tidak dirancang. Asalnya nak hantar Anaqi untuk pergi exam, singgah rumah makcik terusnya diajak ke sini - Tanjung Sedili. Siapa sangka pekan kecil di Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia ini sangat tenang.

Saya ada baca tentang asal usul nama Tanjung Sedili ini. Walaupun tidak pasti mana satu kesahihannya, namun sejarahnya agak unik.

Katanya Tanjung Sedili ditemui pada tahun 1973 dan katanya bersempena nama seorang penduduk awal iaitu Deli yang berasal daripada Siam.

Pada masa yang sama seorang Cina bernama Pongsai menetap dan menjadi peniaga di tempat tersebut. Suatu hari, Deli jatuh sakit dan penduduk bertanya sesama mereka yang berbunyi ‘Tak tengok Deli ke?’ dan akhirnya perkataan ini dikenali dengan Sedili. Pada masa itu, perkataan pelat Pongsai juga menyebabkan Kuala Sedili mendapat nama. 

Hahahaha. Comelkan sejarahnya..


Adapun, desas-desus katanya asal-usul nama Tanjung Sedili berasal daripada dua orang adik beradik yag berasal dari Pahang iaitu Ali Besar dan Ali Kechil. 

Mengikut cerita, kedua-dua mereka telah bergaduh dan membawa haluan masing-masing. Ali Besar telah berpindah ke Sedili Besar dan Ali Kechil telah berpindah ke Sedili Kechil. Maka disebabkan oleh adik-beradik inilah terciptanya nama Sedili Besar dan Sedili Kechil.

Pada tahun 1997, pucuk pimpinan Tanjung Sedili telah  diketuai oleh Tuan.Ibrahim bin Yahya dan beliau adalah anak jati Tanjung Sedili yang pulang ke kampung halaman untuk menabur bakti selepas bertahun-tahun berada dalam Angkatan Tentera Malaysia sehinggalah sekarang.

Dan untuk pengetahuan semua, Tanjung Sedili terletak di muara Sungai Sedili di pinggir Laut China Selatan, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kota Tinggi

Saya tidur di rumah kakak kepada pakcik saudara saya. Beliau merupakan nelayan kampung yang rutin harian menangkap ikan dan membaiki bot.

Gambar di bawah semuanya adalah bidikan dari telefon dari beranda rumah sahaja.







Cantikkan!!! Teruja saya melihatnya. Di sini awal pagi memang sudah sangat cerah. 

Sempat juga kami menjala ikan dan memasang pukat. Walaupun tidaklah lama menjalanya tapi hasilnya cukup lumayan. Kalau untuk keluarga saya memang cukup stok makanan untuk seminggu.

Ada belangkas juga. Saya tidak pernah makan belangkas dan kat sini pertama kali saya mencubanya.

Ada ikan, udang dan ketam. Semua tangkapan fresh!

Sempat masak asam pedas :-)

Dan adanya ikan digoreng garing :-)

Bakar pun sedap juga. Tak perlu letak garam kunyit. Isinya dia manis dan lembut sungguh.

Satu malam jer. Tapi seronoknya lebih dari itu. Bayangkan dapat merasai kehidupan di tepi laut yang tenang dan damai. Nak makan hanya turun menjala. Sayur pun hanya petik di depan rumah sahaja.

Bestkan!
Cantiknya Tanjung Sedili Johor Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 26, 2021 Rating: 5

9 comments:

  1. Salah satu wish list sy, hendak ke sini suatu hari nanti.
    Bertuah Puan dapat merasai pengalaman sebegini : )

    ReplyDelete
  2. Ali besar dengan ali kechil tu memang ada dalam sejarah negeri Pahang. Tapi sejauh mana kebenaran diorang lari ke Kampung Sedili tu tak tau lah. Geram rasa nak makan belangkas tu. Selalu dengar orang sebut-sebut aje macam belangkas. Rasanya tak taulah macam mana

    ReplyDelete
  3. Begitulah ibararnya kan kak. Kita di bandar, rindu kehidupan di pantai dan perkampungan. Tenang dari hiruk pikuk kota. Saya hari tu dpt balik kampung pun dah seronok. Hijau je permandangan. Bila sampai kat NKVE ke DUKE. Terus mood bertukar mak kau hijo. Kahkahkah.

    ReplyDelete
  4. Wow best nyer tempat ni, its my first time get to know about this place

    ReplyDelete
  5. Sana memang syurga nelayan Ayu, sana sini tempat kalau ada gerai jual goreng tepung, semuanya fresh dari laut Sedili..

    ReplyDelete
  6. oh ini ke tanjung sedili. pernah dengar nama je hahaah tak pernah tengok tempat. cantik juga rupanya ada rezeki nanti boleh ke sana

    ReplyDelete
  7. Sonoknya pi pantai. Kita lama dah tak pi jenjalan. Last pi Perhentian maybe 4 tahun lepas. Bella teringin la nak makan belangkas tu..cmnelah rasanya ye.

    ReplyDelete
  8. 1st time tentang Tanjung Sedili. Cantik nya view. Tenang sungguh. Belangkas pun kita tak pernah makan. Mungkin satu hari nanti nak cuba ke sini jugak

    ReplyDelete
  9. Seronoknya.Keluar rumah dah nampak laut. Seafood pun fresh2. Kalau kita yang duduk kat pekan ni confirm2 koyak poket nak makan macam tu hari😅.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.