CHARMS Cosmetic Skincare Lancar Morphosis 2021 | Memperkenalkan CHARMS Hydra Terbaru di Pasaran

Charms Cosmetic Skincare Lancar Morphosis 2021 | Memperkenalkan Charms Hydra Terbaru di Pasaran- Mendekati pemilik jenama Charms Cosmetic Skincare iaitu Puan Nur Bashirah Hussin atau lebih dikenali dengan panggilan Mommy Syira antara momen yang cukup istimewa buat saya. Figura yang mempunyai pesona tersendiri, lembut dan tersusun setiap butir bicaranya merupakan seorang wanita yang memang luar biasa. 

Beliau sebenarnya mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam industri jualan pemasaran. Antaranya seperti di Jabatan Perdana Menteri, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan juga pernah menjawat sebagai sorang pensyarah di UITM. Dan beliau meninggalkan semua kerjaya hebatnya hanya kerana mahu memulakan perniagaannya sendiri iaitu produk kecantikan dan penjagaan wajah - CHARMS. 

Untuk pengetahuan semua, jenama  CHARMS mula diperkenalkan di pasaran pada tahun 2012. Pada ketika itu CHARMS hanya mengeluarkan produk kosmetik sahaja. Namun setelah 9 tahun lamanya, CHARMS kini lebih memberi penumpuan kepada penjagaan dan perawatan wajah. Terkini CHARMS telah memperkenalkan produk terbaru khas untuk wanita 30 tahun ke atas dengan memberi lebih penekanan masalah anti-aging, jeragat dan meningkatkan keanjalan wajah,


CHARMSCosmetic Skincare Lancar Morphosis 2021
Raise your life! Pelancaran Morphosis 2021 telah diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom dan juga Facebook Live. Acara ini merupakan anjuran dari CHARMS Cosmetic Skincare dengan inisiatif untuk memperkasa rakyat Malaysia serta melahirkan lebih ramai lagi usahawan dikalangan bumiputera. Ini merupakan satu peluang terutama bagi mereka yang terkesan akibat pandemik.

Lebih menarik seramai 220 peserta telah berdaftar dengan program ini dan mereka semua akan diberi siri latihan selama 30 hari dengan diberi bimbingan lebih dari 12 jurulatih perniagaan. Setiap peserta akan diberi jadual lengkap selama 30 hari yang merangkumi sesi latihan dan pembangunan diri, pelan pemasaran di media sosial, diberikan ulasan pencapaian dan pelbagai lagi.

Hadir sama di majlis pelancaran adalah pengasas CHARMS Cosmetic Skincare, Mommy Syira dan juga Encik Khairul Nazuan Khairuddin yang merupakan jurulatih serta perunding dalam penutupan jualan. Kedua mereka telah membuat perkongsian ringkas tentang topik keusahawanan sepanjang majlis ini berlangsung.

Turut diadakan sesi cabutan bertuah kepada semua ejen serta peserta CHARMS yang menghadiri majlis ini. Biarpun dilaksana secara maya, namun majlis tetap berlangsung dengan meriah. Apatah lagi semua peserta yang terlibat sememangnya sangat bersemangat untuk mendapatkan tips dan info yang menarik dalam membantu mereka dalam berbisnes bersama CHARMS Cosmetic Skincare.


CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50

Di majlis pelancaran Morphosis 2021 juga turut diadakan pengenalan kepada produk terkini iaitu CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50. Didatangkan dengan saiz baru yang lebih berbaloi serta menjimatkan. 

CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50  ini telah diuji secara klinikal dan dematologi bagi membuktikan ramuan yang digunakan semuanya terbaik dan selamat digunakan. Formulasi ini juga hasil daripada penyelidikan daripada penyelidik Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). 


Dengan bahan-bahan terpilih berprestasi tinggi, CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50 berfungsi bukan sahaja melembap bahkan mampu mencerahkan serta melindungi kulit wajah dari kesan cahaya sinar matahari (sunscreen). Ini kerana dengan adanya aloe vera yang sememangnya kita tahu ianya kaya dengan antioksidan dapat membantu melembut serta melembapkan kulit. 

Begitu juga dengan glicerin yang dapat memelihara kulit dari kekeringan. Sangat sesuai kegunaannya dikala dunia mengalami perubahan iklin yang menjadikan cuaca lebih panas daripada biasa. Nah! Biarpun ianya produk keluaran bumiputera namun kualitinya adalah setanding dengan jenama antarabangsa.

Lebih besar, lebih nilai, lebih impak! Lepas guna kita menjadi lebih gempak.  Dapat meningkatkan lagi keyakinan serta pesona bukanlah mustahil jika kita tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri. Melalui penyertaan Morphosis 2021 bukan sahaja dapat memotivasikan diri bahkan bangkit menjadi insan yang lebih baik dan dapat memberi manfaat kepada orang lain. Dan juga tidak lupakan penggunaan CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50 wajah pastinya akan lebih tampil mempersona dengan auranya yang berbeza.

CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 5G: RM 39.00
CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 10G: RM 59.00
CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 30G: RM 99.00

Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan pembelian boleh hubungi CHARMS Angels (ejen CHARMS) yang berdekatan dengan korang!

Instagram : @Charms
CHARMS Cosmetic Skincare Lancar Morphosis 2021 | Memperkenalkan CHARMS Hydra Terbaru di Pasaran Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 10, 2021 Rating: 5

8 comments:

  1. Menarik kan tekstur dia. Rawlins dah try sikit dan memang rasa sangat best kat kulit - ringan dan tak berminyak

    ReplyDelete
  2. Wahh dah almost 10 years in the market dah ye... pejam celik pejam celik jer kan... not that expensive pun kan produk dia.. (Y)

    ReplyDelete
  3. Jelita betul Mommy Syira kan. Suka dengar dia bercerita tentang proses bina jenama, produk dan kisah jatuh bangun. All the best CHARMS!

    ReplyDelete
  4. selain memperluas produk dpat bantu beri peluang lebih ramai menjana pendapatan..mmg bagus..

    ReplyDelete
  5. Selalu nampak iklan produk ni kat jalan haaa. Tapi tak berkesempatan lagi nak cuba. Nampak macam menarik

    ReplyDelete
  6. Wajah founder tu macam familiar, agak lama dah kewujudan charms ni yaaa.. cuma Sis tak pernah lagi jumpa memana ada jual di Johor ni, nanti nak try survey..

    ReplyDelete
  7. Bagus inisiatif charms untuk bantu mereka yang terkesan akibat pandemik ni. Siap bagi kelas bimbingan lagi. Produk mereka pun bagus.sure boleh mereka untuk jana income kan.

    ReplyDelete
  8. Wah i like CHARMS Cosmetic Skincare packaging, nampak sangat mewah dan kemas.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.